ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Tertuduh dibawa keluar dari pekarangan Mahkamah Tinggi Temerloh semalam dengan kawalan rapi pasukan keselamatan.
TEMERLOH - Selepas dijatuhi hukuman penjara 133 tahun dan satu hukuman mati kerana membunuh, penjenayah kejam, Rabidin Satir atau dikenal sebagai Rambo Bentong didakwa lagi di Mahkamah Tinggi Temerloh semalam atas lima pertuduhan termasuk satu pertuduhan bunuh kakitangan pejabat hutan daerah Bentong.
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya atas pertuduhan bunuh, samun bersenjata api, rompak hingga mendatangkan kecederaan dan dua pertuduhan rogol.
Berdasarkan pertuduhan bunuh, Rabidin, 44, yang berasal dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh kakitangan Jabatan Hutan Daerah Bentong, Khairul Hazri Jamaludin 31, antara jam 3.50 hingga 4.30 pagi di alamat JH2 Perumahan Jabatan Perhutanan, Jalan Tras Bentong pada 3 November 2012.
Dia juga didakwa merompak dengan menggunakan senjata api ke atas isteri mangsa dan dituduh merompak selain mendatangkan kecederaan ke atas isteri mangsa di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan pada waktu serta tarikh yang sama.
Rabidin juga didakwa atas dua pertuduhan merogol isteri mangsa pada jam 3.50 hingga hingga 4.30 pagi pada tarikh dan tempat yang sama.
Tertuduh yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh seorang remaja perempuan berusia 17 tahun kelihatan bersahaja sewaktu pertuduhan tersebut dibacakan.
Seramai 17 saksi dijangka dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Temerloh bagi proses perbicaraan tersebut dengan empat saksi terdiri daripada pegawai dan anggota polis mula memberi keterangan di mahkamah, bermula semalam.
Kes akan disebut semula esok.