BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAHA 2026 Platform Hubung Usahawan Tani, Pembeli Global

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

MAHA 2026 Platform Hubung Usahawan Tani, Pembeli Global​

1034a26ce6ba077c6eb95b508d87f1776a77330007689

81406f5bb862bb14b4cc1d487ea212bb6a77334c0c9ac

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (tengah) pada Majlis Perasmian Penutup Program Road to MAHA 2026 Zon Timur, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Isham Ishak (kiri).


Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 Sept depan akan menjadi platform menghubungkan usahawan tani dan penggiat sektor agromakanan yang menghasilkan inovasi dengan agensi penyedia bantuan serta bakal pembeli dari dalam dan luar negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Isham Ishak berkata platform itu mampu memberi nilai tambah kepada inovasi yang dihasilkan, selain membantu mempercepat proses pengkomersialan produk.

“Bukan sahaja ia (MAHA) berfungsi untuk mencari atau memberi idea baharu kepada petani dan penternak, tetapi mereka yang sudah mempunyai inovasi baharu dan mahu mengkomersialkannya juga boleh menggunakan pelbagai platform yang disediakan agensi.

“Mereka boleh mencari peluang untuk menggunakan inovasi itu untuk dikomersialkan, sama ada secara sendiri atau bergabung dengan agensi kerajaan dan swasta,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis perasmian penutup Program Road to MAHA 2026 Zon Timur di sini hari ini.

Beliau berkata pendekatan itu selaras dengan tema MAHA 2026, ‘Penciptaan Nilai untuk Keterjaminan Makanan’, yang menekankan usaha membawa sektor pertanian negara ke tahap lebih tinggi selepas sambutan 100 tahun MAHA pada 2024.

Isham berkata petani, penternak, peladang dan nelayan kini bukan sekadar menjalankan aktiviti pertanian secara konvensional, sebaliknya perlu memanfaatkan inovasi serta teknologi moden bagi mencipta nilai baharu dan meningkatkan pendapatan.

MAHA 2026 bakal berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.

Sementara itu, Ketua Sekretariat MAHA 2026 Datuk Dr Mohd Haniff Hassan berkata penggunaan teknologi moden penting bagi menarik lebih ramai golongan muda menceburi sektor pertanian dan industri makanan, sekali gus memastikan kesinambungannya pada masa depan.

Justeru, beliau berkata MAHA 2026 akan mengetengahkan pelbagai teknologi termasuk pertanian pintar, pertanian menegak, Internet Pelbagai Benda (IoT), dron serta sistem pengurusan pengairan pintar.

 
Back
Top
Log in Register