BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Makan roti canai sahaja, mahu caj sampai RM120

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201


'Makan roti canai sahaja, mahu caj sampai RM120?'


Seremban: Seorang lelaki tidak berpuas hati selepas mendakwa dia 'disembelih' sebuah restoran nasi kandar di Dataran Centrio, di sini.

Menerusi video berdurasi 5 minit 38 saat, lelaki berkenaan mendakwa dia pada mulanya dikenakan bayaran RM120 bagi makanan dan minuman termasuk kakitangannya di dua meja berasingan.

Dia membayar jumlah berkenaan, namun meminta pekerja restoran mengira semula harga bagi semua makanan, namun mendakwa pekerja enggan melakukannya dan terpaksa menunggu hampir sejam.

Bagaimanapun, selepas harga dikira semula, dia mendapati jumlah keseluruhan hanya sekitar RM70 sahaja sebelum meminta pekerja memulangkan kembali wangnya.

Lelaki itu turut mendakwa restoran berkenaan tiada tanda harga sekali gus mempersoalkan harga sebenar makanan dan minuman yang dikenakan.

"Makan roti canai sahaja, mahu caj sampai RM120? Kedai 'you' tiada tanda harga, tolong buat laporan polis. Bagi balik wang saya, sembelih saya buat apa," katanya menerusi video yang tular.

Keadaan sedikit tegang di penghujung video apabila lelaki berkenaan yang sebelum itu kelihatan tenang mula meninggikan suara selain kelihatan anggota polis berada di lokasi.


"Siasatan mendapati premis berkenaan mempamerkan tanda harga bagi setiap makanan yang dijual di tempat yang mudah dilihat pelanggan, selaras dengan peruntukan undang-undang.

"Premis turut mengeluarkan resit jualan kepada pelanggan bagi setiap transaksi sebagai bukti pembelian dan rekod rasmi jualan. Pemeriksaan sistem di kaunter bayaran termasuk sistem rekod jualan dan paparan harga mendapati harga yang tertera sama dan selaras dengan harga yang dipaparkan dalam menu.

"Bagaimanapun, satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) dikeluarkan kepada restoran membabitkan roti canai dan roti telur. Pihak premis diberikan tempoh empat hari bekerja untuk mengemukakan maklum balas lengkap bagi tujuan semakan lanjut," katanya.


Artikel : Harian Metro
 

ISU CAJ ROTI CANAI RM120‼️KPDN TERJAH RESTORAN MAMAK, CHEF ALAM DEDAH CERITA SEBENAR​

Isu tular membabitkan dakwaan seorang pelanggan dikenakan caj RM120 di sebuah premis makanan akhirnya mendapat perhatian pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan rasmi, pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis berkenaan susulan aduan yang menjadi tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Hasil siasatan awal mendapati berlaku salah faham ketika proses pengiraan caj oleh pekerja premis, yang dipercayai berpunca daripada maklumat tidak jelas daripada pihak pengadu.

Berita penuh Dalam video..

📌Dulu orang kata “customer always right”… sekarang kamera pula jadi saksi paling jujur 😂 Bila semua dirakam, tak payah gaduh panjang

 
Mamak ni kadang jadang dia main charge ikut kepala
Satu kepala sepuluh ringgit
Sebab tu kn tanya betul betul
 
Back
Top
Log in Register