BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Rayuan Kekalkan Penjara 13 Tahun, Sebatan Terhadap Mekanik Rogol Anak Saudara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Mahkamah Rayuan Kekalkan Penjara 13 Tahun, Sebatan Terhadap Mekanik Rogol Anak Saudara​

da2e3a1f9ca1043d1300b6c9fbba020d5e3a40f5b656b


Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 13 tahun dan lima sebatan terhadap seorang mekanik kerana merogol anak saudaranya yang masih di bawah umur pada 2019.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan K. Muniandy menolak rayuan terakhir lelaki berusia 42 tahun itu terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

Mahkamah turut mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen supaya perayu menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraannya serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Bagaimanapun, panel hakim itu mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan lelaki berkenaan membayar pampasan sebanyak RM7,000 kepada mangsa mengikut Seksyen 426(1)(b) dan Seksyen 426(2) Kanun Tatacara Jenayah.

Lelaki terbabit, yang sebelum ini memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman dan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu rayuannya diputuskan, akan mula menjalani hukuman penjara hari ini.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, Hakim Muniandy berkata hakim bicara tidak melakukan sebarang kesilapan dalam menilai kredibiliti mangsa yang memberikan keterangan secara konsisten, terperinci dan tidak dicabar, termasuk keupayaannya mengenal pasti pelaku.

Beliau berkata kelewatan mangsa membuat laporan polis adalah munasabah disebabkan ugutan, ketakutan dan trauma emosi yang dialaminya.

Katanya Mahkamah Sesyen juga tepat apabila menolak pembelaan perayu yang menafikan sepenuhnya pertuduhan, selain mendapati alasan alibinya bahawa dia berada di sebuah bengkel motosikal adalah rekaan dan hanya difikirkan kemudian kerana tidak pernah dimaklumkan kepada pegawai penyiasat ketika keterangannya direkodkan.

"Hukuman penjara 13 tahun, lima sebatan, perintah menjalani kaunseling dan pengawasan polis adalah sah di sisi undang-undang, bersesuaian serta memadai untuk mencerminkan keseriusan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak," katanya.

 
Back
Top
Log in Register