BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LIMA'19 Langkawi 26-30 Mac

28 Mac: 5 orang awam cipta sejarah dibenarkan masuk kapal selam KD TAR

D2uyF_1UcAMrWmz.jpg

D2uyFaLUkAERlmJ.jpg

D2uyGhrUwAAy1mr.jpg
 
TRC5200 hasil kepakaran tempatan

sapura_1553753223.jpg

DR Mahathir diberi penerangan oleh Zarif (kanan) berkaitan fungsi produk Sapura. FOTO Ihsan Sapura





PELANCARAN radio tentera VHF mudah alih generasi kedua TRC5200 milik Sapura oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengimbau kembali nostalgia pelancaran generasi pertama, TRC5102 oleh beliau 20 tahun lalu di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 1997 (LIMA 97).

Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Secured Technologies Datuk Zarif Hashim berkata, misi syarikat itu konsisten sejak dulu iaitu untuk membangunkan teknologi tempatan dalam elektronik pertahanan.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan kita membina keupayaan supaya sektor ini boleh berdiri di atas kaki sendiri, membolehkan Malaysia untuk mencapai kedaulatan teknologi.

"Di Sapura, pelaburan terbesar kami adalah rakyat kita. Walaupun kami menghabiskan lebih RM407 juta (AS$100 juta) dalam penyelidikan dan pembangunan selama ini, dalam masa sama kami juga membina keupayaan dalam tenaga kerja kami.

“Dalam menyampaikan perkhidmatan, kami cuba untuk mencari keseimbangan antara manusia, mesin dan kaedah. Kami sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan ketepatan dalam pelaksanaan serta membolehkan kami untuk sentiasa memberikan melampaui jangkaan," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir melancarkan alat komunikasi berkenaan di LIMA19 di Langkawi.

TRC5200 adalah hasil usaha Sapura selama 20 tahun mengejar misi teknologi yang kritikal.

Sapura menyasarkan jualan 1,000 unit setahun model TRC5200 itu.

Zarif berkata, Sapura berbangga produk itu 100 peratus direka, dibangunkan dan dikilangkan oleh jurutera dan pakar tempatan dengan Hak Harta Intelek (HHI) dimiliki oleh Sapura.

“Jajaran keluaran produk Sapura mempunyai rekod prestasi yang cemerlang, selepas dijual lebih daripada 5,000 unit kepada 10 negara di Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Selatan, bernilai kira-kira RM70 juta."

"Dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), radio ini sekarang digunakan oleh Rejimen infantri Tentera Darat Malaysia.

"Ujian lapangan sudah dilaksanakan di beberapa negara di seluruh dunia termasuk ATM. Sapura dan Thales menjangkakan 10,000 unit radio generasi baru ini bakal terjual dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya lagi.

Katanya, alat komunikasi itu mempunyai pemprosesan digital berprestasi tinggi dan penyiaran digital yang berkaitan dengan 'Built-in encryption' dalam memastikan kesulitan terjamin dan komunikasi yang selamat.

"TRC5200 digunakan sebagai alat komunikasi oleh ATM sewaktu penugasan dan operasi bagi membolehkan anggota bertugas berhubung antara satu sama lain secara langsung dan tepat.

“Alat komunikasi itu juga membolehkan perhubungan data antara radio di mana ia membolehkan penghantaran mesej ringkas di antara pengguna," katanya.

Zarif berkata, oleh kerana radio berkenaan mempunyai antena Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) markas operasi dan komander boleh menjejaki anggota melalui aplikasi Blue Force Tracking (BFT) yang dibangunkan secara bersama," katanya.

Katanya, selain berupaya menghasilkan perkakasan kelas dunia, Sapura juga mampu membangunkan perisian kompleks dan memanipulasi enjin perisian bertaraf dunia serta mengubahnya menjadi teknologi setaraf yang digunakan oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/438448/trc5200-hasil-kepakaran-tempatan






.
 
Tactical Air Display Team
RMAF No 18 Squadron “The Mighty Hornets”
RMAF No 11 Squadron “The Flanker”
March 28, 2019

 
29hmdafila2_1553814016.jpg


29hm044a6_1553814019.jpg


PENGUNJUNG bertuah abadi kenangan memasuki pusat kawalan kapal selam

Tuah gambar swafoto edisi pertama LIMA


LANGKAWI: Gambar dirakam 28 tahun lalu membawa tuah kepada Nurul Dafila Nor Azizan, 34, apabila dipilih pemenang Pertandingan Pengunjung Bertuah Segmen Maritim Pameran Udara dan Maritim Langkawi 2019 (LIMA’19).

Dengan kemenangan itu, Nurul Dafila berpeluang melawat kapal selam KD Tun Abdul Razak yang menjadi impiannya yang juga peminat dunia pertahanan dan ketenteraan.

Wakil insurans itu berkata, gambar berkenaan diambil pada 1991 ketika dia bersama ibu Norela Ibrahim, 55, dan bapa Nor Azlizan Zainal, 57, melawat pameran edisi pertama LIMA atau LIMA’91.

“Ketika itu saya baru berusia enam tahun dan kunjungan kali ini menggamit semula memori lama. Memang amat teruja apabila melihat pelbagai peralatan pertahanan dipamerkan ketika itu dan sampai sekarang saya minat pameran seperti ini.

“Syarat pertandingan, peserta perlu hantar gambar swafoto jadi saya terus hantar foto diambil ketika melawat edisi pertama LIMA. Syukur kerana terpilih sebagai pemenang,” katanya ketika ditemui di Resort World Langkawi (RWL), semalam.

Katanya sepanjang hampir sejam di dalam KD Tun Abdul Razak, dia diberi penerangan mengenai cara kapal selam itu berfungsi, berkongsi pengalaman bersama anak kapal dan cara mereka menjalankan tugas seharian di bawah permukaan laut.

Katanya, pengalaman paling menarik ketika diberi penerangan mengenai cara kru kapal selam ‘mengunci’ aset musuh dan melancarkan torpedo ketika melakukan serangan.

“Saya juga berpeluang melihat persekitaran RWL menggunakan periskop yang juga antara kelengkapan utama pada sesebuah kapal selam,” katanya.

Seorang lagi pemenang Hanita Harun, 52, turut membawa bersama anak saudara Nadia Hashim Kamil, 37, dan cucu saudaranya Zinedinne Benbahar, 8, ketika melawat KD Tun Abdul Razak.

Dia berasa bangga kerana Zinedinne menjadi kanak-kanak paling muda di negara ini yang memasuki KD Tun Abdul Razak.

“Meskipun saya surirumah sepenuh masa, saya amat meminati dunia ketenteraan. Paling menarik ketika melihat torpedo sebenar yang juga persenjataan utama kapal ini.

“Syukur gambar saya berswafoto bersama anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dipilih sebagai pemenang. Saya mengajak anak suadara dan cucu saudara untuk bersama-sama merasai pengalaman unik ini,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/438651/tuah-gambar-swafoto-edisi-pertama-lima
 
Panas merelit kat sana,baru balik dari sana semalam...

Sewa motor senang,segala tempat boleh redah,habih keliling lapangan tebang boleh pi...

Hari ni ada buka utkorang awam...
 
Back
Top
Log in Register