afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,227
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,227
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Loke minta maaf kalah di Chennah, akui cabaran tembusi sokongan Melayu
Loke Siew Fook gagal pertahan kerusi DUN Chennah selepas tewas kepada calon BN pada PRN Negeri Sembilan.
Loke menjelaskan keputusannya bertanding bukan semata-mata untuk peribadi, sebaliknya mahu membuktikan DAP mampu mendapat sokongan lebih luas daripada pengundi pelbagai kaum.
Bagaimanapun, beliau mengakui misi itu tidak berjaya selepas parti gagal meraih sokongan Melayu dan Orang Asli pada tahap diharapkan.
“Saya memohon maaf kepada perwakilan atas kekalahan ini di Chennah,” katanya ketika berucap pada kongres itu sambil menegaskan DAP perlu mencari jalan memecahkan ‘tembok’ politik perkauman jika mahu memperluas penerimaan parti dalam kalangan rakyat.
Menteri pengangkutan itu tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon dengan majoriti 688 undi pada PRN itu.
Loke turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi DAP Negeri Sembilan, yang diterajuinya selama 22 tahun, atas rasa bertanggungjawab terhadap kekalahan di DUN Chennah dan Repah.
DAP menang sembilan kerusi dan gagal mempertahankan dua kerusi berkenaan.
Di sebalik kekalahan pada beberapa pilihan raya, Loke mengingatkan ahli DAP ia tidak seharusnya melemahkan perjuangannya, sambil menyatakan parti itu pernah melalui banyak kekalahan sepanjang sejarahnya.
“Pilihan raya ada menang, ada kalah. Kita sudah ada pengalaman pilihan raya selama 60 tahun. Kita menghadapi banyak kekalahan pada awal perjuangan kita, tetapi kita tidak berputus asa dan terus bergerak ke hadapan.
“Selagi kita tidak berputus asa, masa depan DAP akan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia,” katanya.
