BTC USD 85,857.3 Gold USD 4,150.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahu Langat 2 siap

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Azmin ketika ditemui media pada majlis kecemerlangan UPSR 2014, semalam.​

SHAH ALAM - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mahu projek pembinaan Langat 2 disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan kerajaan pusat mesti mematuhi semua syarat yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

"Kita perlu Langat 2 sekarang dan bekalan air tambahan dalam simpanan adalah sangat rendah," katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Majlis Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil peringkat negeri Selangor, semalam.

Menurut Azmin, penstrukturan semula air di negeri ini perlu diselesaikan secara baik walaupun kerajaan negeri mempunyai pilihan selain Langat 2 untuk memastikan bekalan air mentah dan bersih dapat digunakan untuk kegunaan domestik dan industri.

"Saya ada terima surat dari pihak menteri (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili) sebulan lalu dan saya terus memberi respons atas surat itu.

"Saya juga ada menyebut mahu berjumpa beliau secepat mungkin selepas saja sidang Dun berakhir awal April lalu, jadi kami boleh berbincang mengenai hal itu untuk diselesaikan," katanya.

Kelmarin, Dr Maximus berkata, pihaknya menyerahkan hala tuju penstrukturan semula industri air Selangor kepada kerajaan negeri selepas Perjanjian Induk gagal dimuktamadkan pada 30 April lalu.

Katanya, beliau sudah menulis surat kepada Azmin pada 30 April mengenai perkara itu dan terpulang kepadanya untuk menyelesaikan isu pemindahan aset air dan pengambilalihan penuh konsesi air Selangor seperti yang terkandung dalam perjanjian.

Bagaimanapun, Azmin mendakwa pihaknya tidak menerima sebarang respons dari menteri berkenaan untuk menyelesaikan isu penstrukturan air itu.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden PKR itu enggan melayan sebarang desakan yang meminta beliau membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya menggelar Ketua Polis Negara sebagai barua Umno dalam cermah di Permatang Pauh baru-baru ini.

Menurut Azmin, beliau hanya mengeluarkan kenyataan berbunyi pertanyaan kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar dan ia bukan tuduhan.

"Perlu ke saya minta maaf? Saya tanya awak sekarang ini. Saya rasa lebih baik awak teliti semula dengan rakan sekerja awak (merujuk wartawan yang bertanya).

"Saya hanya bertanya soalan kepada IGP (Ketua Polis Negara) dan itu bukan satu tuduhan. Itu hanya soalan. Adakah bertanya soalan pun tidak boleh? Perlukah saya memohon maaf untuk bertanya soalan," katanya.

Sebelum ini, menteri besar itu didesak supaya membuat permohonan maaf terbuka terhadap Khalid.

"Saya juga mempunyai bukti kukuh iaitu klip video semasa saya berceramah di sana (Permatang Pauh) dan saya akan serahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.

"Saya tidak buat pun tuduhan terhadap Ketua Polis Negara. Anda semua boleh dengar sendiri video klip dalam ucapan saya. Saya tidak membuat tuduhan pun," tegasnya.
 
Back
Top
Log in Register