BTC USD 81,576.8 Gold USD 4,088.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LIMA'19 Langkawi 26-30 Mac

Cik Su TUDM rehearsal 23/3

1:06 break sound barrier
 
Janganla Menhan tutup acara LIMA ni dengan demonstrasi memasak....mau angkat bendera putih pegawai-pegawai tentera luar negara....."Malaysia tidak memerlukan senjata hebat dan canggih, cukup untuk kami memiliki kuali cap lang, Pemanggang Ajaib dan pinggan alcopal". "Setiap musuh yang datang, kami hidangkan dengan masakan yang sedap sehingga musuh-musuh kami tertidur kekenyangan" - Menhan...:)):))
 
Kelibat Boeing P-8A Poseidon milik US Navy di Langkawi

D2aL32LUcAACefQ.jpg

D2aL4nUUYAEp5qF.jpg
 
Rindu wei nak g LIMa nie...

Sapa yg xpernah g patut g la tengok sekali...
 
Jadual pertunjukan udara dan maritim

D2eRyTOUkAcj7EK.jpg
 
IAF Tejas rehearsal 24/3
 
25 Mac: Orang ramai mengambil peluang mencuba pelbagai aset TLDM di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA '19) di Resort World Langkawi, Tanjung Malai.

D2e8uxoUYAATOWE.jpg

D2e8uxnU8AAKoXn.jpg

D2e8uxqVYAUAAJj.jpg

D2e8uxoUgAANp7m.jpg
 
Malaysia Defence Review
4 hrs ·

Aerospace Technology Systems Corp (ATSC) dijangka akan menyerahkan jet pejuang Su-30MKM bernombor siri M52-11 pada 26 Mac 2019 di Langkawi sempena Pameran LIMA'19.

Jet pejuang berkenaan menjalani program pemanjangan hayat (SLEP) sempena 10 tahun perkhidmatan Su-30MKM bersama Tentera Udara DiRaja Malaysia atau dikenali 10YSP.

Program ini dimulakan pada 14 Julai 2017 dengan penyerahan M52-11 kepada ATSC untuk menjalani SLEP di Sukhoi Service Center, Gong Kedak.

Satu majlis simbolik penyerahan akan dilakukan oleh Perdana Menteri kepada Panglima Tentera Udara disaksikan oleh Menteri Pertahanan di Mahsuri International Exhibition Centre di Padang Matsirat, Langkawi.

Apa yang membanggakan ia dilakukan di Malaysia iaitu di Sukhoi Service Center, Gong Kedak, Terengganu . Ia juga berjaya mengurangkan kos program yang mana lagi berpatutan dengan melakukan di Malaysia dari menghantar ke tempat asal pengeluaran di Russia.

Selain itu, penglibatan pasukan teknikal tempatan dari ATSC dan TUDM turut melihat kemampuan Malaysia dalam melakukan penyelenggaran dan baik pulih (MRO) tidak hanya pesawat barat malah dari Russia.

ATSC merupakan syarikat milik National Aerospace and Defence Industry Sdn Bhd (NADI) yang turut memiliki Airod dan SME dengan kepentingan dalam ATSC sebanyak 70%, RAC MiG dan Rosoboronexport masing memegang 25% dan 5% manakala Kementerian Kewangan memegang 1% pegangan dalam ATSC.

Program SLEP ini diharap mampu meningkatkan keupayaan Su-30MKM pada masa akan datang dengan radar AESA, misil kruiser serta pod Talios yang digunakan pada Rafale F3R.

54526035_805579966491831_900947322517585920_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register