BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahu solat sebelum hilang

momoque

Legendary Member
gem
Messages
11,399
Joined
Dec 26, 2011
Messages
11,399
Reaction score
464
Points
141
28 APRIL 2017

KLUANG - Pekebun berusia 41 tahun dilaporkan hilang selepas keluar mengambil buah sawit di ladang sawit di Batu 16 di Kahang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, lelaki itu ke ladang kelapa sawit bersama pekerjanya antara jam 2 hingga 4 petang.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh unit anjing pengesan (K9), pasukan bomba dan penyelamat, Agensi Pertahanan Awam (APM) selain penduduk kampung.

Menurutnya, pemeriksaan di pondok di ladang kelapa sawit itu menemui Toyota Hilux dinaiki lelaki itu.

"Beberapa barang peribadi termasuk telefon bimbit, pakaian, selipar dan dompet yang mengandungi wang tunai turut berada di dalam kenderaannya," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Huad@Hot, 68, berkata anaknya, Mustaffa ke ladang kelapa sawit seluas lapan hektar itu bersama seorang pekerja.

Menurutnya, Mustaffa memaklumkan pekerjanya, dia ingin solat di pondok yang terletak di atas bukit di ladang kelapa sawit berkenaan.

"Pekerjanya yang ditinggalkan untuk menguruskan kerja di bawah bukit menunggunya beberapa jam namun Mustaffa tidak kembali.

"Pekerjanya yang curiga kemudian terus ke pondok itu dan cuba mencari di kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kehilangan Mustaffa kepada keluarga," katanya ketika dihubungi.
 
Macam ada kes lain sahaja ni.

Tunggu siasatan polis dulu.
 
misteri ni..semoga selamat dijumpai
 
risau masuk kebun sawit musim2 hujan camni..lebih2 lagi sorang2..
harap xde yg buruk berlaku..semoga dipermudah segala urusan
 
Harapnya individu tersebut ditemui selamat kemudian nanti.
 
isk dh jumpa dh ari sabtu.

thread bkk ari ahad
 
Back
Top
Log in Register