BTC USD 81,457.9 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LITEFOREX EXPERT : Fundamental Analysis

20 Jun 2014: Forex: Awan Ichimoku. Ulasan XAG/USD

Ichimoku+XAGUSD+20.06+H4.png


XAG/USD, H4

Kita lihat pada carta empat jam. Garisan Tenkan-sen berada di atas Kijun-sen, garisan merah menghala ke atas, sementara garisan biru kekal melintang. Garisan Chinkou Span berada di atas harga carta; keadaan awan sedang menaik. Pasangan matawang masih lagi menaik dan garisan Tenkan-sen adalah paras sokongan terdekat pada 20.37. Salah satu paras tertinggi garisan Chinkou-span sebelum ini dijangka menjadi paras rintangan pada 21.18.

Ichimoku+XAGUSD+20.06+D1.png


XAG/USD, D1

Pada carta harian garisan Tenkan-sen juga berada di atas Kijun-sen, walaubagaimanapun kedua-dua garisan berada dalam keadaan melintang. Garisan Chinkou-span berada di atas harga carta; keadaan awan telah bertukar arah daripada menurun kepada menaik. Pasangan matawang telah menembusi awan dan masih lagi menaik. Sempadan atas awan telah menjadi paras sokongan (20.28). Salah satu daripada paras tertinggi garisan Chinkou-span dijangka menjadi paras rintangan pada paras 22.00.

Paras kekunci

Paras sokongan: 20.37, 20.28.
Paras rintangan: 21.18, 22.00.

Tips dagangan

Pada kedua-dua carta trend menaik 'bullish' masih lagi kuat. Sasaran untuk posisi 'buy' adalah 21.18 dan 22.00.
 
20 Jun 2014: GBP/USD: Ulasan dan jangkaan

002+GBPUSD20062014.png


Trend semasa

Matawang British Pound terus menerus menaik. Pasangan matawang GBP/USD masih lagi di bawah tekanan yang hebat daripada kenyataan yang dibuat oleh ketua Bank of England Mark Carney, yang mengatakan bahawa kenaikan pada kadar faedah mungkin akan berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan oleh pedagang pasaran. Hari ini paras pasangan matawang ini telah mencapai paras tertinggi sejak 2008 pada paras 1.7062; walaubagaimanapun, adalah tidak dijangkakan harga boleh diatasi pada paras ini.

Paras sokongan dan rintangan

Paras rintangan: 1.7062, 1.7090 dan 1.7120.
Paras sokongan: 1.7030, 1.6985 dan 1.6950.

Pada carta empat jam Bollinger bands sedang berubah arahnya, yang mengesahkan trend pergerakan menaik pada pasangan matawang ini. Histogram MACD berada di zon positif; walaubagaimanapun, jumlah dagangan tidak meningkat, yang mencadangkan pasangan matawang sedang menghadapi paras rintangan yang kuat pada pada paras 1.7062. Disebabkan oleh kekurangan data ekonomi berkemungkinan pasangan matawang akan mengalami penurunan ke pada 1.6985, ini telah disahkan oleh indikator Bollinger bands. Harga telah menembusi ke bawah sempadan atas pergerakan purata pada indikator, iaitu petanda bagi perubahan arah pergerakan. Pada paras 1.6985 pasangan matawang mungkin akan bertukar arah dan menyambung kembali pergerakan ke atas.

Tips dagangan

Berkemungkinan dalam masa terdekat pasangan matawang akan bergerak dalam lingkungan paras 1.6985 – 1.7062.
 
23 Jun 2014: Forex: Awan Ichimoku. Ulasan USD/CHF

chf+23.06+h4.png


USD/CHF, H4

Lihat pada carta empat jam. Garisan Tenkan-sen berada di bawah Kijun-sen, kedua-duanya berada dalam keadaan melintang. Garisan Chinkou Span berada di bawah harga carta; keadaan awan berada dalam keadaan menurun. Pasangan matawang tidak berjaya untuk memasuki awan dan menumpu di bawahnya. Garisan Kijun-sen (0.8958) dan Senko Span B (0.8972) adalah paras rintangan. Garisan Tenkan-sen adalah paras sokongan terdekat (0.8949).

chf+23.06+d1.png


USD/CHF, D1

Pada carta harian garisan Tenkan-sen telah melintasi Kijun-sen daripada atas, membentuk corak arah yang berlawanan. Garisan Chinkou Span berada di atas harga carta; keadaan awan semasa berada dalam keadaan menaik. Pasangan matawang telah menembusi garisan Kijun-sen (0.8966) dan Tenkan-sen (0.8962). Rintangan harga yang seterusnya menuju ke bawah adalah sempadan atas awan (0.8831).

Paras kekunci

Paras sokongan: 0.8949, 0.8831.
Paras rintangan: 0.8958, 0.8966, 0.8972.

Tips dagangan

Pada carta empat jam pasangan matawang tidak berjaya menembusi awan dan pada carta harian kita dapati satu petanda bagi posisi ‘sell’. Order ‘pending sell’ boleh diletakkan di bawah 0.8949 dengan sasaran pada 0.8831.
 
23 Jun 2014: EUR/USD: ulasan umum

EURUSD23062014.png


Trend semasa

Pada akhir minggu lepas matawang USD berada pada posisi yang dijangkakan, sementara matawang Eropah ini berada di bawah tekanan daripada data statistik makro-ekonomi Eropah. Adalah diketahui bahawa indeks harga pengeluar di Eurozone jatuh sebanyak 0.2% bagi tempoh bulanan dan 0.8% pada tempoh tahunan, sementara jangkaan berada di dalam angka positif. Data fundamental negatif ini telah memberikan kekuatan kepada matawang USD.

Hari ini pedagang akan menunggu berita ekonomi mengenai indeks aktiviti bisnes di dalam sektor pengeluaran di USA bagi bulan Jun (16.45 GMT+3), dan data mengenai jualan rumah sedia ada bagi bulan Mei (17.00 GMT+3).

Sokongan dan rintangan

Pada carta empat jam indikator Bollinger bands menunjukkan arah yang melintang, menunjukkan pergerakan pasaran yang lemah. Histogram MACD berada di zon positif; jumlah dagangan sedang menurun perlahan-lahan, menunjukkan kesan yang sedang meningkat mempengaruhi posisi ‘sell’.

Paras rintangan: 1.3613, 1.3634 dan 1.3670.

Paras sokongan: 1.3585, 1.3555, 1.3535 dan 1.3515.

Tips dagangan

Posisi ‘buy’ adalah disyorkan selepas harga menembusi paras 1.3613 dengan sasaran terdekat pada 1.3634. Penembusan pada paras ini akan membuka ruang sehingga paras rintangan kuat pada 1.3670. Sekiranya trend ke bawah berterusan, adalah dicadangkan untuk meletakkan order ‘sell’ di bawah paras 1.3585 dengan sasaran pada 1.3555 dan 1.3535.
 
24 Jun 2014: GBP/USD: Analisis umum

001+gbpusd2406.png


Trend semasa

Selepas mencapai paras tertinggi yang baru pada paras 1.7061 pasangan matawang GBP/USD telah mengalami pembetulan arah. Pada ketika ini harga sedang meningkat sekali lagi dan pasangan matawang ini didagangkan sekitar paras 1.7029 atau garisan Murray 7/8. Sekiranya paras ini ditembusi, pergerakan dinamik yang positif kemungkinan akan berterusan, yang akan menguatkan lagi matawang British ini.

Dicatatkan bahawa data berkenaan defisit bajet di UK akan menjadi pengaruh yang kuat yang akan menyebabkan pertukaran arah pergerakan matawang Pound dan menyebabkan pergerakan ke bawah pasangan ini. Menurut statistik, bajet deficit British bulan lepas yang berjumlah 13.3 billion pounds berbanding deficit 10.9 billion pounds pada tempoh masa yang sama pada tahun yang lalu. Penganalisis percaya bahawa kenaikan pada deficit ini dikaitkan dengan peningkatan bajet perbelanjaan dan pengurangan kutipan cukai. Ramai ahli ekonomi mengaitkan keadaan semasa ekonomi British sebagai positif, menjangkakan bahawa kadar faedah mungkin akan dinaikkan dalam masa terdekat. Komen daripada Bank of England (BOE) mengenai kemungkinan polisi kewangan diketatkan telah memberikan impak positif pada pasaran hartanah, di mana harga mulai jatuh sikit demi sedikit.

Hari ini, BOE akan mengeluarkan laporan pasaran pinjaman, yang akan memberikan gambaran situasi perbelanjaan pengguna.

Paras sokongan dan rintangan

Paras rintangan terdekat adalah 1.7029 – Paras Murray 7/8.
Paras sokongan adalah 1.6968 – Paras Murray 6/8.

Tips dagangan

Adalah disyorkan untuk membuka posisi ‘buy’ selepas harga melepasi paras 1.7050 dengan order lindungan ‘stop loss’ pada 1.7025 dan sasaran pada 1.7090.
 
24 Jun 2014: XAU/USD: Analisis umum

002+xauusd2406.png


Trend semasa

Harga emas terus kekal berdekatan paras sokongan penting pada 1312.50, yang bersamaan dengan garisan Murray 4/8. Minggu lepas pergerakan ‘bears’ berulangkali cuba untuk turun ke bawah paras 1313.50, walaubagaimanapun harga tetap kembali ke paras 1320.00. Sekiranya paras ini akhirnya ditembusi, harga mungkin akan jatuh ke paras 1300.00.

Secara umumnya emas kini mempunyai permintaan tinggi di kalangan pelabur, terutamanya selepas kenyataan Janet Yellen, ketua US Fed yang mengatakan selepas pelepasan kuantitatif telah lengkap, kadar faedah di US akan dikekalkan pada paras yang rendah bagi satu tempoh yang panjang bagi menyokong ekonomi Amerika.
Emas juga telah disokong oleh situasi kompleks geo-politik di Iraq, di mana kumpulan “Negara Islam Iraq dan Levant” terus menerus meruncing. Pakar percaya yang konflik di antara puak Shiites dan Sunnis mungkin terus meningkat dan berkemungkinan menjadi peperangan yang sebenar dengan penglibatan pihak ketiga di antara USA atau Iran.

Paras sokongan dan rintangan

Paras rintangan terdekat adalah 1328.13 – Murray 5/8.
Paras sokongan terdekat adalah 1312.50 – Murray 6/8.

Tips dagangan

Adalah dicadangkan untuk membuka posisi ‘sell’ selepas harga menembusi paras 1312.50 dengan order lindungan ‘stop-loss’ pada 1315.50 dan sasaran pada 1300.50.
 
25 Jun 2014: Forex: Awan Ichimoku. Ulasan EUR/USD

001+eur+25.06+h4.png


EUR/USD, H4

Kita lihat pada carta empat jam. Garisan Tenkan-sen dan Kijun-sen sedang mendekati bahagian atas awan dan mungkin akan membentuk corak perubahan arah tidak lama lagi. Garisan Chinkou Span sedang menghampiri harga carta daripada atas; keadaan awan sedang dalam keadaan menaik. Pasangan matawang masih lagi didagangkan dalam saluran melintang, garisan Kijun-sen (1.3603) dan Senkou Span B (1.3594) adalah paras sokongan terdekat. Salah satu daripada paras tertinggi garisan Chinkou Span adalah dijangkakan akan menjadi paras rintangan pada 1.3622.

001+eur+25.06+d1.png


EUR/USD, D1

Pada carta harian garisan Tenkan-sen berada di bawah Kijun-sen, kedua-dua garisan adalah melintang. Garisan Chinkou Span berada di bawah harga carta; keadaan awan semasa berada dalam keadaan menurun. Pasangan matawang sedang menumpu di antara garisan merah dan garisan biru, masing-masing yang menjadi paras sokongan (1.3577) dan paras rintangan (1.3612).

Paras kekunci

Paras sokongan: 1.3603, 1.3594, 1.3577.
Paras rintangan: 1.3612, 1.3622.

Tips dagangan

Pada kedua-dua carta pasangan matawang didagangkan dalam saluran melintang. Pergerakan harga seterusnya akan ditentukan oleh penembusan salah satu daripada paras pada carta harian: Tenkan-sen atau Kijun-sen. Walaubagaimanapun, order ‘pending sell adalah disyorkan. Ianya boleh dibuka pada 1.3560 dengan sasaran pada 1.3430 dan order lindungan ‘stop loss’ pada 1.3630.
 
Last edited:
25 Jun 2014: NZD/USD: Pelabur sedang menantikan data berkenaan US GDP

003+NzdUsd25.06.2014.png


Trend semasa

Mengikuti kenaikan ketara harga kepada paras tertinggi dalam masa dua bulan pada paras 0.8749 pada hari Isnin, yang telah disebabkan oleh data yang kuat mengenai indeks aktiviti bisnes didalam sektor pengeluaran di China, pasangan matawang telah bertukar arah kepada pergerakan ke bawah. Matawang New Zealand ini berada di bawah tekanan disebabkan oleh pertelingkahan di Timur Tengah yang semain meruncing dan para pelabur tidak mahu membuat keputusan pelaburan yang terburu-buru melibatkan asset berisiko tinggi disebabkan risau terhadap konflik yang sedang meningkat.

Berita ekonomi penting hari ini adalah data rasmi mengenai US GDP bagi suku tahun pertama Q1. Data awalan menunjukkan penurunan ekonomi Amerika sebanyak 1.0%. Statistik terakhir mungkin lebih teruk lagi, menunjukkan penurunan dalam GDP sebanyak 1.7%. Sekiranya jangkaan ini terbukti benar, dollar Amerika mungkin akan jatuh dengan mendadak dan US Fed mungkin akan menyemak kembali tindakan susulan mengenai pengurangan dalam program stimulus ekonomi mereka.

Paras sokongan dan rintangan

Pada ketika ini, harga sedang meningkat dan pelabur sedang membeli matawang NZD lebih awal sebelum laporan US GDP dikeluarkan. Di sebelah siangnya pergerakan ke atas mungkin mencapai paras 0.8700 (pergerakan purata garisan tengah indikator “Bollinger bands”). Penembusan pada paras ini mungkin akan mencetuskan kenaikan sehingga ke paras 0.8737 (garisan atas indikator “Bollinger bands”).

Indikator teknikal tidak memberikan sebarang petanda yang jelas. Histogram MACD telah memasuki zon negatif, membentuk petanda posisi ‘sell’. Garisan stochastic, menunjukkan percanggahan, telah bersedia untuk meninggalkan zon ‘oversold’ dan membentuk petanda posisi ‘buy’.

Tips dagangan

Dalam situasi sekarang ini adalah wajar untuk membuka posisi ‘buy’ daripada paras harga semasa dengan sasaran pada paras 0.8737. Order ‘pending buy’ juga boleh diletakkan pada paras yang sama.
 
26 Jun 2014: Brent: analisis umum

Brent26062014.png


Trend semasa

Harga minyak kekal pada harga yang tinggi. Konflik ketenteraan di Iraq menjadi punca utama pergerakan dinamik harga minyak. Tentera Iraq terus menerus berlawang dengan puak ekstrim, yang menawan bandar-bandar dan pusat pemprosesan minyak di negara itu. Walaubagaimanapun, sumber minyak terbesar berada di selatan negara itu dan kini dalam keadaan selamat. Pelabur kini bimbang terhadap gangguan berkenaan pembekalan minyak daripada Iraq menghalang pergerakan harga ke bawah yang ketara pada harga Brent. Walaupun terdapat laporan yang mengatakan OPEC mempunyai minyak yang cukup untuk menampung kekurangan dalam penghantaran daripada Iraq, sekiranya perkembangan di Iraq mengalami situasi yang paling teruk. Pelabur tidak akan tergesa-gesa untuk mencairkan posisi ‘buy’ mereka, disebabkan jangkaan bahawa harga Brent tidak akan jatuh dengan ketara.

Sokongan dan rintangan

Pada carta empat jam harga telah jatuh di bawah garisan tengah indikator Bollinger bands, menunjukkan kemungkinan pergerakan ke bawah yang merupakan pembetulan arah ke bawah pergerakan purata pada paras 113.20. Histogram MACD sedang bergerakan seiringan dengan garisan kosong (zero), menunjukkan penumpuan dalam kadar harga.

Paras rintangan: 114.20, 115.00 dan 115.50.
Paras sokongan: 113.20, 112.50 dan 112.00.

Tips dagangan

Berkemungkinan harga akan bergerak di antara paras 114.20 – 113.20. Posisi ‘buy’ boleh dibuka daripada pembetulan arah pada paras 113.20 dengan sasaran pada 114.20. Posisi ‘sell’ boleh dibuka daripada paras 114.20 dengan sasaran pada 113.20. Brent boleh mencapai paras 114.20 sekiranya situasi di Iraq meruncing. Dalam situasi berkenaan harga mungkin akan naik ke paras tertinggi sebelum ini pada paras 115.00.
 
26 Jun 2014: Forex: Awan Ichimoku. Ulasan GBP/USD

gbp+26.06+h4.png


GBP/USD, H4

Lihat pada carta empat jam. Garisan Tenkan-sen telah melintasi Kijun-sen daripada atas, membentuk corak penukaran arah pergerakan. Walaubagaimanapun, pencetus kekuatan pergerakan ke bawah tidak cukup kuat dan pasangan matawang ini naik ke atas garisan biru, yang kini adalah paras sokongan (1.7006). Garisan Chinkou Span sedang mendekati harga carta daripada bawah; keadaan awan adalah dalam keadaan menaik, walaupun hanya mempunyai perbezaan 5 mata sahaja. Salah satu daripada paras tertinggi sebelum ini daripada garisan Chinkou Span dijangka menjadi paras rintangan pada (1.7048).

gbp+26.06+d1.png


GBP/USD, D1

Pada carta harian garisan Tenkan-sen berada di atas Kijun-sen, kedua-duanya berada dalam keadaan melintang. Garisan Chinkou Span berada di atas harga carta; keadaan awan berada dalam keadaan menaik. Selepas pembetulan arah kecil ke bawah pasangan matawang kembali menaik. Garisan Tenkan-sen adalah paras sokongan (1.6992). Salah satu daripada paras tertinggi sebelum ini daripada garisan Chinkou Span dijangka menjadi paras rintangan pada (1.7300).

Paras kekunci

Paras sokongan: 1.6992, 1.7006.
Paras rintangan: 1.7048, 1.7300.

Tips dagangan

Pada kedua-dua carta pasangan matawang kembali kepada trend menaik. Sasaran bagi posisi ‘buy’ ini adalah 1.7048 dan 1.7300.
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14790
USD / JPY
156.877
GBP / USD
1.33950
USD / CHF
0.82250
USD / CAD
1.39985
EUR / JPY
180.080
AUD / USD
0.71320
Back
Top
Log in Register