combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Aminuddin Bertanding Di DUN Linggi, Loke Di Chennah - Anwar
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun diumumkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, yang berlangsung pada 1 Ogos ini.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu sebelum ini adalah penyandang kerusi DUN Sikamat selama empat penggal sejak 2008.
Turut diumumkan bertanding ialah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, dengan mengekalkan DUN Chennah yang disandang sejak 2013.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Perdana Menteri pada majlis pengumuman calon gabungan berkenaan pada PRN Negeri Sembilan, yang dihadiri barisan kepimpinan tertinggi dan ribuan penyokong.
Turut hadir Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengarah Komunikasi PH Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari.
Berita lanjut menyusul.