BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aminuddin Bertanding Di DUN Linggi, Loke Di Chennah - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Aminuddin Bertanding Di DUN Linggi, Loke Di Chennah - Anwar​

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun diumumkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, yang berlangsung pada 1 Ogos ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu sebelum ini adalah penyandang kerusi DUN Sikamat selama empat penggal sejak 2008.

Turut diumumkan bertanding ialah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, dengan mengekalkan DUN Chennah yang disandang sejak 2013.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Perdana Menteri pada majlis pengumuman calon gabungan berkenaan pada PRN Negeri Sembilan, yang dihadiri barisan kepimpinan tertinggi dan ribuan penyokong.

Turut hadir Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengarah Komunikasi PH Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari.

Berita lanjut menyusul.

 
Back
Top
Log in Register