TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
KENDERAAN melintasi papan tanda gergasi mengenai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) yang sudah di pasang di bulatan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. - Foto Hamzah Osman
LANGKAWI: Persiapan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) diperhebatkan menjelang hari pembukaannya, 26 Mac ini.
Persiapan logistik sudah siap diatur oleh penganjur, EN Project (M) Sdn Bhd, dengan gabungan dan kerjasama pelbagai agensi serta jabatan kerajaan tempatan.
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kebersihan LIMA’19, dipertanggungjawabkan memantau pelbagai persiapan terakhir itu.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA, Mohamed Asri Redha Abdul Rahman, berkata tugas berkenaan dipikul sebaik mungkin bagi memastikan acara negara itu berjalan lancar.
“LADA menjadi penyelaras kepada pelbagai agensi kerajaan dan swasta tempatan untuk memastikan tahap kebersihan serta kemudahan awam dalam keadaan baik.
“Antara agensi terbabit dalam jawatankuasa ini ialah Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Pejabat Tanah dan Daerah Langkawi, Jabatan Kerja Raya serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam,” katanya, di sini.
Pada masa sama, beliau berkata, Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) yang bakal menjadi tumpuan ramai untuk menyaksikan pameran aeroangkasa, juga sudah bersedia menerima tetamu.
“Kerja penyelenggaraan dan baik pulih beberapa kerosakan di MIEC yang juga bawah kendalian LADA, sudah dilakukan oleh kontraktor yang dilantik.
“Kebiasaannya, seminggu sebelum pembukaan rasmi pameran itu, pelbagai syarikat pempamer dari dalam dan luar negeri bertali arus masuk ke pulau ini,” katanya.
Pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia Pasifik itu akan diadakan di MIEC untuk segmen aeroangkasa dan Resort World Langkawi (segmen maritim) dengan tema ‘Jaringan Kecerdasan Pertahanan dan Perdagangan Komersial’.
Admission to MIEC:
Open to Trade Visitors from 26-28/3/19
Open to Public Visitors from 29-30/3/19)
Admission to Resorts World:
Open to Public (26-30/3/19)
![]()
![]()
![]()
https://www.bharian.com.my/berita/n.../persiapan-lima19-diperhebat-menjelang-26-mac
LIMA '19
15th Edition of The Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019.
A biennial exhibition, dedicated to the Maritime and Aerospace sectors for Defence, Civil and Commercial Applications
Airborne Platforms, System and Equipment
Aircraft Maintenance, Services & Equipment
Aircraft Systems/ Parts/ Components
Airport Equipment and Services
Airports and Airport Services
Avionics
Command & Control systems
Commercial and Business Aviation
Commercial Aviation
Commercial Maritime
Commercial Shipbuilding and Ship Repair
Communication & Data Links
Corporate & Business Aviation
Cruise Liners
Data & Intelligence Systems
Decoy Systems
Diving Equipment
Electronic Warfare Systems
Green Technology
Ground Control Systems
Ground Support Equipment
Helicopters
Imaging/ Surveillance Systems
Integrated Combat Systems
Logistics and Freight Forwarding
Maintenance, Repair and Overhaul
Maritime and Aerospace, Defence and Security
Maritime Patrol Aircraft
MBC Contamination Systems
Missile/Weapon Systems
Navigations Systems and Software
Port Authorities
Port Auxiliary Services
Port Operators
Propulsion Systems
Radar
Reconnaissance & Search Aircraft
Reconnaissance & Surveillance
Satellite Navigation/ Space Systems
Sensors
Shipyard Technology and Services
Simulators & Training Equipment Services
Sonars
Surface Platforms, Submarines & Submersibles
Torpedoes
Training and Simulation
UAVs, USUVs, UUVs, ROVs
Underwater Systems
Weapons & Sensors
Australia | Belarus | China | Germany | France | Italy | Japan | Korea | Malaysia | Russia | Turkey | United Kingdom | United States of America
https://www.limaexhibition.com/
Lebih 1,500 Anggota Polis Pastikan Kelancaran Acara Di Langkawi
26.03.2019 - Langkawi, Sejumlah 1,504 anggota polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran beberapa acara yang bakal diadakan dalam tempoh sembilan hari ini hingga 1 April nanti.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata acara tersebut ialah Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA‘19), mesyuarat Kabinet dan mesyuarat exco kerajaan negeri Kedah.
“Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menerima bantuan 1,234 anggota tambahan dari Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Kedah dan Bukit Aman.
“Mereka bersama 270 anggota polis IPD Langkawi sudah memulakan tugas sejak semalam bagi memastikan semua perancangan seperti kawalan keselamatan sepanjang LIMA’19, kawalan trafik, mesyuarat jemaah menteri, mesyuarat exco kerajaan negeri Kedah berjalan seperti direncanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-212 Peringkat IPD Langkawi di sini hari ini.
LIMA’19 yang berlangsung bermula esok (26 Mac) hingga Sabtu (30 Mac) akan diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resorts World Langkawi (RWL).
Mengulas lanjut, Mohd Iqbal turut mengingatkan pengunjung LIMA’19 supaya merancang perjalanan agar tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
“Kepada pengguna jalan raya dalam tempoh sembilan hari ini, sila rancang perjalanan kalau boleh sentiasa periksa laman Facebook Polis Langkawi untuk kemas kini terbaharu seperti penutupan jalan dan sebagainya. Patuhi peraturan jalan raya serta arahan polis bagi memastikan acara berjalan lancar dan meriah,” katanya.
![]()
Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...-polis-pastikan-kelancaran-acara-di-langkawi/