TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,648
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,648
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
Felda Dan Selangor Kutip Tiga Mata Berharga
Felda United FC mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super apabila mengejutkan pasukan Kelantan dengan kemenangan 1-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, hari ini.
Gol kemenangan Felda United dijaringkan oleh penyerang import dari Liberia, Edward Wilson pada minit ke-60 untuk mengecewakan skuad 'The Red Warriors' yang kini turun ke tangga ketujuh liga.
Di Stadium Shah Alam pula, pasukan Selangor menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan mencatatkan kemenangan 2-0 keatas pasukan Sarawak menerusi jaringan Afiq Azmi pada minit ke-10 dan Fitri Syazwan pada minit ke-77.
Pasukan tercorot liga, Sime Darby FC pula mengecewakan juara musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila keputusan terikat 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Sime Darby membuka jaringan melalui Nazrul Kamarulzaman pada minit ke-35, namun Junior Eldstal menyelamatkan skuad 'Harimau Selatan' daripada kekalahan menerusi jaringan pada minit ke-61.
Pasukan Lions XII juga gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri apabila terikat 1-1 dengan pasukan Terengganu di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Pasukan pelawat bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit kesembilan melalui pemain import, Vincent Bikana, namun pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Faris Ramli pada minit ke-55.
Sementara itu, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencatatkan kemenangan pertama musim ini dengan menang tipis 1-0 keatas pasukan Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.
Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh penyerang import dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam pada minit ke-71.