BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lipis Dilanda Banjir, 59 Mangsa Ditempatkan Di Satu PPS

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
711363b1176e65e5c5124bdae45f232667a60bdeef7f3


Hujan lebat berterusan lebih sejam mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Lipis dilanda banjir kilat awal pagi tadi.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM, sebanyak 59 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kechor Tui setakat 11 pagi.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lipis Lt (PA) Ahmad Hafizy Che Daud berkata banjir berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira 4 pagi tadi dan menjejaskan Kampung Kechor Tui dan Felda Kechau 1.

"Tiada mangsa yang cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan. Namun, setakat 11.10 pagi ini, banjir masih belum surut sepenuhnya.

"Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat masih melakukan pendaftaran mangsa terjejas," katanya.

 
Back
Top
Log in Register