ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Palang pada walkalator telah dibuka bagi memudahkan penumpang membawa troli.
PENAMBAHBAIKAN kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) tidak memberi kesan kepada kenaikan kos operasi penerbangan tambang rendah.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali berkata, segala kos penambahbaikan di KLIA2 tidak akan dipindahkan kepada syarikat penerbangan kos rendah.
"Semua kos itu adalah sebahagian daripada kos operasi penyelenggaraan yang ditanggung sepenuhnya oleh MAHB," katanya semasa taklimat media sebelum lawatan ke sekitar landasan pesawat KLIA2, di Sepang, semalam.
Kelmarin, Pengerusi Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Nur Jazlan Mohamed berkata, MAHB gagal memenuhi kehendak dan keperluan pihak berkepentingan ketika membangunkan KLIA2, yang mana membawa kepada peningkatan kos operasi bagi penerbangan tambang rendah.
Sementara itu, Badlisham berkata, MAHB akan menambah 19 lagi walkalator baharu dan tujuh kereta buggy bagi mengurangkan jarak perjalanan penumpang.
Menurutnya, tiga walkalator akan dibina di Skybridge dan dua di aras pelepasan yang dijangka siap selewat-lewatnya 10 Disember ini.
Katanya, 16 walkalator lagi akan dipasang tahun depan dan pihaknya telah mengenal pasti lokasinya.
Badlisham berkata, MAHB juga akan memperkenalkan perkhidmatan kereta buggy bagi memudahkan pergerakan penumpang ke pintu pelepasan.
"Setakat ini, kami mempunyai lapan buggy yang beroperasi dan tujuh lagi akan ditambah pada 15 Disember ini," katanya.