BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Rayuan Kekal Perintah Bayaran Insurans RM900,000 Kepada Pemilik Bentley

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Mahkamah Rayuan Kekal Perintah Bayaran Insurans RM900,000 Kepada Pemilik Bentley​

ad09e8b86e2b2da8f6bee97726b764185e3a411dec1cf


Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan sebuah syarikat insurans membayar RM900,000 sebagai indemniti kepada seorang ahli perniagaan atas kerosakan pada Bentley Continental miliknya dalam satu kemalangan pada tahun 2020.

Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk Dr Choo Kah Sing, Datuk Ismail Brahim dan Datuk Leonard David Shim membuat keputusan itu selepas menolak rayuan MSIG Insurance (Malaysia) Bhd serta rayuan Inderpal Singh, masing-masing dengan kos RM50,000.

MSIG Insurance telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan tuntutan Inderpal Singh bagi mendapatkan indemniti di bawah polisi insurans manakala ahli perniagaan itu turut merayu terhadap keputusan mahkamah yang menolak tuntutannya berhubung kecuaian, termasuk RM253,000 bagi kehilangan penggunaan dan RM990,000 bagi kehilangan keseronokan memiliki kenderaan Bentley tersebut.

Ketika menyampaikan keputusan yang dibuat secara sebulat suara, Choo berkata panel itu mendapati hakim Mahkamah Tinggi telah menilai bukti dan membuat penemuan fakta yang tidak menunjukkan sebarang kekhilafan sehingga mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata walaupun terdapat versi yang dikemukakan oleh MSIG Insurance tentang bagaimana kemalangan itu boleh berlaku, ia gagal meyakinkan Mahkamah Rayuan untuk mengganggu dapatan Mahkamah Tinggi.

Hakim itu berkata mahkamah menolak hujah bahawa kemalangan tersebut telah dirancang bagi menuntut insurans.

“Tiada bukti yang meyakinkan bahawa Inderpal Singh telah merancang kemalangan itu selain syak wasangka defendan (Insurans MSIG) bahawa ia tidak mungkin berlaku seperti yang dinyatakan oleh Inderpal Singh,” katanya sambil menambah adakalanya kemalangan boleh berlaku tanpa sebab yang saintifik atau logik.

Menyentuh mengenai rayuan balas Inderpal Singh, beliau berkata mahkamah bersetuju dengan Mahkamah Tinggi bahawa ahli perniagaan itu gagal membuktikan bahawa MSIG Insurance cuai dalam menjalankan siasatan dan memproses tuntutannya.

Inderpal Singh adalah pemilik berdaftar bagi Bentley Continental yang diinsuranskan dengan MSIG Insurance di bawah polisi kereta persendirian yang menyediakan perlindungan komprehensif bernilai RM900,000 untuk tempoh setahun bermula 8 Feb 2019.

 
Back
Top
Log in Register