BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lyrebird - Si Pakar Penciplak Bunyi

tangkisan

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
7,998
Joined
Dec 12, 2010
Messages
7,998
Reaction score
415
Points
81

Burung+Lyrebird.jpg



Burung asli Australia , Lyrebird , boleh dianggap sebagai bintangnya segala macam burung . Kerana burung ini mampu meniru sekitar 20 jenis suara burung lain . Tidak hanya suara burung , ia juga mampu meniru bunyi seperti kamera , penggera kereta bahkan gergaji mesin .

Suara unik Lyrebird juga dimanfaatkannya untuk mencari pasangan . Namun hanya burung jantan sahaja yang dapat melakukan perkara itu.

Lyrebird jantan sangat suka menunjukkan kebolehannya meniru beberapa bunyi , terutama apabila musim mengawan untuk menarik perhatian betina . Ketika " menyanyikan " suara - suara tiruannya , Lyrebird akan menghulurkan bulu ekornya yang sepanjang 71 cm . Semakin banyak jenis suara yang ditirukan Lyrebird jantan , semakin menarik perhatian sang betina .

Belum ada jawapan ilmiah yang jelas mengapa beberapa burung seperti Lyrebird boleh meniru suara . Jabatan Ilmu Burung Muzium Australia , Jaynia Sladek , mengatakan bahawa hal tersebut merupakan sebahagian dari bahasa burung . " Burung - burung tersebut menunjukkan bahawa mereka sangat hebat kerana dapat meniru suara - suara lain , " kata Jaynia .

Kerana daya tarikan burung ini , maka banyak jurugambar yang ingin mengambil gambarnya . Bunyi kamera yang dihasilkan dari jurugambar tersebut akhirnya ditiru pula oleh Lyrebird . Keunikannya tidak sampai di situ , ia tidak akan pernah lupa pada suara yang telah ditirunya sehingga memperkaya kepelbagaian bunyi - bunyian kegiatan manusia .


http://www.youtube.com/watch?v=tXE6aUGb4zw


http://www.youtube.com/watch?v=sAwiFMKPHmY

 
wow.....hebat sungguh burung ni. boleh tiru suara org sekali. #respect
 
kan ada kes burung ajuk siren bomba..mula2 org situ kagum..lama2 menyampah malam pun bising bunyi siren neno neno je haha
 
kan ada kes burung ajuk siren bomba..mula2 org situ kagum..lama2 menyampah malam pun bising bunyi siren neno neno je haha

kahkahkahkah...

:eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register