BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAHA 2026 Platform Terbaik Usahawan Sabah Promosi Produk Pertanian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,389
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,389
Reaction score
346
Points
141

MAHA 2026 Platform Terbaik Usahawan Sabah Promosi Produk Pertanian​

d068c0116781bf6ba66a9c563e8943ab6a2d4c3b226db

fb Chan Foong Hin

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 pada 28 Ogos hingga 6 Sept depan, menyediakan platform terbaik bagi usahawan Sabah mempromosikan produk, memperluaskan rangkaian perniagaan dan meneroka peluang pasaran baharu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin berkata produk pertanian Sabah seperti buah-buahan tropika, hasil perikanan, ternakan serta pelbagai produk hiliran tempatan berpotensi besar untuk dipasarkan ke dalam dan luar negara.

Beliau berkata ini termasuk beras premium Sabah, Avokado QAV1, Limau Pomelo Tenom dan bawang merah Kundasang.

“Sebagai anak jati Sabah, saya amat berbangga melihat semakin ramai usahawan agro tempatan berjaya menghasilkan produk berkualiti tinggi dan berdaya saing.

“Saya percaya penyertaan aktif usahawan Sabah dalam MAHA 2026 akan membuka lebih banyak peluang pelaburan, perdagangan dan pembangunan ekonomi luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program “Road to MAHA 2026 @ Sabah” sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan di pekarangan Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah hari ini, teks ucapan beliau diedar kepada media di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Abdul Rashid Bahri.

Program Road to MAHA 2026 @ Sabah yang berlangsung dari 11 hingga esok (14 Jun) menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung termasuk Jualan Agro MADANI, Jualan “Happy Hour”, Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan, promosi usahawan agro, demonstrasi pertanian, “pocket talk”, pertandingan mewarna dan aktiviti teka berat.

Dalam pada itu, Chan berkata MAHA yang memasuki edisi ke-14 penganjurannya, bakal menghimpunkan komuniti pertanian, pemain industri agromakanan, penggubal dasar, pelabur serta masyarakat umum di bawah satu visi bersama untuk memperkukuh sektor agromakanan negara.

 
Back
Top
Log in Register