Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
Polis Kedah Beri Jaminan Keselamatan Sempena LIMA‘19
26.03.2019 - Kedah, Polis Kedah memberi jaminan keselamatan kepada semua pengunjung dan penduduk setempat sepanjang Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA‘19) yang akan bermula esok.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata pihaknya bersiap sedia sepenuhnya dengan menyediakan kekuatan sebanyak 1,400 anggota dan pegawai daripada semua unit untuk memantau keselamatan sepanjang penganjuran LIMA’19.
“Kita hendak pastikan semua penduduk setempat dan pengunjung yang berada di Langkawi sempena LIMA‘19 berada dalam keadaan selamat. Selain itu, kita mahu pastikan semua harta yang dibawa masuk ke pulau itu berada dalam keadaan terjamin.
“Perjalanan lalu lintas juga diambil kira kerana Langkawi ini pulau yang kecil, bila jadi tumpuan orang ramai ini kawasan akan menjadi sesak,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Polis ke-212 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini.
Beliau berkata sehingga hari ini, polis tidak menerima sebarang maklumat berkaitan ancaman di Langkawi, namun pihaknya akan sentiasa memantau dan terus mengumpul maklumat bagi membolehkan tindakan pantas dibuat jika berlaku sebarang insiden tidak diingini.
Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...edah-beri-jaminan-keselamatan-sempena-lima19/