BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Batal Saman Tiga Bekas Wakil Rakyat Berhubung Keputusan Speaker DUN Perlis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Mahkamah Batal Saman Tiga Bekas Wakil Rakyat Berhubung Keputusan Speaker DUN Perlis​

c0efad8988045e0b56141865b741aeb16a4e10b3cb257

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman pemula yang difailkan oleh tiga bekas wakil rakyat terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Rus’sele Eizan kerana mengisytiharkan kekosongan luar jangka bagi kerusi mereka.

Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Rus’sele atas alasan Mohd Ridzuan Hashim (bekas Ahli DUN Guar Sanji), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Saad Seman (Chuping) mempersoalkan perkara yang secara amnya tidak boleh diadili oleh mahkamah.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

"Keputusan defendan sebagai Speaker adalah berkaitan dengan urusan penting dan dalam parameter Perlembagaan serta Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis, dan secara amnya tidak boleh diadili walaupun dibuat di luar prosiding Dewan selagi ia dalam lingkungan kuasa yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata dalam melaksanakan bidang kuasa di bawah Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis, mahkamah berpandangan Speaker mempunyai kewajipan untuk mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka dan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Mohamad Abazafree berkata tindakan Speaker tidak boleh dipertikai di mahkamah selagi ia dilaksanakan dalam lingkungan kuasa Perlembagaan yang diberikan dan berkaitan dengan urusan dalaman DUN.

"Secara amnya, jika sesuatu perkara itu tidak boleh diadili oleh mahkamah, ia perlu dibatalkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 kerana dianggap tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan atau penyalahgunaan proses mahkamah," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak membuat apa-apa perintah berkaitan kos.

Rus’sele diwakili peguam Dr Yusfarizal Yussoff, Wan Rohimi Wan Daud dan Mohd Faizi Che Abu manakala peguam Mohd Jamil Yaacob mewakili ketiga-tiga bekas ADUN.

Pada 25 Dis tahun lepas, Rus’sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji selepas keahlian tiga wakil rakyat PAS itu terhenti serta-merta selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

Back
Top
Log in Register