BTC USD 83,958.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makam Diraja Mahmoodiah (bergambar)

jangan senang2 kita nak hukum amalan seseorang....
 
P1070180a.jpg


bnyk betui space diambil smata2 nak buat binaan tu..
ksian kat jenazah2 lain yg nk dikebumikan nati..
 
Sekadar ingin berkongsi info di bulan Ramadhan.

Apa hukumnya menghias kubur, membuat batas (kepungan), meninggikan tanah di atas kubur, memayungkan, mendirikan kubbah dan mengecat (mengapur) kubur?

JAWAPAN: Telah DIHARAMKAN oleh syara menghias, membuat batas, meninggikan tanah di atas kubur, memayungkan, mendirikan kubbah, bangunan, menulis apa pun tulisan dan mengecat kubur berdasarkan hujjah syara dan fatwa Imam as-Syafie rahimahullah: Dari Abdullah bin Hasanah berkata: “Aku lihat Uthman bin Affan radhiallahu anhu memerintahkan agar diratakan kubur. “

Maka dikatakan kepadanya: Ini kubur Ummu Amr binti Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan (tanah di atas kubur tersebut). (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam (المصنف) 4/138. Abu Zarah dalam (تاريخه) 2/66, 2/121. Sanadnya sahih dari Abdullah. Dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam (الجرح والتعديل) 3/81-82.)

Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya. (H/R Muslim, 3/61. Abu Daud, 3/70. an-Nasaii, 1/285. at-Turmizi, 2/153-154. al-Bahaiqi, 4/3. at-Tayalasi, 1/168. Dan Ahmad (741, 154). Ada beberapa jalan pada Ibnu Abi Syaibah, 4/139 dan at-Tabrani dalam (الصغير) hlm. 29.)

Berkata al-Allama Imam al-Baghawi rahimahullah: Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar radhiallahu anhu setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (beliau salah seorang dari kalangan ulama besarn as-Syafieyah) menjelaskan dalam kitabnya (المنهاج) bahawa Imam as-Syafie telah berfatwa: Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.


Larangan dari Rasulullah SAW:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Rasulullah SAW telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah HARAM jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah SAW, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah SWT.

“Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (Surah Al-Qasas :76)

* ambil dr thread sblah..
 
kg mahmoodiah/kg kubur...,

kat sinilah tempat permainan kawan masa kecik2 dulu..

sekolah tadika abim tu pun ader lagi...

memori indah...
 
besar mane pun orang tu , ke dalam tanah juga akhirnye..
insaf..so tinggalah harta dunia
al-fatihah . . .

rasanya tak tak salah kalo harta dunia digunakan utk kebaikan - derma ke, tlg org susah ke..:-?.
seiring dgn amalan kebajikan kita di dunia, utk bekalan ke akhirat..:-?

p/s: kaya@berharta tak semestinya jahat:)cgrock
 
dari tanah kita asal
ke tanah kita kembali
pepun Alfatihah kita sedekahkan
 
rasanya tak tak salah kalo harta dunia digunakan utk kebaikan - derma ke, tlg org susah ke..:-?.
seiring dgn amalan kebajikan kita di dunia, utk bekalan ke akhirat..:-?

p/s: kaya@berharta tak semestinya jahat:)cgrock

betul tu :):)cgrock
 
soalan malaikat sama aje bro..tak leh jawab,,kena libas juga....

betol tuh..
takyah cantik2 pn takpa..
selalu orang buat binaan nih takut binatang buas korek jer...
 
Back
Top
Log in Register