BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Rayuan Kekal Perintah Kerajaan Haramkan Filem Mentega Terbang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,160
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,160
Reaction score
346
Points
141

Mahkamah Rayuan Kekal Perintah Kerajaan Haramkan Filem Mentega Terbang​

c3d96ce49b09382ce7d9d3a047188f0d6a58a633b2f53


Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan perintah kerajaan yang mengharamkan tayangan, pengedaran dan publisiti filem Mentega Terbang.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ismail Brahim, Datuk Ong Chee Kwan dan Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh sebulat suara menolak rayuan pengarah Mohd Khairianwar Jailani serta penerbit Tan Meng Kheng sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka.

Ong, yang menyampaikan keputusan itu, berkata Menteri Dalam Negeri telah menggunakan kuasa statutori beliau secara sah di bawah Seksyen 26 Akta Penapisan Filem (APF) 2002 ketika mengeluarkan perintah tersebut.

“Perintah itu tidak dicemari oleh unsur tidak sah atau tidak rasional dari segi perundangan,” katanya sambil menambah terdapat bukti yang mencukupi untuk menyokong keputusan tersebut termasuk laporan Lembaga Penapisan Filem, penilaian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pandangan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, pelbagai laporan polis yang dibuat serta pendapat Menteri Dalam Negeri selepas beliau menonton sendiri filem berkenaan.

Hakim itu turut memutuskan bahawa Seksyen 26 APF, yang memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengharamkan sesebuah filem atas alasan “kepentingan awam” adalah selaras dengan Perlembagaan.

Beliau juga berkata Mohd Khairianwar dan Tan tidak berhak diberikan peluang untuk didengar sebelum perintah itu dikeluarkan.

Pada 21 Ogos 2023, Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah yang mengharamkan tayangan, pameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem itu mengikut Seksyen 26 APF.

Mohd Khairianwar dan Tan kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada Disember 2023 dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden bagi mencabar perintah itu.

Keputusan kerajaan mengharamkan filem itu didakwa sebagai tidak rasional dan melanggar hak kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan serta menjejaskan pendapatan mereka kerana Mentega Terbang tidak boleh ditayangkan atau diedarkan di mana-mana di seluruh negara.

 
Back
Top
Log in Register