BTC USD 81,398.9 Gold USD 3,998.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LIMA'19 Langkawi 26-30 Mac

Ini dia keadaan dalam control tower CAAM Langkawi beberapa minit menuju pertunjukan udara LIMA2019. Mereka lah jantung kepada kelancarannya.

D2o00epUcAEuTyr.jpg
 
MINDEF Malaysia @MINDEFMalaysia

Jika di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) digegarkan dengan deruman enjin pesawat, di Resort World Langkawi (RWL) juga tidak kurang hebatnya dengan aksi-aksi memukau sewaktu demontrasi segmen maritim

 
BAE Systems Malaysia

It is thumbs up for Eurofighter Typhoon from the King of Malaysia at LIMA19 today.

D2pO9TUWkAENvh9.jpg
 
MINDEF Malaysia
‏
Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan mencemar duli menyaksikan Persembahan Kawad Senyap TLDM di Resort World Langkawi.

 
Malaysia Military Power
59 mins ·

Bagi memudahkan pemahaman.

Ada pelbagai doktrin pertahanan Udara. Secara asasnya

A. VShorad atau Very Short Range Air Defence. Manpad termasuk dalam kategori ini

jarak dari 1 ke 6km sahaja dan kebiasaanya bersifat pasif dan mengunci menggunakan optikal dan heat seeking.

Sasaran bagi VSHORAD ialah musuh yang terbang rendah, helikopter.

B. Medium Range Surface To Air Missile

Misil jarak pertengahan. Mempertahankan ruang udara dari 10 ke 20km. Kadang2 ada versi SAM yang jarak tembakannya 20 ke 40km.

Sasaran Mid Range SAM ialah jet pejuang, Helikopter dan pesawat pengangkut. Mampu mempertahankan sebuah bandar kecil jika di gabungkan berberapa unit dalam satu cohesive air defence layer.

Sukar jatuhkan pesawat pengebom yang terbang tinggi atau pesawat musuh yang memiliki long range air to ground missile. Mudah terdedah dengan musuh yang memiliki anti radiation missile.

C. Long Range Surface to Air Missile

Dengan jarak missile sehingga 100 ke 200km. Sesetengah model SAM buatan Rusia jarak tembakan sehingga 500km. Mampu mempertahankan ruang udara bersaiz negeri. Mampu menembak jatuh apa sahaja sasaran pada jarak paling jauh. Juga mampu tembak jatuh nuklear ICBM.

D. Jet pejuang.

Jet pejuang boleh mempertahankan ruang udara yang lebih luas lagi sehingga 1000km. Dan jika di sokong dengan isi minyak di udara boleh mempertahankan lebih jauh lagi.

misil pertahanan jet pejuang terdiri dari pelbagai jarak tembakan. Within Visual range atau Jarak Dekat dan juga Beyond Visual Range atau jarak jauh. Malah jet perjuang MRCA mampu bawa pelbagai misile serangan darat sehingga 200km jauhnya.

Jadi mcm mana nak guna ABCD. Buat masa ni supaya semua tak pening admin letak tepi dulu sistem sensor dan radar yang menjadi tulang belakang pertahanan udara.

D.

Guna jet sahaja. Tetapi tentera udara terpaksa membeli banyak jet bagi mempertahankan ruang udara yang luas. Jet perlu penyelenggaraan dan latihan bagi hasilkan pilot yang baik juga kosnya tinggi.

D+A

Tugas pertahankan unit2 kecil dan pengkalan2 dan base dari serangan helikopter dan low flying aircraft boleh di sandang oleh A iaitu Manpad. Tapi ruang udara yang lebih luas dipertahankan dengan Jet. Maka masih perlukan jet yang banyak

gabungan ideal

A+B+C

Sebenarnya ini gabungan yang ideal. B atau Midrange SAM boleh mempertahankan lokasi strategik manakala A atau Manpad boleh fill gap yang Mid Range SAM tak boleh tembak. Manakala jet pejuang pun tak perlu terlalu banyak dan boleh di gunakan untuk menyerang sasaran darat musuh juga.

Jika kayo

A+B+C+D

Ini apa yang di panggil Layered Air Defence. Takde ruang untuk musuh curi2 masuk dan menyerang sasaran pada setiap masa pada mana2 ketinggian.

Biasanya jika ada A+B+C+D ni musuh tak serang dah. Cegah rintang yang baik. Melainkan musuh tu sama kayo dengan engkau dan sanggup kehilangan banyak jet dan nyawa pilot.

sekain pelajaran kita hari ni

54799390_2237962866226717_2332568533407367168_n.jpg
 
Vector, kereta terbang masa depan dipamerkan di LIMA'19

vector_1553678678.jpg

MODEL kereta terbang, Vector di LIMA'19 hingga 30 Mac. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.







SEKIRANYA anda berminat untuk melihat bagaimana bentuk sistem mobiliti udara, Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) adalah lokasi terbaik untuk anda.

Walaupun ia hanyalah sekadar model, orang ramai dapat idea yang jelas mengenai rupa fizikal kenderaan yang boleh diterbangkan, satu hari nanti.

Dikenali sebagai Vector, penampilan sulung kenderaan itu di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) mencuri tumpuan edisi kali ini apabila ramai pengunjung tertarik untuk melihatnya.

Kebanyakan pengunjung menyangka Vector adalah kereta terbang yang hangat diperkatakan, tetapi ia bukanlah seperti yang mereka fikirkan.

Pengarah Kanan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan Aerodyne Group, Imtyaz Mohd Azzat menafikan idea bahawa syarikat itu sedang membangunkan kereta terbang iaitu Vector, yang mana lebih tepat, direka untuk menjadi sistem pengangkutan udara dari satu destinasi ke destinasi lain.

Imtyaz menjelaskan bahawa Vector adalah kenderaan berkonsep drone yang direka untuk membawa penumpang, penghantaran kargo dan tujuan pengawasan.

“Vector dikuasakan oleh empat motor dan bateri lithium-ion yang membolehkan kenderaan itu terbang.

“Kenderaan ini juga boleh membawa bebanan dianggarkan 150 hingga 200 kilogram dan terbang pada ketinggian kira-kira 50 meter dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan 30 ke 90 minit masa penerbangan,” katanya kepada Bernama di luar LIMA’19, hari ini.

Ditanya bila kenderaan itu dijangka dapat terbang membelah awan, Imtyaz berkata, prototaip Vector dijangka siap untuk terbang seawal Jun tahun ini.

Beliau berkata, syarikatnya yang berusia empat tahun, dengan pengalaman dalam teknologi drone, juga belum menentukan harga Vector sekiranya kenderaan itu bersedia untuk memasuki pasaran tidak lama lagi.

Mengenai sokongan kerajaan, beliau berkata, bersyukur kerana Kementerian Pembangunan Usahawan menyokong dan sangat terbuka dengan membantu syarikat membangunkan ekosistem yang menjadikan idea itu berjaya.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga gembira dengan idea ini apabila beliau melawat gerai pempamer kami,” katanya.

Edisi ke-15 LIMA’19 menyaksikan penyertaan 406 syarikat berkaitan pertahanan, 200 daripadanya adalah syarikat antarabangsa dari 32 negara.

Ia dianjurkan bersama oleh EN Projects (M) Sdn Bhd, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan dengan tema ‘Defence and Commercial Connecting Intelligence’.






sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/438183/vector-kereta-terbang-masa-depan





.
 
Polis Marin pamer aset baharu, Humdiga pada LIMA'19

humdig_1553700961.jpg

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menaiki kenderaan Humdiga pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA’19). - Foto BERNAMA





LANGKAWI: Pasukan Polis Marin akan diperkuatkan dengan enam unit aset terbaharu dikenali sebagai Humdiga yang boleh digunakan dalam operasi di laut dan darat, kata Komandernya, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata, sebuah Humdiga berharga RM4.9 juta dan dibuat di United Kingdom, sudah diserahkan kepada pasukan itu, manakala lima lagi menyusul pada April depan.

“Aset baharu ini akan ditempatkan di Johor bagi kegunaan dalam Wilayah 2, sementara bagi Wilayah 3 pula ditempatkan di Kuantan,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas taklimat oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan STREIT Group, iaitu syarikat pembuat Humdiga, Sarah Evans, kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, berada di Langkawi bagi menyaksikan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA’19) dan turut menyaksikan demonstrasi Humdiga sebelum menaikinya.

Terdahulu, baginda berdua tiba di Jeti Resorts World Langkawi dengan menaiki bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan disambut Inspektor Jeneral Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Baharudin Wan Md Nor.

Mohd Yusoff berkata, sebuah Humdiga yang diserahkan kepada Polis Marin turut dipamerkan pada LIMA’19 sebagai aset baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, Humdiga boleh mencapai kelajuan 30 knot di laut dan 110 kilometer sejam di darat.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, penganjuran LIMA seharusnya dapat mempertingkatkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), terutama dalam aspek peperangan alaf baharu yang menggunakan peralatan canggih dan terkini.

“Aset dan peralatan moden dengan menggunakan UAV dan dron sebagai contoh, adalah faktor penting yang memastikan operasi ketenteraan seperti perisikan dan pengawasan, mencapai kejayaan,” titah baginda.

Baginda bertitah, Revolusi Industri 4.0 sudah membuka beberapa domain baharu, termasuk domain siber dan domain angkasa yang tidak diketahui ramai.

“Atas sebab ini, ATM perlu memperkukuhkan keupayaan ketiga-tiga cabang darat, udara dan laut supaya dapat menghadapi ancaman global tanpa sempadan,” titah baginda. – BERNAMA







sumber: https://www.bharian.com.my/berita/n...s-marin-pamer-aset-baharu-humdiga-pada-lima19





.
 
Today, the Hon’ble PM of Malaysia, Dr Mahathir Bin Mohamad & the Defence Minister of Malaysia, Mohamad Sabu visited the Tejas aircraft & interacted with team IAF.
 
Back
Top
Log in Register