rsat
Active+ Member
- Messages
- 3,238
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,238
- Reaction score
- 668
- Points
- 81
Jgn esok ada yg kepala air penuh duk lurut buang air kat situ sudah..
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


















Fahaman mana la dia pakai lukisan kena naked dulu lps tu baru buat bajuMak Khuin Weng - マク
· 3j ·
https://www.facebook.com/#
Mural Sudah Berbaju (Government Approvals)
Saya baca ramai komen dalam media sosial bertengkar pasal orang semua tak 'open minded' dan 'lukisan belum habis, kamu semua bising buat apa?'
Jadi saya nak bagi komen sedikit bagi isu ini dari sudut kelulusan kerajaan.
Tapi sebelum saya mulakan komentar saya, sebagai seorang yang tahu melukis, saya nak katakan penjelasan artis bahawa dia perlu melukis dan mewarnakan badan bogel sebelum cat untuk baju diwarnakan ke atas badan tu tak logik langsung. (1)
Memang seorang pelukis bagus nak lukis badan bogel dahulu sebagai framework, tapi itu untuk menyenangkan lukisan baju ke atas badan.
Tak perlu warnakan badan bogel lepas tu. It is extra work unless you want to use that nude body (maybe to show off a transparent dress, for example).
Ok. Rant about artwork excuses done. Apa yang saya sebenarnya nak kutuk di sini ialah kenyataan kerajaan yang bagi kebenaran untuk mural tersebut.
Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dalam kenyataannya memaklumkan, maklumat awal yang diterima oleh MDKS pada jam 7 malam Isnin adalah lukisan tersebut masih dalam 20 peratus proses lakaran dan seterusnya tular di media sosial. "Lukisan disempurnakan pada jam 10 malam, 40 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya sebelum 26 April 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. (2)
Pihak polis pula menyatakan siasatan awal mendapati projek seni lukis yang mendapat kelulusan MDKS pada 22 Mac lepas, dimulakan oleh Persatuan Kesenian Sasaran Kuala Selangor pada 12 April. “Bagaimanapun pihak MDKS tidak secara jelas diberitahu apakah bentuk atau jenis mural yang akan dilukis pada dinding tersebut,” katanya. (3)
Dari dua kenyataan ini, kita boleh tanya - kalau kelulusan diberikan tanpa apa-apa butiran, macam mana pihak MDKS boleh berikan kenyataan bahawa mural itu 20% siap ataupun 40% siap?
Hahaha.
Logik kerajaan kita sekarang ni susah kan? Tak nak bertanggungjawab atas kelulusan yang diberikan, tapi nak cuba mengikut SOP untuk menyatakan bahawa sesuatu projek mengikuti jadual penyiapan.
Sebabnya ada standard macam ini kerajaan kita entah macam mana juga boleh masukkan wang ke dalam bank akaun seorang bekas Perdana Menteri sehingga berbilion-bilion dan Gabenor Bank Negara masa itu apa pun tak tahu mengenainya.
Best kan kerajaan kita ni? MDKS mesti bawah pemerintahan jahat BN, kan? (sarcasm)
Same same la.
Peace.
1. Uproar over naked women mural in Sg Buloh settled after artists clarify intentions with police - https://www.hatred contents/.../uproar-over-naked.../1967984
2. Lukisan mural wanita mencolok mata sudah 'berbaju' - https://www.sinarharian.com.my/.../Lukisan-mural-wanita...
3. Tular mural lucah di balai seni, pelukis diarah segera siapkan ‘bahagian sensitif’ - https://www.freemalaysiatoday.com/.../tular-mural-lucah.../














