BTC USD 84,053.8 Gold USD 4,293.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Loan ASB

biasalakan nak promote...lagi-lagi lah yg promote tu agent dia...:))

aku bukan agent tp salah sorang investor... aku dah lama buat loan ASB nie... dan pada awalnya boleh dikatakan inilah satu-satunya side income yg aku ada... yelaaa... mana ada duit byk nak invest dlm apa2 unit trust atau investment scheme lain....
tp skrg, installment loan ASB aku dah tak perlu fikir lagi.. sebab sumanya aku byr pakai dividen yg akan kuar tiap2 tahun... lebihan dia baru aku diversify... barulah bole masuk investment yg bole bg sampai 15% setahun tuuu... :D :D :D

kalo aku tak mula dari dulu... aku percaya.. aku masih lagi tak cukup duit utk buat apa2 investment... setakat simpan lebihan gaji cukup lambat... dan bole hilang pertimbangan bila nampak duit tu dah byk....:p :p

Just pandangan aku sebagai investor yg boleh dikatakan agak extreme...
 
Tp dengan inflasi kita yang lebih dr 4% setahun... tak untung juga la dapat 3.5% setahun tu memang rugi ada...:(

hehe..
cover inflasi ngan duit lain laa..
ASB utk pelaburan..amik 20 tahun, struggle 2-3 tahun, pastu dah bole guna instalment bayar balik loan repayment..
bile terjadi mcm ni, korang dpt laa guna duit lebihan utk cover inflasi..

btol tak????:)cgrock :)cgrock
 
hahahahaa.....nilah duk berbangga dengan 3.5%....tolak inflasi.....wakakakaa.....

10%-15% setahun ada.....cari gak yg rendah....tapi aku tau...ko diversify kan...keh3:D

jgn lupa 10%-15% tu risk tinggi..
skang ni saham x perform sgt..masuk unit trust lagi rugi ade laa nnt..
 
banyak lagi unit tras yang boleh dilabur dan boleh bagi pulangan yang tinggi,ASB juga member2 pilih..poning2..

hehe..masuk ASB x pening sgt pasal unit trust ikut saham..
klu beli unit trust masa BSKL 1.5k, skang dah turun ke 1.1k, x ke rugi besar klu masuk unit trust??:p :p :p
 
aku bukan agent tp salah sorang investor... aku dah lama buat loan ASB nie... dan pada awalnya boleh dikatakan inilah satu-satunya side income yg aku ada... yelaaa... mana ada duit byk nak invest dlm apa2 unit trust atau investment scheme lain....
tp skrg, installment loan ASB aku dah tak perlu fikir lagi.. sebab sumanya aku byr pakai dividen yg akan kuar tiap2 tahun... lebihan dia baru aku diversify... barulah bole masuk investment yg bole bg sampai 15% setahun tuuu... :D :D :D

kalo aku tak mula dari dulu... aku percaya.. aku masih lagi tak cukup duit utk buat apa2 investment... setakat simpan lebihan gaji cukup lambat... dan bole hilang pertimbangan bila nampak duit tu dah byk....:p :p

Just pandangan aku sebagai investor yg boleh dikatakan agak extreme...

tindakan yg bijak..
klu takut risk, masuk lagi duit lebihan tu dlm ASB..saham tgh huru hara ni..
 
daripada ko buat loan asb ada baiknya masuk jer asb....lagi tinggi return.....
 
banyak lagi unit tras yang boleh dilabur dan boleh bagi pulangan yang tinggi,ASB juga member2 pilih..poning2..

rafi..xyah poning..meh lepak..lama xjumpa ko..

aku explain...diversify
 
macammana yang boleh dikatakan untung kalau interest 7.5% tiap-tiap bulan ikat 20 tahun loan 20k? sapa kat sini ada cara...

Tiap-tiap bulan aku bayar rm151 bayar loan,interest dia dalam rm 100~110.Aku rasa macam tak berbaloi plak...pinjam 20k tapi bayar 60k.
 
kekadang bosan gak duk tengok orang yg takleh terima fact niih....

ko tengok sinih lah...

http://uruswangkita.wordpress.com/2007/12/26/asb-melabur-dlm-asb-guna-loan-bank-untung-rugi/

ASB : Melabur dlm ASB guna loan bank, Untung @ Rugi ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini. Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.

Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan
anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).

Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun)

==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.

Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.

Contoh:
Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh
dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan
terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak
dan sebagainya.

Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman

————————————————————————–

Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7%
setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini
bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.

Untung atau rugi?

Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun,
simpanan anda akan menjadi RM 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang
disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.

Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintain membayar bulanan kpd loan.

—————————————————————————————————————

Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah
pembayaran penuh selepas 20 tahun adalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000

Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM240,000 dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.

Untung pada mata kasar ==> RM 64,641

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’.

Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018

Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000

———————————————————————–

Kehilangan Keuntungan RM 143,018

Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !

Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM 175,359 dari anda
sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari
keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Siapa Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.

Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.

Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang. Diharap artikle ini dapat menjawab dilemma anda selama ini.

Terima kasih.
 
..........................
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register