BTC USD 77,508.4 Gold USD 4,393.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makan kacang kalau nak KURUS..

Yul-Minho

Legendary Member
gem
Messages
15,946
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,946
Reaction score
1,172
Points
201
Dahulu, aku selalu takut nak makan kacang. Nak rasa sedikit pon tak nak sebab takut nanti muka berjerawat. Tapi lps baca thread
bro chaphoo, persepsi aku terhadap kacang terus berubah. Rupanya banyak kebaikan kacang ni. baru sekarangaku tahu. :((:((
dah 2hari cuba teknik SCD. makan kacang bila lapar. mmg betul la. aku x rasa lapar sangat lepas makan kacang. :)cgrock
bebanyak2 trimas kepada bro chaphoo atas tips beliau. (bab jerawat rsanya 2 hari xde kesan kot.. nti tunggu seminggu/2minggu aku update lain, betul ke naik jerawat bila aku mkn kacang hari2..hehe)
:D


klik utk dpt ilmu diet percuma BOROI?? GEMUK?? ILMU PERCUMA!! Dah ada 46!! TESTI RAKAN2 CG..


Ramai orang bimbang untuk makan kacang kerana menurut mereka kacang mengandungi kadar kalori yang cukup tinggi.
Memang benar, kandungan kalori dalam kacang cukup tinggi, tapi sebenarnya mereka tidak perlu merisaukan hal tersebut,
kerana tingginya kadar kalori dalam kacang disebabkan oleh banyaknya kandungan lemak tak tepu. Lemak tak tepu tersebut,
umumnya diketahui mampu membantu peningkatan kadar HDL (kolesterol baik) dalam badan serta membantu
penurunan kadar LDL (kolesterol jahat, yang biasanya menjadi penyumbat di pembuluh arteri).

Lemak tak tepu juga bermanfaat bagi orang-orang yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
Hal ini diketahui dari hasil penelitian yang dilakukan di Brigham and Women’s Hospital. Hasil penelitian ini menyebutkan
bahwa orang yang sedang berdiet, jika makan makanan yang banyak
mengandungi lemak tak tepu (seperti avocado, kacang, dan minyak zaitun),
berat badannya akan turun dalam waktu yang singkat
dibandingkan dengan orang yang juga berdiet,
tapi “hanya” memakan makanan yang rendah lemak.


Seorang pengkaji dari Purdue University yang turut mengkaji hal tersebut menyarankan,
orang yang ingin memiliki tubuh yang ramping dalam waktu yang singkat perlu makan kekacang,
kerana selain mengandungi lemak tak tepu, kacang juga mengandungi zat nutrisi lain yang lengkap,
yang boleh membuat perut lebih kenyang daripada makan makanan jenis rendah lemak yang lain.
Mengapa penyelidik dari Purdue University itu menyarankan supaya makan kacang? Jawabannya ringkas,
“kacang mempunyai rasa yang enak. Jadi, proses diet
yang sedang dilalui tidak akan terasa menyeksakan diri”.


Kandungan nutrisi bagi setiap jenis kacang juga adalah berbeza. Tetapi secara umum, kacang mengandung lemak tak tepu, lemak tepu,
asid amino, asid folic, kalsium, magnesium, niacin, phytochemical, potassium, protein, selenium, serat, vitamin B6, vitamin E, dan zat besi.
Kandungan protein dalam kacang cukup tinggi, iaitu sebanyak 25 gram per 100 gram. Selain itu, dalam 100 gram kacang, terkandung
16 gram karbohidrat dan 50 gram lemak. Setengah dari komponen lemak tersebut adalah lemak tak tepu.
Sepertiga dari komponen lemak tersebut adalah polyunsaturated (yang mengandungi omega 3, yang terbukti
mampu menurunkan risiko terkena serangan jantung). Sisa dari lemak tersebut adalah lemak tepu.
Kerana kandungan lemak yang cukup tinggi, kacang sebaiknya tidak perlu diletakkan garam dan juga digoreng.
Sebaiknya kacang hanya direbus atau dipanggang.
 
Last edited:
tapi kacang tak sesuai untuk org ada gout. time makan sedap, pastu hehe..
 
setakat ni aku diet kalori alhamdulillah,nampak perubahan...walaupun tanpa bersenam..
 
bagi la gambar cket mcm mane bentuk kacangnye.. ada bermacam2 jenis kacang dijual.. berminat ni...
 
makan kacang chestnut sedap dan berkhasiat. sy mkn kenyang
 
tips mudah dari kawan aku yg dh slim skrg....

jgn makan nasi or gula selama 2 minggu...try kalo x caya
 
bahaya gak byk makan kacang...terutama kacang tanah...
xbagus utk buah pinggang...
especially lelaki...
 
kacang favorite den nih hazel nut & gajus. tapi rege mahal la plak. pistachio & badam (almond) pon banyak khasiatnya.
gambar bawah 1 (pistachio), 2 hazelnut, 3 badam utk sape yg curious

image1.jpg


hazelnut__48376_zoom.jpg


almonds.jpg
 
Back
Top
Log in Register