imzza
Active+ Member
- Messages
- 4,248
- Joined
- Apr 17, 2014
- Messages
- 4,248
- Reaction score
- 59
- Points
- 45
VAR buat ramai kecewa
Perlawanan yang sekali lagi dipalit kontroversi apabila keputusan VAR berpihak kepada Liverpool dan sebaliknya kepada Wolverhampton Wanderers. Persembahan yang kurang bertenaga oleh anak buah Klopp akibat jadual yang padat dan jelas terpancar di muka pemain untuk bertahan sehingga ke wisel penamat. Banyak percubaan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan sepanjang 90 minit. Namun, VAR menjadi faktor kemenangan pada awal pagi tadi. Semuanya bermula pada minit 42 setelah gol Mane pada awalnya dibatalkan akibat sebelum itu terkena tangan Lallana. Namun, menerusi rakaman VAR terkena pada bahu Lallana dan Mane menyepak bola tersebut dengan tenang.
Wolves bengang dengan keputusan pengadil, sekali lagi berang apabila jaringan gol mereka pada masa tambahan dibatalkan. Tangan Jonny (Wolverhampton Wanderers) berada di dalam kedudukan offsaid. Liverpool berjaya mengekang Wolves daripada menjaringkan gol penyamaan hasil kecekapan Van Dijk dan Gomez yang bertungkus lumus menutup ruang. Meskipun, ianya adalah perlawanan kontroversi tetapi keputusan gol Mane itu adalah tepat oleh pengadil. Pelawat juga tidak bernasib baik walaupun berjaya melakukan banyak percubaan bahaya. Inilah apa yang dikatakan Kemenangan yang hodoh (ugly win). Tetapi, perlawanan seperti inilah yang akan menjadi penentu pada hujung musim ini.
