BTC USD 85,694.7 Gold USD 4,341.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lukisan bogel hiasi di dinding di bulan Ramadan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
1618894114829.png


LUKISAN BOGEL HIASI DINDING KAMPUNG SUNGAI BULOH, KUALA SELANGOR.

Saya dapat gambar ini tadi selepas berbuka puasa. Kata mereka di dinding kawasan yang Cina buat pameran seni tu. Seni ni ada batasnya. Lihat sekeliling sensitivitinya. Kalau dah nak tunjuk besar kepala kita nak ajar.

Majlis Daerah Kuala Selangor seperti kita tahu mereka ini PBT yang buta. Kita lihat sampai esok apa PBT nak buat. Jika tak hilang gambar ini kita biar orang kampung yang buat kerja
.
Kredit:Aemierulrizaki Rambli
 
Kes di tutup


*Lukisan mural wanita mencolok mata sudah 'berbaju'
*
1618907287571.png

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) memandang serius dakwaan pelayar media sosial berhubung lukisan mencolok mata di Sungai Buloh di sini yang tular di media sosial.

MDKS dalam kenyataannya memaklumkan, maklumat awal yang diterima oleh MDKS pada jam 7 malam Isnin adalah lukisan tersebut masih dalam 20 peratus proses lakaran dan seterusnya tular di media sosial.

Sehubungan itu, kenyataan itu memberitahu, MDKS telah mengarahkan pelukis untuk menyiapkan bahagian yang sensitif dengan kadar segera dalam tempoh tiga jam.

"Lukisan disempurnakan pada jam 10 malam, 40 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya sebelum 26 April 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

MDKS dalam kenyataannya turut memberi amaran tegas terhadap mana-mana pihak supaya lebih berhati-hati dalam penghasilan karya seni.

"Mana-mana penggiat seni perlu sentiasa berhati-hati dan menjaga sensitiviti budaya tempatan dalam penghasilan karya seni selain merujuk kepada MDKS terlebih dahulu," katanya.

Sebelum ini tular lukisan mural tiga wanita berbogel di dinding bangunan di Sungai Buloh Jeram di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, selepas mendapat pelbagai kecaman lukisan itu kemudian diubah dengan menukar mural wanita terbabit memakai baju tidur.

========================😎
 
20a_1618917313.jpg


Kuala Selangor: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes lukisan mural tidak senonoh di dinding Balai Seni Jalan Sasaran, Sungai Buloh, Jeram di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, ia susulan laporan yang dibuat orang awam berhubung kes terbabit.

Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati permohonan projek lukisan itu diterima daripada Persatuan Kesenian Sasaran Kuala Selangor dan mendapat kelulusan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada 22 Mac lalu.

"Bagaimanapun, pihak MDKS tidak secara jelas diberitahu bentuk dan jenis mural yang akan dilukis pada dinding berkenaan.

"Siasatan daripada pelukis lukisan menyatakan bahawa lukisan itu perlu dilukis mengikut lapisan demi lapisan sehingga selesai.

"Tiada unsur-unsur mural yang dilukis ini mencetuskan perbalahan antara kaum atau menghina mana-mana pihak berkenaan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Ramli berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai mural tidak senonoh yang mengundang kemarahan orang ramai khususnya umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

 
Apela korang, lukisan tu baru 20% time tu, baju belum sarung.
Hehe.
Tunggula sampai siap 😬
 
Nak lukis tapi tak nak ada isu
Tutup je la dulu macam buat renovation bangunan tu
Baru orang tak nmpk
Atau memang saja je nak orang nampak
Sebab dah tahu
Mintak maaf je boleh selesai kes
Tak perlu nak kena denda ke saman ke
 
1618894114829.png


LUKISAN BOGEL HIASI DINDING KAMPUNG SUNGAI BULOH, KUALA SELANGOR.

Saya dapat gambar ini tadi selepas berbuka puasa. Kata mereka di dinding kawasan yang Cina buat pameran seni tu. Seni ni ada batasnya. Lihat sekeliling sensitivitinya. Kalau dah nak tunjuk besar kepala kita nak ajar.

Majlis Daerah Kuala Selangor seperti kita tahu mereka ini PBT yang buta. Kita lihat sampai esok apa PBT nak buat. Jika tak hilang gambar ini kita biar orang kampung yang buat kerja
.
Kredit:Aemierulrizaki Rambli

Nak lukis tapi tak nak ada isu
Tutup je la dulu macam buat renovation bangunan tu
Baru orang tak nmpk
Atau memang saja je nak orang nampak
Sebab dah tahu
Mintak maaf je boleh selesai kes
Tak perlu nak kena denda ke saman ke
 
Back
Top
Log in Register