putrazan
Active+ Member
- Messages
- 3,423
- Joined
- Oct 10, 2010
- Messages
- 3,423
- Reaction score
- 39
- Points
- 30
bahan menarik pagi ni...
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

Sekarang saya perasan banyak masjid-masjid memasang satu cetakan salasilah yang dibingkaikan cantik-cantik di dinding surau,bersama-sama Asmaul Husna,Sejarah Islam,Nama-nama Nabi dan Rasul dan sebagainya.
Salasilah itu dikeluarkan dari negara Brunei.Salasilah itu adalah berkenaan keturunan raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar mereka yang punya hubungan dengan keturunan Ahli Bait,iaitu kaum kerabat Rasulullah s.a.w.
Semasa pergolakan selepas era Khulafa Ar-Rasyidin dan pemerintahan diambil alih oleh monarki Umayyah,banyak daripada penyokong-penyokong Saidina Hassan dan Saidina Hussein melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan,Jika hari ini,untuk mendapatkan suaka politik.Sebahagiannya pula datang untuk membina kehidupan baru.Mereka mula-mula berdagang dan kemudian merapati istana sebagai penasihat agama.
Ke mana keturunan Ahli Bait berdiaspora?Ini adalah topik yang menarik.
Selama beratus-ratus tahun,ramai dari kalangan mereka datang ke negeri-negeri Melayu untuk membina kehidupan yang aman tenteram.Sebahagian dari mereka menjalinkan hubungan perkahwinan dengan kaum kerabat istana.
Salah satu yang paling terkenal ialah cabang keluarga Jamalullail yang memerintah Perlis sekarang.
Raja-raja Melayu yang terkenal baik hati dan gemar memberi Jus Soli kepada bangsa-bangsa di dunia yang nampak susah telah membenarkan keturunan nabi ini hidup aman di bumi bertuah mereka.(Saya berharap Allah swt mengampunkan dosa raja-raja Melayu atas sebab hal ini dan berkenan memberi mereka taufik & hidayah)
Sebab itu saya kata dalam artikel yang lepas,suatu hari orang Arab akan datang merangkak-rangkak sambil merengek-rengek pada Malaysia,Brunei dan Indonesia (jika masih waras untuk mengekang Kristianisasi).Mana lagi orang Arab nak mengadu nasib dan meluahkan masalah jika tidak pada orang-orang di sebelah sini?
Kisah-kisah lalu membuktikan tentang ini.Orang Arab tetap akan datang bermanja dengan saudaranya dari kalangan Melayu Nusantara jika dibuli Yahudi dan lain-lain.
Secara geografi,kedua-dua negara Arab yang bermasalah sekarang:Syria dan Mesir telah bergolak.Umat Islam di sana telah dibunuh oleh rejim masing-masing yang direstui Barat secara tersembunyi.Mengapa?Baca sejarah Perang Enam Hari dan Perang Yom Kippur.Siapa yang terlibat dalam perang dan mengapa.Sebab itu saya suruh anda semua ambil berat pasal sejarah,sebab semua pencatur-pencatur senario politik dunia membuat percaturan berdasarkan sejarah.Doctor,engineer,banker,businessman,politician etc are sit under keyboard of historian.You believe it?
Semua ini macam main Monopoly.Jika Mesir dan Syria 'under radar' cuma neutralkan Lubnan dan Jordan.Lubnan tiada masalah sebab geng-geng sekular Syiah dan Kristian sudah mabuk-mabuk di sana.Jika semua sempadan 'line clear',Israel ada 'license to kill' yang sempurna dan tiada tarikh luput untuk mempupuskan Arab Muslim di Palestin.No way out.
Tapi Arab Muslim ada satu Pintu Suka Hati.Tiba-tiba mereka semua lari masuk ke dalamnya.
Christian Zionist dan Ashkenazi pun termengah-mengah mengejar mereka menuju ke satu tempat bernama...
Eretz Malayu.
~Srikandi
kesian ...
sumber fb
srikandi ori tak pakai fb
dia tu invisible
yang mengaku srikadi tu
tolong kaji sejarah melayu
sebelum ketibaan penjajah lagi![]()