BTC USD 80,709.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Liverpool Kopites

screenshot-001.jpg


VAR buat ramai kecewa

Perlawanan yang sekali lagi dipalit kontroversi apabila keputusan VAR berpihak kepada Liverpool dan sebaliknya kepada Wolverhampton Wanderers. Persembahan yang kurang bertenaga oleh anak buah Klopp akibat jadual yang padat dan jelas terpancar di muka pemain untuk bertahan sehingga ke wisel penamat. Banyak percubaan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan sepanjang 90 minit. Namun, VAR menjadi faktor kemenangan pada awal pagi tadi. Semuanya bermula pada minit 42 setelah gol Mane pada awalnya dibatalkan akibat sebelum itu terkena tangan Lallana. Namun, menerusi rakaman VAR terkena pada bahu Lallana dan Mane menyepak bola tersebut dengan tenang.

Wolves bengang dengan keputusan pengadil, sekali lagi berang apabila jaringan gol mereka pada masa tambahan dibatalkan. Tangan Jonny (Wolverhampton Wanderers) berada di dalam kedudukan offsaid. Liverpool berjaya mengekang Wolves daripada menjaringkan gol penyamaan hasil kecekapan Van Dijk dan Gomez yang bertungkus lumus menutup ruang. Meskipun, ianya adalah perlawanan kontroversi tetapi keputusan gol Mane itu adalah tepat oleh pengadil. Pelawat juga tidak bernasib baik walaupun berjaya melakukan banyak percubaan bahaya. Inilah apa yang dikatakan Kemenangan yang hodoh (ugly win). Tetapi, perlawanan seperti inilah yang akan menjadi penentu pada hujung musim ini.
 
Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris 19/20

screenshot-001.jpg


Keputusan Penuh Perlawanan

screenshot-001.jpg


Penjaring Gol Terbanyak Terkini

screenshot-001.jpg


Jadual Perlawanan Liverpool Januari 2020 (Waktu M'sia)

screenshot-001.jpg
​
 
tahniah...rsnya takdir kita jd juara tahun ni...nmpk player penat tp stil kita menang ....lawan bukan calang2...gila wolve ni main.
 
inkaming games bln jan tu tough2 smuanya..harap dpt konsisten
 
screenshot-001.jpg


Liverpool tenang sahaja

Pep Guardiola dan pengkritik yang lain mengucapkan tahniah kepada Liverpool kerana sudah memenangi liga. Klopp pula berpendapat sebaliknya dan tenang menjawab soalan wartawan. Klopp percaya anak buah beliau dan kopites (Kopites Liverpool Merseyside) tidak terlalu gembira dan mereka percaya perjalanan musim ini masih jauh walaupun mendahului 13 mata.

“Saya lihat kopites (kopites Liverpool Merseyside) dan anak buah saya sangat tenang musim ini. Mereka buat macam biasa sahaja. Kami adalah satu unit, dan hanya akan berhenti sehingga seseorang berkata sudah cukup dan kita lihat sahaja apa yang akan berlaku. Jika tanya adakah musim ini sudah tamat dan saya menjawab tidak, ianya satu kerja gila. Tidak kira berapa kali bertanya soalan ini, jawapan saya tetap sama. Musim ini masih belum tamat."

Pst: Musim belum habis lagi.. selagi musim belum tamat..selagi tu kita jangan mendabik dada.. sejarah pernah berlaku berapa kali dah kita tercicir jadi juara liga.. 🧐
 
screenshot-001.jpg


4 Pemain Liverpool akan Kembali pada bulan Februari ini

Klopp memberi sedikit harapan apabila mengatakan 4 pemain bakal kembali beraksi seawal bulan Februari. Beliau juga berharap mereka cepat sembuh dan kembali berlatih bersama pasukan.

"Mereka akan kembali berlatih seawal pertengahan bulan Januari. Liverpool pula akan bermain 4-5 perlawanan dan diharap semua baik-baik saja. Kini Oxlade sudah tidak berjalan menggunakan tongkat, namun kami harus tunggu jawapan daripada unit perubatan mengenai status beliau. Matip, Lovren dan Fabinho semua berada dalam keadaan yang baik, dan saya jangkakan mereka akan kembali beraksi dalam bulan Februari."
 
screenshot-001.jpg


Takumi Minamino di jangka bakal melakukan penampilan pertama bersama skuad Liverpool lebih awal iaitu pada hari Jumaat ini 3 Januari 2020 jam 4 pagi (Waktu M'sia) dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield menentang Sheffield United.

Sebelum ini Minamino dikhabarkan akan melakukan penampilan pertama dalam saingan Piala FA Inggeris (FA Cup) berdepan Everton di Anfield 6 Januari 2020 Isnin 12.01 pagi (Waktu M'sia). Namun Klopp di khabarkan mahu melihat sejauh mana kekuatan Minamino beraksi buat pertama kali dalam saingan di Liga Perdana Inggeris.
 
screenshot-001.jpg


Penampilan Pertama Takumi Minamino di Piala FA Inggeris 19/20 (FA CUP)

Nampaknya peluang untuk melihat penampilan pertama Minamino terpaksa dilupakan Jurgen Klopp buat sementara waktu. Undang undang Liga Perdana Inggeris telah menyatakan mana mana pemain baru yang menyertai pada 1 dan 2 Januari (Tarikh England) tidak dibenarkan bermain saingan Liga Perdana Inggeris minggu ke 21. Jadi penampilan pertama Minamino di Liga Perdana Inggeris menentang Sheffield United terpaksa di lupakan. Beliau akan membuat penampilan pertama menentang Everton saingan Piala FA Inggeris di Anfield 6 Januari 2020 Isnin 12.01 pagi (Waktu M'sia). Oleh itu Minamino akan membuat penampilan pertama bersama Liverpool seperti Van Dijk pada Januari 2018.

Pst: Penampilan pertama Vigil Van Dijk bersama Liverpool 5 Januari 2018 (Tarikh England) menentang Everton dalam saingan pusingan ke 3 Piala FA Inggeris 17/18 di Anfield.. Liverpool menang 2-1 .. Van Dijk menjaringkan gol ke 2 menerusi tandukan sepakan sudut minit ke 84. ;)


Liverpool 2 - 1 Everton Official Highlights | Emirates FA Cup 2017/18

 
Last edited:
Back
Top
Log in Register