BTC USD 84,024.3 Gold USD 4,276.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Loan ASB

http://mohdabdhalim.com/saham/pinjamanloan-asb/

Untung atau Rugi menggunakan pinjaman ASB? Fikir-fikirkanlah! Kalian boleh beri pendapat jika kalian punya pendapat yang ingin dikongsikan bersama.

1) Kadar BLR adalah tidak tetap dan potensi untuk bertambah dari tahun ke tahun adalah tinggi. Kadar BLR yang terkini adalah 6.9%. Berbanding dengan nilai pulangan yang bakal diterima oleh para pelabur iaitu sekitar 7-8% sahaja. Tiada sebarang jaminan bahawa nilai pulangan sekitar 8% ini akan berterusan sehingga tahun-tahun berikutnya.

2) Kadar BLR terkini iaitu sekitar 6.9% manakala pulangan ASB pula sekitar 8%. Kadar nilai pinjaman dan pulangan begitu hampir. Kaedah pinjaman pelaburan mungkin boleh diguna pakai seandainya nilai pulangan yang bakal diperolehi oleh para pelabur sekitar 10-12%. Contohnya, sekitar tahun 1993 hingga 1997 para pelabur ASB memperolehi nilai dividen sebanyak 10% manakala bonus pula sebanyak 3%.

3) Ini adalah pinjaman ASB, pelabur hanya diberi sijil (bukannya tunai). Pihak bank akan menahan sijil anda tadi untuk dilaburkan terus ke dalam akaun ASB anda. Pelabur tidak boleh mengeluarkan amaun pinjaman tersebut. Kebaikkannya, kaedah ini digunakan untuk mendisiplinkan diri para pelabur agar membayar setiap bulan.

4) Jika seseorang pelabur gagal untuk melaksanakan pembayaran pinjaman setiap bulan, maka pihak bank akan menjual sijil tersebut. Pelabur hanya memiliki nilai dividen dan bonus yang telah dilaburkan, termasuk jumlah yang telah dibayarkan. Seterusnya jangan lupa akan kos yuran penyertaan sebanyak RM152 dan kadar BLR semasa.

5) Sekiranya berlaku kecemasan, dan pelabur ingin menggunakan wang daripada akaun ASB beliau. Pelabur tersebut tidak boleh mengeluarkan amaun dari pinjaman ASB tersebut. Melainkan pengeluaran dari nilai pulangan dividen dan bonus atau pun wang tambahan yang dilaburkan setiap bulan sepanjang tempoh pinjaman ASB tersebut.

Pelaburan adalah pelaburan! Bukannya melabur melalui khidmat loan/pinjaman. Ini sekaligus menambahkan liabiliti kita! Jika dibandingkan di antara pulangan dividen yang bakal diperolehi dengan kadar BLR semasa, risiko untuk kadar BLR mengatasi pulangan dividen adalah tinggi.[/SIZE] Tiada sebarang jaminan bahawa pulangan yang bakal diperolehi oleh para pelabur ASB untuk tahun-tahun yang mendatang dapat mengatasi kadar BLR pada tahun-tahun berikutnya.

Jika pelabur tersebut bijak, method/kaedah ‘menyimpan sendiri’ adalah cara yang terbaik. Pelabur ASB boleh menambah duit pelaburan dengan menyimpan wang dari bonus tahunan yang diterima dari tempat bekerja. Manakala bagi mereka yang bekerja sendiri, mereka bolehlah melabur dari hasil keuntungan yang lebih untuk dilaburkan ke dalam akaun ASB ataupun ke akaun-akaun pelaburan yang lain bagi mengandakan pendapatan.

Ada yang bagi alasan! “Macam nak maintain dan disiplinkan diri untuk simpan tetiap bulan, mungkin awal tahun bolehlah beria-ia nak menyimpan. Kot-kot.. 2 tahun kendian, semangat menyimpan pun hilang! Alah! Bleh disiplin ka?”. Jika itu alasan kita, gunakanlah kaedah potongan gaji agar sebahagian dari gaji kita tadi akan dilaburkan terus ke akaun ASB kita. Jadi, tiada lagi alasan seperti susah nak maintain ka, tak cukup bajet untuk bulan ni ka, atau pun alasan malas nak berbaris di pejabat pos atau bank. Natijahnya, pilihan terletak ditangan kita! Bagi saya, kaedah menyimpan sendiri ke akaun ASB adalah kaedah yang terbaik berbanding dengan menyimpan menggunakan duit pinjaman/loan.

Namun masih ada juga pelaburan yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman/load. Pelaburan tersebut ialah pelaburan untuk perniagaan dan juga hartanah. Kerana, pulangan yang bakal anda perolehi adalah tinggi sesuai dengan risikonya. Tapi apa yang pasti, pelaburan sebegini ini pasti menjanjikan keuntungan yang lumayan jika kena dengan caranya.

:))
 
key word dier kat sini LOAN...selagi mana nama nyer loan, selagi tu peminjam rugi...bank bukan nye ***** bab2 main dgn duit ni, lagi kuat putar alam nyer
 
hehe.. bkn aku memandai.. tp beberapa thn sebelum nih .. da ramai yg dpt duit free dgn loan ASB nih.. ikat 20 thn.. masuk thn ke 2 je cancelkn loan.biasanya thn 1st. interest 2%-3% lebih rendah dr BLR. x cayer.. try tny org2 bank..:D
tp skrg.. bank lebih bijak.. nk elak benda nih.. pihak bank wat term lain plak.. saper cancel kurang 3 thn ..kena caj..(depend pada bank)..
ape pn ..try bezakn skim setiap bank(RHB,MAYBANK,CIMB) masing2 ade
kelebihan n kurang.. cam maybank.. x silap fix faedahnyer..(BLR-1% klu x silap)..
kira2 mudah.. jika dividen yg diumum lebih tinggi dr BLR.. peminjam akan untung .. klu BLR lebih besar dr dividen.. rugi la ..
pendpt peribadi aku.. div ASB akan sentiasa lebih tinggi dr div KWSP dan amanah saham2 PNB yg lain:D
 
very good point of view bro. :)cgrock
 
huhuh jgn gaduh2.. lain padang lain belalang.. tak salah kalo nak diversify.. duit masing2.. kang kite suruh invest mane2 mcm la kite dpt jamin kan.. kang kalo rugi bkn kite yg nak ganti balik.. so tepuk kepala tanya akal.. bare the risk.. kalo rasa itu terbaik, buatlah.. dari x menyimpan/melabur langsung.. kalo terkena..

"I told u so..."
 
hehe.. bkn aku memandai.. tp beberapa thn sebelum nih .. da ramai yg dpt duit free dgn loan ASB nih.. ikat 20 thn.. masuk thn ke 2 je cancelkn loan.biasanya thn 1st. interest 2%-3% lebih rendah dr BLR. x cayer.. try tny org2 bank..:D
tp skrg.. bank lebih bijak.. nk elak benda nih.. pihak bank wat term lain plak.. saper cancel kurang 3 thn ..kena caj..(depend pada bank)..
ape pn ..try bezakn skim setiap bank(RHB,MAYBANK,CIMB) masing2 ade
kelebihan n kurang.. cam maybank.. x silap fix faedahnyer..(BLR-1% klu x silap)..
kira2 mudah.. jika dividen yg diumum lebih tinggi dr BLR.. peminjam akan untung .. klu BLR lebih besar dr dividen.. rugi la ..
pendpt peribadi aku.. div ASB akan sentiasa lebih tinggi dr div KWSP dan amanah saham2 PNB yg lain:D

hehehe... aku rasa ko dah dapat rasa keuntungan tu kan?? aku pon dah merasa duit untung tu... sekarang aku dah dapat duit free dari buat menda nie... melebihi 40k...:D :D :D
 
what ever..
memasing punye duit...
kat sini kita memasing cume bagi pendapat diorang je..
tp aku mmg xkn wat loan utk simpan dlm ASB tu..
hehehe...

sbb aku tau ade lg investment lain yg lagi menguntungkan tanpa wat loan...n dpt extra benfit lagi...

cube korang tanye dgn agen Prudential..dia de satu produk utk investment..nama die PruCASH. aku xtau sgt nk explain..
tapi better dari ASB i think..
 
Back
Top
Log in Register