Ir ni setahu akulah org yg kerja dlm bidang dan ada exam nak lulus.
Pengalaman aku lepas VSS swasta, masuk sektor kerajaan, 3 tahun kontrak, kemudian tukar tempat kerja, masih dengan kerajaan....dah 15 tahun kerja kerajaan.
Tapi sikap majikan ni kat mana pun sama je. Tambah kalau majikan yang dah rasa diri dia lagi pandai, lagi pakar dari anak buah dia yg takde PhD..siap persoal plk sumbangan kita pada organisasi.
Majikan ada PhD ni kadang pandang rendah pada anak buah dan kedekut markah,,,,expectation tinggi sangat.
Dalam 20 tahun kerja, ada majikan yg suka libatkan anak buah dalam perbincangan, nak dengar dan ambik pandangan kita. Tapi ada jugak majikan yg nampak baik, cakap lembut tapi jenis tak mahu dengar pendapat orang lain. Pendapat dia je yg betul. Ini pun payah juga.
Ada sorang bos aku ni, dah pencen pun dia. Komunikasi dgn anak buah mcm kasar..nak marah masa tu jugak dia marah. Menjerit la marah. Tak kira siapa kalau silap mmg kena. Tapi bab markah penilaian prestasi tahunan tak berkira. Bab kebajikan anak buah cukup jaga. Kalau cawangan lain sibuk potong OT staf ganti dgn cuti. Dia pulak pertahankan hak staf yg kena OT wajib bayar.
Cuma kadang org lebih suka ambik yg negatif....bab dia yg baik jaga kebajikan staf tak tengok dah,