BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LIMA'19 Langkawi 26-30 Mac

sepanjang jln kampung ada banyak gerai jual air,asamboi jambu,air kelapa,sirap free pun ada kalau beli baju LIMA...

tak putus putus beli air minum...mineral water tak cukup...elok gak beli,gatorade,100plus...kasi energy sikit,naik motor terbaik kalau satu dua orang...aku bayar 60 sehari dapat scooter,boleh isi barang kat tempat letak kaki,senang...

motor,cari bro yg hitam manis kulit dia,dekat restoren Hamid,jeti Kuah,rambut keriting,dia bagi murah,motor terbaik...

nape komen2 ko ni rata2 aku baca mcm susah aku nak paham?? ngee! ~X(
 
More Tejas @LIMA19 29/3
D2zqkRmUwAAKluI.jpg

D2zqk_wUkAEC8fK.jpg

D2zqldwUYAAnpm5.jpg

D2zqmDtUgAALfeU.jpg
 
Orang ramai melihat pertunjukkan udara sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA'19) di Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC). NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA
 
Tentera Laut Diraja Malaysia
20 hrs ·

Pengalaman baru! Tahniah kepada pengunjung bertuah yang memenangi Peraduan Kunjungi dan Menang #SegmenMaritim. Mereka berpeluang memasuki aset tercanggih kapal selam TLDM.

 
kena kecam kenapa tldm bole kuakan gmbr dlm scorpene. wpun ada part dblurkan
 
LIMA akan ditambah baik

marintuahb1a_1553856711.jpg

Pengunjung bertuah, (dari kiri) Hanida Harun, 52, Nadia hashim Kamil, 37, Zinedine Ben Bahar, 8, Norela Ibrahim, 55, dan Nurul Dafila Nur Azlizal, 34, adalah orang awam pertama yang
dapat memasuki ke dalam KD Tunku Abdul Rahman selepas memenangi peraduan Segmen Maritim yang dianjurkan oleh TLDM sempena LIMA'19. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

limabaiks_1553856707.jpg

Orang ramai melihat pertunjukan udara sempena LIMA'19 di Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC), Langkawi. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria






LANGKAWI: Penganjuran Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) akan ditambah baik termasuk memasukkan komponen aeroangkasa pada masa hadapan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata selepas LIMA 2019 (LIMA’19) diiktiraf sebagai yang terbaik dalam penganjurannya, pameran itu perlu dipertingkat lagi pada masa akan datang.

Katanya, antara yang dicadangkan ketika ini adalah pembabitan lebih banyak syarikat komersial dan memasukkan komponen aeorangkasa dalam penganjurannya pada 2021.

“Pada kali pertama dianjurkan pada 1991, hanya satu syarikat tempatan terbabit, tetapi pada LIMA’19 terdapat 206 pemamer tempatan terbabit sehingga membanggakan negara.

“Saya tidak tahu masih menjadi Menteri Pertahanan atau tidak pada LIMA 2021, tetapi kita harap pameran ini dapat dipertingkat penganjurannya termasuk memasukkan komponen aeroangkasa,” katanya pada sidang media LIMA’19 di sini, hari ini.

LIMA’19 mencatatkan rekod apabila jumlah nilai Memorandum Persefahaman (MoU) dan kontrak yang ditandatangani sepanjang pameran itu adalah melebihi RM4 bilion, iaitu tertinggi dalam sejarah penganjurannya sejak 1991.

Mohamad berkata, kehadiran pelawat perdagangan seramai 42,030 daripada 63 negara menunjukkan pameran itu mempunyai tarikan dan pengunjung setia tersendiri.

Sementara itu pada sidang media sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke , berkata pihaknya akan berusaha meningkatkan penyertaan syarikat komersial sehingga 50 peratus pada pameran akan datang.

“Bagi pihak kementerian, kita menganjurkan Persidangan Antarabangsa Selat Melaka dan Persidangan Penerbangan ASEAN yang disertai lebih 500 peserta dari dalam dan luar negara.

“Taklimat kerjaya yang diadakan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Malaysia Airpot Berhad dan Institut Maritim Malaysia (MMA) turut menarik perhatian 300 peserta,” katanya.






sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/546756/lima-akan-ditambah-baik







.
 
MV POLARIS.

Edisi LIMA 2019 kali ini telah menampilkan buat pertama kali kapal milik Kementerian Pengangkutan Malaysia iaitu MV Polaris. Kapal MV Polaris mula meniti mulut rakyat Malaysia apabila terlibat dalam pertikaian sempadan dengan Singapura baru-baru ini. Kapal ini telah dihantar oleh pihak kerajaan bagi mengawal selia kawasan pertikaian. Kapal yang dibina oleh syarikat tempatan Muhibbah Engineering mula dibina pada tahun 2016. Pada masa pengoperasian kapal ini dikawasan pertikaian, daya tahan dan sikap profesional krew mendapat pujian rakyat Malaysia walaupun berdepan provokasi tentera dari pihak Singapura. Jangan lepaskan peluang untuk melihat secara dekat Kapal MV Polaris ini sempena LIMA 2019.

55661648_2121895551234510_3799304293102649344_n.jpg
 
sok Final Day Air Display

D21WmSKU0AAq6Gd.jpg

D21WmSIU4AESupu.jpg
 
Back
Top
Log in Register