BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima jam, empat kedai dirompak

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Lima jam, empat kedai dirompak


IPOH: Sekumpulan penjenayah memecah masuk dan merompak empat kedai sekali gus di Persiaran Bercham Selatan 2, di sini, awal pagi semalam.

Suspek dipercayai melakukan jenayah antara jam 1 pagi hingga 6 pagi kelmarin, mensasarkan tiga premis salun kecantikan dan satu kedai langsir untuk dicerobohi selepas besi pintu penutup semua kedai itu diumpil.
Penjenayah terbabit kemudian menggeledah semua kedai dan melarikan barang berharga serta wang tunai dari premis dipecah masuk.

Seorang mangsa yang juga pemilik salun yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 40-an, berkata, dia menyedari kejadian selepas salah seorang rakannya memberitahu pintu kedainya terbuka kira-kira jam 8 pagi kelmarin.


Menurutnya, dia kemudian bergegas menuju ke kedainya sebelum mendapati premisnya itu dipecah masuk dan wang RM5,000 disimpan di kaunter lesap dilarikan penjenayah.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Limajam_empatkedaidirompak/Article/index_html
 
kadar jenyah masih rendah lagi..jgn bimbang maaa
 
ok le tu diorg pecahkan kedai jerk x usik org pun kan hahahahahaha.
 
Back
Top
Log in Register