Desas desus LIMA19 kali ini telah membawa khabar bahawa Russia telah menawar sebilangan pesawat tempur terkini seperti Yak130, Su35 & Su57 serta helikopter Mil-17 dengan cara pembelian mengunakan minyak sawit.
Namun begitu, memperolehi pesawat tempur buatan Russia selain Su-30MKM yang sedia ada akan menambahkan lagi masalah logistik dan keupayaan siap siaga TUDM. Ini kerana menambah sejenis pesawat yang lain di dalam pegangan angkatan udara kita bakal menjejaskan lagi kualiti “combat readiness” TUDM dalam jangka masa yang panjang.
Oleh itu, ia adalah satu tindakan yang bernas jikalau kerajaan menambah lagi bilangan pesawat tempur jenis Su30MKM yang sedia ada dan membangun fasalitas pembuatan alatan untuk pesawat jenis Su30MKM dengan cara pembelian melalui minyak sawit.
Cukuplah dengan masalah sebelum ini dimana TUDM perlu berhempas pulas untuk menjaga 3 jenis pesawat berlainan dari 2 blok berbeza.
Pesawat yang paling ideal untuk TUDM ialah F/A-18 Super Hornet. Mengoperasi dua jenis pesawat iaitu Su30MKM dan Super Hornet mampu berkhidmat untuk negara hingga 2040 ke atas tanpa masalah ganguan “combat readiness”
‘The Dependables’ Fleet C130H TUDM yg bekerja keras siang dan malam, bertanggungjawab menerbangkan pesawat sehingga 15 sortie sehari sebagai AIRBRIDGE mengangkut VIP dan tetamu serta peralatan utk kegunaan LIMA'19
Bravo Herky Kings!