BTC USD 80,121.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Liverpool Kopites

screenshot-002.jpg


Jurgen Klopp akui dia perlu membuat beberapa pertukaran pemain dan sedikit perubahan teknikal bagi menghadapi Leicester City minggu ini. Klopp percaya Leicester City telah membuat kajian yang sangat teliti mengenai aksi Liverpool sebelum ini. Klopp juga yakin Leicester City sedang mengkaji titik kelemahan Liverpool.

Selain itu, Klopp juga mahu para pemain terus fokus untuk baki saingan liga Perdana Inggeris selepas mereka berjaya memenangi trofi ke-3 musim ini dalam saingan FIFA Piala kelab Dunia di Qatar. Dalam masa itu, Klopp akui sukar untuk meramal kejuaraan liga Perdana Inggeris musim ini kerana persaingan masih terbuka biarpun Liverpool menang 16 daripada 17 perlawanan liga setakat ini.

Pst: Liverpool akan bertandang ke Leicester menentang Leicester City awal pagi ini jam 4 pagi (Waktu M'sia)
 
screenshot-002.jpg


Bekas pengurus Liverpool (2012–2015) dan kini bersama Leicester City Brendan Rodgers membuat persiapan menentang Liverpool awal pagi (Waktu M'sia).

"Kami perlu berada dalam keadaan terbaik dan mempunyai persiapan mental yang paling tinggi jika mahukan sesuatu dalam perlawanan menentang Liverpool minggu ini. Bermain di tempat sendiri pastinya menjadi kelebihan untuk kami dan saya percaya jika kami beraksi dengan taktikal yang telah dirancang, kami mampu untuk mengutip mata minggu ini. Tahniah kepada Liverpool kerana telah menjadi juara FIFA Piala Kelab Dunia dan saya rasa mereka selayaknya digelar juara dunia. Untuk saingan Liga Inggeris, ianya masih terbuka dan setiap pasukan pastinya mahu menewaskan juara dunia."
 
screenshot-002.jpg


screenshot-003.jpg


screenshot-004.jpg


Leicester City Vs Liverpool Highlights & Goals




Keputusan Terkini Perlawanan

screenshot-005.jpg


Kedudukan Terkini Liverpool


screenshot-006.jpg
​
 
Last edited:
screenshot-002.jpg


Liverpool Lebarkan Jurang Mata Kepada 13

Perlawanan terbaik yang dipamerkan oleh Liverpool setakat ini apabila menang mudah ke atas pencabar terdekat, Leicester City di halaman lawan. Tuan rumah memberi amaran awal apabila Rodgers dan Vardy membuat kenyataan berani dan yakin dengan menyatakan mereka akan meleburkan rekod tanpa kalah Liverpool di dalam Liga Inggeris setakat ini. Ternyata ramalan mereka meleset apabila Liverpool mudah sahaja menjinakkan Leicester City di hadapan peminat mereka. Liverpool menampilkan persembahan bertenaga apabila mengawal hampir 60% pengawalan bola sepanjang 90 minit. Liverpool bermula garang dengan melakukan beberapa percubaan bahaya sebaik minit yang pertama. Firmino menjaringkan gol pertama pada minit ke-31 hasil umpaman cantik daripada Arnold. Perlawanan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Leicester City memberikan sedikit ancaman sepanjang 25 minit di separuh masa kedua, namun tiada percubaan bahaya yang dihasilkan. Tampak lebih parah, Milner menjaringkan sepakan gol penalti pada minit ke-71 setelah bola terkena tangan Soyuncu (Leicester City). Leicester City tidak sempat bangkit daripada kecuaian ini dan dihukum lagi. Firmino menjaringkan gol kedua peribadi beliau pada minit ke-74 sebelum Alexander Arnold melengkapkan kemenangan bergaya hasil sepakan padu pada minit ke-78.

Kemenangan ini sudah cukup untuk meletakkan Liverpool 13 mata di hadapan Leicester dan 14 mata di hadapan Man City. Harus diingatkan Liverpool mempunyai kelebihan 1 perlawanan dan jika mereka kekalkan kemenangan, maka Liverpool akan menjarakkan 16 mata dengan Leicester City. Satu perlawanan yang menghiburkan dipamerkan oleh anak buah Jurgen Klopp walaupun baru sahaja pulang daripada kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia tempoh hari.
 
screenshot-002.jpg


Trent Alexander-Arnold mengatakan Liverpool mempamerkan persembahan terbaik mereka setakat ini apabila mengatasi Leicester City 4-0 untuk mendahului Liga Perdana Inggeris dengan berkelebihan 13 mata.

"Kami bermain sangat baik, terutama selepas mengharungi perjalanan yang jauh. Ia merupakan persembahan terbaik kami bagi musim ini. Mendominasi hampir keseluruhan permainan dan tidak memberikan sebarang peluang kepada pasukan lawan dan menjaringkan empat gol merupakan sesuatu yang membanggakan. Kami sangat gembira berada dalam kedudukan ini. Sememangnya kami tidak akan mengambil jalan mudah dan saingan musim ini belum berakhir lagi. Kami akan terus berusaha dan menggunakan peluang dengan sebaik mungkin."
 
Back
Top
Log in Register