Liverpool Liverpool Kopites

CG Sponsors




Sponsored Post

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,896
Reaction score
34
Points
45








Monterrey Vs Liverpool Highlights & Goals



Keputusan Penuh Perlawanan Separuh Akhir FIFA Piala Kelab Dunia 2019



Penjaring Gol Terbanyak Terkini



Jadual Perlawanan Tempat Ke 3 Dan Akhir (Waktu M'sia)


 
Last edited:

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,896
Reaction score
34
Points
45


Liverpool mara ke perlawanan akhir FIFA Piala Kelab Dunia 2019

Perlawanan pada pagi tadi bukanlah aksi terbaik yang dipamerkan oleh anak buah Jurgen Klopp. Boleh dikatakan kedua-dua pasukan sama hebat di atas padang. Liverpool kelihatan sedikit gugup pada awal perlawanan ketika melakukan serangan. Banyak peluang yang disia-siakan oleh pemain. Namun begitu, Liverpool terlebih dahulu di depan hasil jaringan Keita. Tetapi, kegembiraan tersebut hanya bertahan 1 minit apabila Funes Mori menyamakan kedudukan hasil kecuaian pertahanan. Ketiadaan Van Dijk sebagai jeneral banyak memberi kesan kepada pasukan ketika bertahan. Sepanjang kedua-dua separuh masa, Monterrey kelihatan mudah menyerang dari sisi pertahanan dan hampir menjaringkan gol. Alisson memberikan aksi yang terbaik apabila berjaya menggagalkan semua percubaan lawan.

Liverpool banyak melakukan kesilapan mudah ketika menyerang, Monterrey mudah sahaja menutup laluan pemain Liverpool. Aksi kedua pasukan sama rata, tetapi tiada gol dijaringkan sepanjang 90 minit. Firmino muncul sebagai penyelamat apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan dan sekaligus membawa Liverpool ke perlawanan akhir FIFA Piala Kelab Dunia 2019 bertemu kelab Brazil Flamengo. Hanya selangkah lagi untuk Liverpool bergelar Juara kelab dunia. Semoga Liverpool dapat membawa pulang trofi ini buat julung kalinya.
Pst: Perlawanan akhir FIFA Piala Kelab Dunia 2019 (2019 FIFA Club World Cup) akan berlangsung Ahad ini jam 1.30 Pagi (Waktu M'sia) :cool:
 
Last edited:

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,896
Reaction score
34
Points
45


FIFA Piala Kelab Dunia (FIFA Club World Cup) dulu di kenali Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) . Sepanjang Kejohanan berlangsung semenjak 1960, Liverpool tidak pernah memenangi piala tersebut sekadar naib juara 1981, 1984 dan 2005. Liverpool akan menentang Juara 1981 FIFA Piala Kelab Dunia Flamengo. Lebih memeritkan lagi ketika itu dikenali Piala Antara Benua, di tahun yang sama, Liverpool kalah 0-3 menentang Flamengo di Kokuritsu Kyōgijō Tokyo Jepun pada 13 Disember 1981.

Liverpool (England) selaku Juara UEFA Liga Juara² 18/19(Zon Eropah) akan menentang sekali lagi Juara CONMEBOL Liga Juara² 19(Zon Amerika Selatan) ini. Pada 22 Disember Ahad ini jam 1.30 pagi (Waktu M'sia) di Khalifa International Stadium Baaya Qatar. Mampukah Liverpool meraih buat pertama kali piala ini? mari kita saksikan bersama.
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,896
Reaction score
34
Points
45


Liverpool telah berjaya menandatangani penyerang tengah (attacking midfielder) dengan hanya membayar pelepasan klausa £7Juta 25ribu pound dari RB Salzburg iaitu Takumi Minamino. Perbincangan gaji beliau di Liverpool masih dlm perbincangan. Sekiranya segalanya berjalan dengan lancar termasuk pemeriksaan kesihatan dan sejarah kecederaan, Minamino mungkin bersama Liverpool pada 1 Januari 2020. Di Liverpool, 2 pemain pernah bersama RB Salzburg, Sadio Mane(2012–2014) dan Naby keita(2014–2016). Sejarah juga mungkin tercipta buat pertama kalinya Liverpool membeli pemain dari negara Asia.

Pst: Sedikit Info mengenai Takumi Minamino 🧐



- Nama sebenar Takumi Minamino (南野 拓実) lahir 16 Januari 1995 (24 tahun) berasal dari Izumisano Osaka Jepun.
- Bersama Akademi Cerezo Osaka (2007–2012) posisi penyerang tengah (attacking midfielder).
- Seterusnya bermain skuad senior Cerezo Osaka (2012–2014) di Liga jepun Divisyen 1 (J1 League: J1リーグ ). Beliau menjaringkan 7gol dan 62 penampilan sepanjang bersama Cerezo Osaka.
- RB Salzburg membeli beliau pada 7 Januari 2015 kontrak bermain sehingga 30 Jun 2021. Gaji beliau €1Juta 800ribu euro setahun (£1Juta 490ribu 877 pound) bersamaan €34ribu 200 euro seminggu (£28ribu 327 pound).
- Sepanjang bersama RB Salzburg sehingga kini, beliau telah menjaringkan 41gol dan 129 penampilan.

- Bersama skuad senior Jepun semenjak 2015 menjaringkan 11 gol dan 22 penampilan.


Takumi Minamino di sahkan menyertai Liverpool

Liverpool telah mencapai persetujuan untuk perpindahan Takumi Minamino dari Red Bull Salzburg. Minamino secara rasminya bergelar pemain Liverpool pada 1 Januari depan. Menyertai dengan harga £7Juta 25ribu pound menerusi kontrak 4 tahun setengah.

"Ia adalah impian saya untuk menjadi pemain Liverpool. Saya amat teruja saat ini, yang mana ianya sudah tercapai. Beraksi di Liga Perdana Inggeris merupakan sasaran saya. Saya fikir ia adalah liga tertinggi di dunia. Saya pernah berfikir, jika pencapaian saya berkembang dengan baik, pada satu masa nanti, mungkin boleh beraksi di kelab Liga Perdana Inggeris. Saya langsung tidak terfikir saya dapat menyertai Liverpool. Saya sangat gembira."

Temubual Takumi Minamino

 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,896
Reaction score
34
Points
45


Perkembangan Terkini Virgil Van Dijk

Van Dijk akan dinilai dalam masa beberapa hari untuk menentukan sama ada dapat diturunkan dalam perlawanan akhir FIFA Piala Kelab Dunia menentang Flamengo awal pagi ahad (Waktu M'sia) ini. Van Dijk terlepas perlawanan separuh akhir menentang Monterrey kerana kurang sihat, Jurgen Klopp mengesahkan masih terlalu awal untuk menyatakan beliau dapat diturunkan atau tidak.

"Ianya keputusan yang senang kerana beliau tidak dapat menjalani latihan. Beliau berada di padang latihan selama beberapa minit sehingga media meninggalkan kami. Dan malangnya beliau harus meninggalkan sesi latihan. Bukan tidak mahu bertemu dengan media, beliau tiba tiba jatuh sakit. Beliau tidak berlatih semalam dan hari ini. Jadi keputusan yang mudah, beliau tidak dapat bermain. Sukar bagi Jordan Henderson mengisi kekosongan itu namun melakukan tugas dengan baik. Kami tidak pasti berapa lama Van Dijk akan pulih."
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,896
Reaction score
34
Points
45


Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk dilaporkan sudah kembali berlatih bersama pemain Liverpool yang lain hari ini. Dia dijangka akan cergas sepenuhnya untuk diturunkan dalam aksi perlawanan akhir FIFA Piala Kelab dunia menentang Flamengo awal pagi Ahad nanti. Satu berita yang sangat baik buat kem Liverpool.
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,896
Reaction score
34
Points
45


Andrew Robertson mengatakan kedatangan Takumi Minamino adalah terbaik kerana pernah berhadapan dengan saingan daripada pemain tersebut. Sudah tentu Robertson tidak terkejut Jurgen Klopp membeli pemain tersebut. Robertson merasakan Minamino adalah penambahan terbaik dan berkualiti di dalam skuad Liverpool.

"Ia adalah detik sukar berhadapan dengan RB Salzburg dan Minamino adalah pemain penting buat pasukan tersebut. Beliau banyak mendatangkan masalah kepada kami. Sukar kami mengawal pergerakannya."
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,896
Reaction score
34
Points
45


Jurgen Klopp berkemungkinan akan merehatkan Gini Wijnaldum dalam perlawanan akhir FIFA Piala Kelab dunia menentang Flamengo awal pagi esok (Waktu M'sia) , Klopp mahu Gini Wijnaldum cergas dalam perlawanan Boxing Day menentang Leicester City nanti. Gini Wijnaldum telah kembali berlatih bersama skuad Liverpool semalam dan dilihat sudah cergas sepenuhnya.

Pst: Liverpool akan bertandang ke King Power Leicester England... menentang Leicester city saingan Liga Perdana Inggeris pada 27 Disember... hari Jumaat jam 4pagi (Waktu Malaysia)
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,896
Reaction score
34
Points
45


"Semasa saya berusia 14 tahun, saya melihat bekas kelab saya menjadi juara FIFA Piala Kelab Dunia pada tahun 2006 (Internacional) dan saya menyaksikannya sebagai seorang peminat. Saya sangat gembira ketika itu kerana saya memulakan impian saya untuk menjadi pemain bolasepak selepas melihat pasukan saya menjadi juara. Sekarang, saya berada disini, saya ingin membantu Liverpool untuk menjuarai kejuaraan ini.

"Liverpool tidak pernah memenangi piala ini dan ianya memberikan lebih makna jika saya mampu membantu Liverpool untuk menamatkan kemarau Liverpool untuk piala ini. Flamengo bukan pasukan yang lemah, mereka sangat kuat dan mereka hadir dengan lebih 10,000 peminat mereka. Saya yakin mereka akan memberikan saingan yang hebat kepada Liverpool. Saya percaya kami mampu untuk memberikan tentangan kepada mereka."
 
Sponsored Post
Top
Log in Register