ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Abu Bakar (kiri) mengadakan perbincangan bersama Syed Othman.
PASIR GUDANG - Meskipun bahaya terpaksa berulang-alik membonceng anak orang kurang upaya (OKU) menjalani dialisis di Hospital Kota Tinggi, namun dia terpaksa selepas rayuannya tidak mendapat maklum balas sebuah hospital berhampiran.
Abu Bakar Mat Lazim, 48, berkata, anaknya, Mohamad Abdullah Abu Bakar, 20, sebelum ini menjalani rawatan dialisis di hospital berhampiran sejak enam bulan lalu.
Bagaimanapun menurutnya, tindakan pihak hospital menukarkan rawatan dialisis anaknya ke Hospital Kota Tinggi dengan alasan pesakit penuh sangat mengecewakan kerana tidak mempertimbangkan keadaan anak OKU.
"Mereka tidak berbincang dengan saya terlebih dahulu, sebaliknya memaklumkan pertukaran anak saya ke Hospital Kota Tinggi melalui telefon.
"Perjalanan kami dari Taman Air Biru ke Hospital Kota Tinggi dengan menunggang motosikal terpaksa berhenti rehat dua hingga tiga kali," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Abu Bakar berkata, tindakan terpaksa berulang-alik tiga kali seminggu sangat memeritkan apatah lagi rengekan anak OKUnya yang kebas pada bahagian punggung.
Menurutnya, situasi itu turut menyukarkan keadaannya yang tidak dapat bekerja kerana seharian terpaksa menunggu sesi rawatan dialisis anaknya di Hospital Kota Tinggi.
"Kalau di hospital berhampiran setengah hari sesi rawatan dah selesai, tapi sejak dihantar ke Hospital Kota Tinggi kami keluar dari rumah jam 8 pagi dah pulang sudah jam 6 petang.
"Disebabkan pertukaran ini saya dah tak boleh bekerja dan terpaksa mengharapkan pendapatan isteri, sedangkan kami perlu menampung kos lampin pakai buang Abdullah lebih RM200 sebulan," katanya.
Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan membawa pengadu ke hospital berhampiran untuk mengadakan perbincangan minggu depan.