BTC USD 81,373.7 Gold USD 4,028.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Liga Super 2015

CCcW6IvUEAAnJSB.jpg
 
Sathianathan Direhatkan

imageResize.ashx

Jurulatih Angkatan tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan kini menjadi jurulatih kedua dalam saingan Liga Super yang direhatkan selepas George Boateng dikenakan tindakan sama oleh Kelantan.
Tindakan merehatkan Sathianathan, diumumkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia, PBAT, Mejar Jeneral Datuk Mazelan Kasap sejurus tamat sessi latihan skuad ATM pada Selasa.

Sathianathan ketika ditemui menerima keputusan pucuk pimpinan PBAT terhadapnya dan menganggap dirinya sudah dipecat selaku jurulatih ATM.

Bagi bekas pengendali kebangsaan ini, ATM sebenarnya sudah mencapai peningkatan, namun gagal mengekalkan momentum di tahap terbaik selepas saingan Liga Malaysia rehat dua minggu, untuk aksi persahabatan antara skuad kebangsaan dan Oman pada 26 Mac lalu.

Penolong jurulatih ATM, Shahrin Majid kini dilantik selaku pemangku jurulatih ATM dan tugasan pertamanya ialah aksi Liga Super berdepan Sarawak 18 April ini.

Dalam pada itu, kapten, ATM Hairuddin Omar menyarankan rakan sepasukan meneruskan perjuangan kebangkitan pasukan itu dalam baki saingan Liga Super musim ini.

Bagi Hairuddin, biarpun terpaksa meleraikan ikatan dengan Sathianathan yang membimbing mereka sejak 2012, keputusan PBAT selaku majikan perlu dihormati dan diterima kesemua pemain.

Hairuddin juga percaya, Shahrin Majid yang kini memangku tugas jurulatih mampu melaksanakan tugas tersebut selepas empat musim menjadi penolong kepada Sathianathan.

Prestasi ATM jelas merudum bermula musim 2014 lalu. ATM sebelum itu cemerlang hingga berjaya meraih naib juara Piala Malaysia 2012, malah juara Liga Perdana tahun sama dan Piala Sumbangsih 2013 di bawah kendalian Satianathan yang memulakan tugas pada 2011.
 
Selangor Dibelenggu Kecederaan

imageResize.ashx

Jurulatih Selangor Mehmet Durakovic akui berdepan saat sukar apabila dilanda krisis kecederaan pemain ketika The Red Giants berada di kemuncak prestasi selaku pendahulu Liga Super, kini.
Hasrat Durakovic untuk rai kejayaan Selangor rampas takhta Liga Super lebih lama terbantut apabila empat tonggak utamanya dibelenggu kecederaan.

Mereka ialah Andik Vermansyah, Robert Cornthwaite, Mohd Raimi Mohd Nor, dan Rizal Fahmi Rosid masing-masing cedera selepas aksi dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sabtu lalu.

Situasi terbaru itu jelas mengudang resah Durakovic ketika pasukannya ditagih meneruskan momentum kemenangan berdepan Lions XII di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Selain empat pemain itu, latihan Selangor pada Selasa turut tidak disertai dua pemain muda Nazmi Faiz Mansor dan Saiful Ridzuwan Selamat.

Kedua-dua pemain itu kini dalam kem skuad bawah 23 tahun negara untuk persiapan Sukan Sea di Singapura, namun Durakovic tiada rungutan tanpa kelibat mereka.

Selangor dijangka tidak mengambil pemain baru pada jendela perpindahan pemain Liga M bulan ini walaupun ura-ura khidmat penyerang import Guilherme de Paula akan digantikan.

Lima perlawanan yang dijadual pada Sabtu, Kelantan bakal ke selatan tanahair bertemu Johor DT, Terengganu lawan Felda United, dan Sime Darby menentang PDRM.

ATM dalam pada itu akan beraksi buat kali pertama di bawah kendalian Shahrin Majid selaku pemangku jurulatih pasukan apabila ke Sarawak.
 
TRW bakal tampilkan import baharu berdepan JDT

imageResize.ashx

Kelantan bakal menurunkan barisan pemain import baharu pada pertemuan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Larkin, Sabtu ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa membayangkan The Red Warriors (TRW) akan tampil dengan wajah baharu pada pertemuan itu, menerusi catatannya dalam laman sosial Facebook milik beliau.

Annuar berkata setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia semakin sukar untuk kekal pada kedudukan teratas memandangkan sukan bola sepak di negara ini semakin kompetitif.

"Ternyata sangat payah nak kekal 'top' (teratas) sepanjang masa, melabur besar tetapi hasil tidak seberapa...bayar gaji mahal tetapi prestasi tidak setimpal, bola sepak kini sangat kompetitif bukan sahaja kepada pemain tetapi juga pada pengurusan," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan, Kelantan sedang menguji tiga pemain import untuk disenaraikan dalam pasukan berkenaan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Tiga pemain berkenaan ialah Gilmar Jose Dos Santos Filho dari Brazil serta Keiven Sami Goncalves Fernandes dan Bertino Joao Cabral Barbosa, kedua-duanya dari Portugal.

Kelantan kini memiliki empat pemain import iaitu Emmanuel Kenmogne dari Cameroon, Isaac Pupo (Liberia), Jonathan McKain (Australia) dan Erwin Carillo (Colombia).

TRW kini berada di tangga ke-10 Liga Super dengan tujuh mata, selepas hanya mencatat dua kemenangan daripada tujuh perlawanan.
 
bila tengok mehmet durakovic bagi ulasan lepas perlawanan selalu memuji team lawan..memang pro n taktikal dia setakat ni sangat menjadi walau selangor tiada pemain bintang..
 
Back
Top
Log in Register