BTC USD 84,755.3 Gold USD 4,137.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

macam macam syirik

qaz123

Super Active Member
Messages
5,645
Joined
Jul 12, 2008
Messages
5,645
Reaction score
169
Points
78
Penyusun Ulang: Ummu Aufa
Muroja’ah: Ust. Abu Mushlih

Saudariku, setelah di edisi kemarin kita dapat mengetahui hakikat kesyirikan maka kini kami ingin menjelaskan mengenai macam-macam syirik. Syirik tidak hanya menyembah berhala, menyembah selain-Nya namun riya’ juga merupakan syirik. Dengan demikian marilah saudariku kita simak penjelasan di bawah ini.


Pembagian syirik ada berbagai macam tergantung dikelompokkan pada kelompok yang mana.

1. Syirik yang Terkait dengan Kekhususan Allah Ta’ala

a. Syirik di dalam Rububiyyah

Yaitu meyakini bahwa selain Allah mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan lainnya dari sifat-sifat rububiyyah.

b. Syirik di dalam Uluhiyyah

Yaitu meyakini bahwa selain Allah bisa memberikan madharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah.

c. Syirik di dalam Asma’ wa Sifat

Yaitu seorang meyakini bahwa sebagian makhluk Allah memiliki sifat-sifat khusus yang Allah ta’alla miliki, seperti mengetahui perkara gaib, dan sifat-sifat lainnya yang merupakan kekhususan Rabb kita yang Maha Suci.

2. Syirik Menurut Kadarnya

a. Syirik Akbar (besar)

Yaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam.

- Syirik dalam berdoa

Adalah merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti’anah kepada selain-Nya.

- Syirik dalam niat, kehendak dan maksud

Adalah manakala melakukan ibadah tersebut semata-mata ingin dilihat orang atau untuk kepentingan dunia semata.

- Syirik dalam keta’atan

Yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah Subhanahu wa Ta’ala atau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan ridho atas hukum tersebut.

- Syirik dalam kecintaan

Adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Menyetarakan kecintaan makhluk dengan Allah.

b. Syirik Ashghar (kecil)

Yaitu riya’, hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi pelakunya wajib untuk bertaubat. Akan tetapi bukan hanya riya’ saja yang termasuk syirik Ashgar. Riya’ termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar hanya berupa riya’.

c. Syirik Khafi (tersembunyi)

Yaitu seorang beramal dikarenakan keberadaan orang lain, hal ini pun termasuk riya’, dan hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam sebagaimana anda ketahui, namun pelakunya wajib bertaubat.

3. Syirik Menurut Letak Terjadinya

a. Syirik I’tiqodi

Syirik yang berupa keyakinan, misalnya meyakini bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah menciptakan kita dan memberi rizki pada kita namun di sisi lain juga percaya bahwa dukun bisa mengubah takdir yang digariskan kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama islam, kita berlindung kepada Allah dari hal ini.

b. Syirik Amali

Yaitu setiap amalan fisik yang dinilai oleh syari’at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti menyembelih untuk selain Allah, dan bernazar untuk selain Allah dan lainnya.

c. Syirik Lafzhi

Yaitu setiap lafazh yang dihukumi oleh syari’at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain nama Allah, seperti perkataan sebagian orang, “Tidak ada bagiku kecuali Allah dan engkau”, dan “Aku bertawakal kepadamu”, “Kalau bukan karena Allah dan si fulan maka akan begini dan begitu”, dan lafazh-lafazh lainnya yang mengandung unsur kesyirikan.

Dengan mengetahui beberapa kategori syirik diatas dapat membantu kita untuk menghindarinya agar tidak terjatuh dalam kesyirikan dalam bentuk apapun dan cara bagaimana pun. Semoga kita semua bisa terhindar dari syirik tersebut di manapun dan kapan pun jua. Wallohu a’lam bishowab.

Maraji’:
Penjelasan Al-Qaul Al-Mufid fii Adillati At-Tauhid (terj)


sumber
 
jika kita tergolong dlm golongn ini...marilah kita sama2 menunaikan solat sunat taubat...jom...ni link solat sunat taubat...bg yg ingt2 lupe...senang jek...hehehe

sunat taubat
 
setelah itu marilah kita sama2 membuang unsur2 kesyirikan yg mungkin telah sebati dlm diri kita...
sbb tu nak beramal pon xde nikmat,nak buat baik susah,dan yg plg penting iman kita berada ditempat yg betul....sama2 la kite
 
ni dari jakim...

Kategori : AKIDAH Usuluddin
Tajuk :
Menjauhi Syirik Dalam Segala Bentuknya
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "( Syirik yangkecil itu) ialah riak - Allah Taala akan berfirman pada hari Kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: " Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dahulu ( untuk menunjukan kepada meraka ), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"

Mahmud bin Labid r.a



Huraian
Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "( Syirik yangkecil itu) ialah riak - Allah Taala akan berfirman pada hari Kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: " Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dahulu ( untuk menunjukan kepada meraka ), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"
 
Kategori : AKIDAH Usuluddin
Tajuk :
Mentera Dibolehkan Asalkan Tidak Bercampur Syirik
Hadith :
Dari ‘Auf bin Malik al-Asyja’i r.a katanya:”Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang mentera ?” Jawab baginda:”Peragakanlah (bacalah) menteramu itu di hadapanku. Mentera tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik.”

(Muslim)



Huraian
Definisi perubatan Islam adalah melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggahan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan istilah perubatan sehingga terjebak ke dalam dunia syirik. Islam telah memberikan panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang mengandungi sihir (jampi mentera yang melanggar syariat), bercampur dengan amalan-amalan haram (bersemah – sembelihan korban sebagai jamu) dan amalan-amalan berdamping dengan makhluk halus yang diyakini berkuasa menentukan kesembuhan penyakit adalah syirik serta amat dilarang dalam Islam. Islam meletakkan bahawa apa-apa perubatan sekalipun sama ada tradisional mahupun perubatan moden semuanya hendaklah bersandarkan kepada hukum bahawa Allah adalah Maha Berkuasa dalam menetapkan penyembuhan sesuatu penyakit. Segala macam bahan yang digunakan dalam proses perawatan tidak kira sama ada menggunakan teknologi perubatan yang telah dipermodenkan mahupun secara terapi tradisional adalah sekadar alat semata-mata. Dalam perkataan lain, segala kaedah dan ubatan yang digunakan hanyalah sebagai ´al-asbab´ dan kita wajib percaya bahawa makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu melainkan segalanya terletak pada ketentuan dan keizinan Allah S.W.T jua.
 
SOALAN:
ADA beberapa adat Melayu yang menjadi kemusykilan. Adat-adat tersebut masih diamalkan di sesetengah tempat. Antaranya:

1. Seseorang (suami) perlu mencabut paku yang telah dipakunya di mana-mana tempat untuk menyenangkan isterinya untuk bersalin.
2. Jangan belitkan kain tuala di leher, nanti anak yang keluar akan terbelit tali pusat di lehernya.

Apakah pandangan ustaz ke atas perkara ini menurut Islam?

Jawapan:

Cuba kita renung dan hayati makna ayat al-Kursi berikut: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya (mentadbirkan sekelian makhluk-Nya). Yang tidak pernah berasa mengantuk apalagi tidur. Yang Memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan Dengan izin-Nya (sahaja). Yang Maha Mengetahui apa yang berada di hadapan mereka dan apa yang berada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah Kehendaki. Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dan Dia-lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya). (al-Baqarah: 255)

Subhanallah, betapa agung konsep keesaan Allah SWT yang digambarkan oleh ayat tersebut. Allah dengan jelas memberitahu kita bahawasanya segala kuasa itu adalah milik mutlak-Nya semata-mata bukan sahaja di bumi bahkan di langit!

Jadi, apa ukuran yang kita pakai sebagai orang-orang yang benar-benar beriman apabila kita meletakkan sejumlah kuasa pengakibat kepada paku dan tuala?

Adakah mempercayai **** pembawa padah dan petanda atau alamat buruk serasi dengan ajaran Islam terutamanya apabila kita menyentuh bab tauhid dan akidah Islam yang suci dan tulen? Atau dari mana asal kepercayaan-kepercayaan ini sebenarnya?

Sebenarnya ia berpunca daripada kepercayaan silam orang-orang Melayu pada zaman sebelum Islam. Ketika itu ideologi paganisme yang menisbahkan kuasa kepada setiap benda yang wujud di muka bumi ini lalu memuja segalanya. Dipanggil semangat itu, dan semangat ini.

Namun, saki-baki daki syirik kepercayaan lalu masih berakar umbi di jiwa generasi pewaris generasi yang telah bertukar kepada mempercayai ajaran agama Islam sejak kurun ke-10 lagi yang telah mula bertapak di Negeri Terengganu berdasarkan artifak sejarah Tugu Peringatan Batu (Batu Bersurat) yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu.

Walaupun 10 kurun telah berlalu, dan kurun ke-21 telah menjelma kini, ramai yang masih kabur untuk membezakan antara unsur syirik ideologi paganisme silam dengan dasar keesaan Allah SWT yang menjadi asas berimannya seseorang yang bergelar Muslim.

Perlu diingat bahawa syirik yang bermaksud 'memberi hak perkongsian terhadap sesuatu contohnya kuasa di antara Allah dan sesuatu benda' ini adalah dosa besar nombor satu dalam senarai 70 dosa-dosa besar.

Allah SWT dengan tegas menyatakan pendirian-Nya mengenai syirik ini bahawa ia adalah satu dosa besar yang sangat berat kesalahannya dalam surah al-Nisa', ayat 48 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan Mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua sekalipun), dan akan mengampunkan dosa lain selain daripada dosa itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang amat besar (berat).

Dalam ayat lain, Allah tegaskan perbuatan itu adalah satu kesesatan yang sangat menjauhkan seseorang daripada Allah dalam ayat 116 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan Mengampunkan dosa syirik orang yang mempersekutukan-Nya Dengan sesuatu (dengan sesuatu apa jua sekalipun), dan akan mengampunkan dosa lain selain daripada dosa itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya; Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat menjauhkannya (daripada Allah).

Langit mana kita sanggup junjung, bumi mana kita sanggup bertongkat apabila Allah telah menganggap kita terkeluar senarai daripada keampunan dan rahmat-Nya?

Khazanah sunnah juga membawa hadis-hadis yang senada dengan ayat-ayat al-Quran yang telah kita baca tadi.

Hadis paling sahih daripada Sahih al-Bukhari menegaskan bahawa: Dari Abu Hurairah r.a. yang telah mendengar baginda SAW bersabda: "Tiada petanda atau alamat buruk atau **** pembawa padah (dalam Islam). Sebaik-baiknya ialah kata-kata yang baik (senang didengari) diperdengarkan kepada kamu." (Sumber: Sahih al-Bukhari, juzuk 5, halaman 2171, bilangan hadis: 5422).

Hadis yang sama juga terdapat dalam Sahih Muslim, Sahih Ibnu Hibban, Sunan al-Bayhaqi al-Kubra, Musnad Imam Ahmadbin Hanbal, Musnad al-Tayalisi, dan Musnad Abu Ya'la menggambarkan betapa besar perkara ini di sisi Islam.

Jangan sekali-kali memandang remeh dan membiarkan ia berterusan dalam kehidupan kerana Imam Ahmad bin Hanbal ada meriwayatkan satu lagi hadis yang lebih jelas mengenai perkara ini yang bermaksud: Dari Abdullah bin 'Amru berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membenarkan petanda atau alamat buruk daripada sesuatu sehingga menjejaskan hajatnya untuk berbuat sesuatu sesungguhnya dia telah melakukan syirik. Para sahabat bertanya: Maka apakah kaffarahnya (penebus kesalahan itu?) Rasulullah bersabda: Hendaklah kamu berkata: Allahumma La Khaira Illa Khayruk, Wa La Tiyara Illa Tiyaruk, Wa La Ilaha Ghayruk yang bermaksud: "Ya Allah, tiada kebaikan selain daripada kebaikan milik-Mu, tiada alamat atau petanda selain daripada alamat atau petanda dari-Mu, dan tiada Tuhan selain-Mu". (Sumber: Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, juzuk 2, halaman 220, bilangan hadis: 7045).

Sebaik-baiknya kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW seperti membaca: Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi shay'un fil ardhi wa la fissama' wa huwassami'ul alim yang bermaksud: "Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada sesuatu di bumi dan di langit akan (dapat) memudhratkan (sesuatu yang lain) sedang Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. (Sumber: Sunan Abu Daud, juzuk 3, halaman 132, bilangan hadis: 5088)

Insya-Allah kita kan sentiasa dilindungi oleh-Nya daripada segala mudarat.


Elak amal adat yang syirik
 
Jampi boleh bawa syirik

Oleh Dr. Amran Kasimin

JAWAPAN: Perkataan jampi dalam bahasa Arab disebut seperti ruqyah (al-Munjid, 1960: 276) bererti perlindungan, iaitu berlindung daripada segala keburukan.

Ia juga dikenali sebagai al-mu’awwizat atau at-ta’awwuz, juga bererti perlindungan. Penggunaan ruqyah lebih terkenal. Menurut Ibn Athir, ruqyah ialah meminta perlindungan menggunakan jampi mantera kerana sakit ataupun demam, gila dan sebagainya.

Dalam hadis, riwayat Abu Daud dalam sunahnya dijelaskan, daripada Auf bin Malik ia berkata, kami pernah menggunakan jampi mantera ketika zaman jahiliah. Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah, apakah pendapat tuan mengenai perkara ini. Baginda menjawab: Perdengarkan kepadaku jampi mantera kamu itu, tidak mengapa selagi ia tidak mengandungi syirik.

Menurut keterangan hadis ini, jampi mantera ada kalanya boleh menyebabkan seseorang itu syirik. Di antara sebutan yang boleh menyebabkan syirik ialah ungkapan meminta perlindungan kepada makhluk seperti jin, menyamakan qudrah Allah dengan keupayaan makhluk-makhluk, beriktikad keberkatan jampi mantera yang boleh menyembuhkan penyakit, memberi kuasa, kekuatan atau hikmat terhadap objek-objek tertentu.

Seorang sahabat, Jabir memberitahu Rasulullah, bapa saudaranya pandai menjampi. Mendengarkan kata-katanya, itu, baginda terus melarang amalan jampi mantera. Bapa saudara Jabir kemudian menemui baginda dan memperdengarkan bacaan jampinya untuk merawat sakit sengatan kala jengking. Setelah mendengar, baginda menjawab, sekiranya ada di antara orang Islam yang berupaya menolong saudaranya, ia hendaklah berbuat demikian.

Dalam peristiwa ini baginda mula-mula menegah bapa saudara Jabir melakukan jampi kerana menyangka jampi dituturkan dengan kalimah yang boleh mendatangkan syirik. Setelah mendengar jampi itu, baginda membenarkannya apabila mendapati jampi itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Orang yang meminta pertolongan, sama ada perlindungan diri ataupun harta benda, termasuk perlindungan keluarga kepada makhluk-makhluk halus berkeyakinan bahawa objek di mana ia memohon perlindungan itu mempunyai keupayaan berbuat demikian, padahal hakikatnya hanya Allah yang mempunyai keupayaan. Kerana itu apabila seseorang itu memohon perlindungan kepada makhluk, ini bererti bahawa individu berkenaan menyamakan atau menyekutukan kudrah Allah yang sebenar, dengan keupayaan yang dimiliki oleh makhluk tadi. Penyekutuan atau penyamaan ini dinamakan “syirik”, ism masdar daripada perkataan syarika, yasyraku (al- Munjid, 1960:384).

Begitu juga mereka yang beranggapan makhluk halus yang dipercayai boleh mempengaruhi kehidupan manusia, mendatangkan bencana, menyebabkan kurangnya hasil tangkapan di laut ataupun boleh memberi kebaikan apabila diberi sajian dengan cara membuang ancak, semah atau pemujaan.

Perbuatan seperti ini dinamakan “syirk” dalam bahasa Arab ataupun “syirik” dalam sebutan Melayu. Orang yang berbuat demikian dinamakan “musyrik”, andainya dia lelaki tunggal dan “musyrikin atau “musyrikun” andainya ramai.

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni dosa selain daripada itu (an-Nisa’: 47).

Mengenai soalan yang berkaitan ayat-ayat al-Quran, kandungan hadis ataupun doa dalam jampi mantera ataupun serapah, perlu dijelaskan bahawa sebutan-sebutan seperti ini juga tidak menjamin bahawa kewujudan kalimah-kalimah ataupun ayat-ayat tersebut menjadi alasan atau bukti bahawa amalan yang dilakukan itu sesuai dengan ajaran Islam. Begitu juga kalimah-kalimah yang memperlihatkan adanya pengaruh Islam.

Kalimah-kalimah tersebut seperti sebutan nama malaikat, Rasul atau Nabi, khalifah, kalimah-kalimah berkat ataupun rangkaian kata syahadah yang digunakan dalam ungkapan jampi mantera ataupun serapah.

Penggunaan ayat-ayat al-Quran seperti dijelaskan, juga kalimah-kalimah yang mengandungi unsur-unsur pengaruh Islam pada hakikatnya lebih banyak mengelirukan.

Dalam banyak hal, kalimah-kalimah tersebut dicampuradukkan dengan nama-nama jin yang tidak diketahui hakikatnya, juga kata-kata yang tidak difahami maknanya, tidak dapat ditafsirkan dengan tepat.

Ungkapan seperti ini terdapat dalam jampi, mantera dan serapah yang digunakan oleh mereka yang melibatkan diri dengan ilmu kebatinan Melayu, terutama untuk rawatan dan persembahan teater tradisional.

Penggunaan kalimah-kalimah Allah yang diselit-selitkan dengan nama malaikat, Nabi, kalimah syahadah di samping sebutan nama jin dan syaitan merupakan perbuatan menghina atau mempersenda keagungan Allah yang diistilah sebagai istihza’ malah dalam ungkapan jampi pengasih misalnya, penggunaan kalimah-kalimah tersebut bagi tujuan jahat, menundukkan seseorang supaya jatuh kasih kepadanya menyebabkan mangsa rindu dendam, tertumpu akal fikiran dan ingatannya kepada orang yang memuja.

Walaupun demikian, kerana ungkapan tadi selalunya dituturkan dengan cepat, suara perlahan dan sukar didengar dengan jelas, selain kalimah Bismillah di awal kata, diikuti sebutan salam dan kalimah syahadah di akhir ungkapan, maka ia akan menimbulkan anggapan bahawa apa yang dibaca oleh penutur adalah terdiri daripada ayat-ayat al-Quran.

Di bawah ini diperturunkan satu rangkaian kata jampi pengasih sebagai contoh:

Bismi ‘Llahi ‘r-rahmani r-rahim; bismillah urat daun; bismillah tembakau cina; bismillah asap pucuk; hei jin segala jin; pergi ambil hati (dengan menyebut nama mangsa dan nama ibunya); hantar mari kat aku; kalau tidak aku sumpah engkau; sumpah baginda rasulullah; dengan baginda rasulullah; dengan berkat doa; la ilaha illa ‘llah; muhammad ‘r-rasulullah.

Ungkapan di atas mengandungi Bismillah sepenuhnya sebagai pembuka kata. Selepas menyebut sebanyak tiga kali, jin dipanggil mengambil hati gadis yang dipuja, untuk dihantar kepada penutur atau pemuja. Perbuatan seperti ini, iaitu yang melibatkan jin sama ada disedari penutur atau tidak, termasuk dalam amalan sihir.

Berdasarkan keterangan ini, biarpun dalam ungkapan yang dikenali sebagai jampi, mantera atau serapah itu mengandungi ayat-ayat al-Quran, kandungan hadis, doa ataupun hanya sebahagian daripadanya, tetapi ia disertakan dengan sebutan nama iblis dan syaitan, disertakan sebutan nama-nama dewa ataupun Tuhan sembahan selain daripada Allah, maka sebutan itu adalah terlarang.

Untuk memperkuat arahan, penutur kepada jin, agar ia pergi mengambil hati si gadis, dikatakan bahawa ia akan disumpah dengan menyebut nama baginda Rasulullah.

Hal demikian memperlihatkan bahawa sumpah yang dikenakan terhadap jin yang ingkar seolah-olah datang daripada Rasulullah ataupun berlaku hasil keberkatan menyebut nama nabi. Dalam masa yang sama sumpah juga dikenakan dengan menyebut keberkatan doa kalimah La ilaha illa ‘Llah, Muhammada ‘r-rasulullah.

Penutur kata ungkapan kata ini hakikatnya melakukan pemujaan dengan mencampuradukkan kalimah Allah untuk memanggil jin bagi menundukkan mangsa. Kalau enggan, ia akan kena sumpah. Ini memperlihatkan seolah-olah jin itu khadam penutur. Orang yang meminta pertolongan, sama ada perlindungan diri atau lain-lainnya boleh menyebabkan pemesongan iktikad seperti yang dijelaskan. Mereka adalah terdiri daripada orang yang sesat seperti yang disebut dalam al-Quran, surah al-Hijr: 42.
 
Back
Top
Log in Register