BTC USD 82,589.2 Gold USD 4,114.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Liga Super 2015

TT ada jadual lengkap sabtu ni?

sume game piala FA je kan?
 
B_D9I6yVEAApnCr.jpg:large
 
imageResize.ashx

TRW Perlu Waspada Taktikal Karathu - Piya

Kelantan perlu berwaspada dengan taktikal yang bakal digunakan jurulatih baharu Perak, Datuk M. Karathu apabila The Red Warriors (TRW) bertandang ke Stadium Perak, Ipoh, dalam saingan Liga Super, Jumaat ini.
Kapten TRW Mohd Badri Mohd Radzi berkata Perak, selain mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri, bekas jurulatih Kelantan itu juga mempunyai taktikal yang baik dan mengenali setiap pemain TRW.

"Kita tidak boleh ambil mudah pertemuan ini kerana dia (Karathu) pernah melatih Kelantan sebelum ini dan dia tahu taktikal kita.

"Selain itu, Perak juga belum kalah dalam perlawanan Liga Super musim ini dan mereka mempunyai ramai pemain muda berbakat," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Mohd Badri berkata pasukannya juga perlu berwaspada dengan aksi beberapa pemain import pasukan lawan, antaranya Namkung Woong dan Charles Souza Chad.

"Kita perlu beri perhatian kerana mereka amat berbahaya dan bukan satu tugas yang mudah untuk mencatat kemenangan di tempat lawan.

"Kami akan lakukan yang terbaik untuk menang, meskipun mereka (pemain Perak) kurang pengalaman kerana rata-rata pemain adalah muda tetapi mereka sering bekerja keras untuk menang," katanya.

Mohd Badri berharap pasukannya akan terus mengekalkan rentak kemenangan selepas berjaya menewaskan Sarawak 2-1 dalam aksi pertama Piala FA, Jumaat lepas.

"Moral pemain ketika ini amat dahagakan kemenangan jadi kita harap dapat kekalkan momentum sedia ada untuk catat kemenangan di tempat lawan," katanya.

Kelantan kini berada di kedudukan kelima Liga Super dengan enam mata, ketinggalan satu mata di belakang Perak (tujuh mata) yang kini berada di tangga kedua liga, selepas tiga perlawanan.
 
Info Dari MALAYSIA FOOTBALL TEAM

Liga Liga 2015‬
| Statistik Liga |

• Kemenangan terbesar tuan rumah :
LionsXII 5-3 PDRM

• Kemenangan terbesar pelawat :
Kelantan 0-4 PDRM

• Jaringan terbanyak dalam 1 perlawanan : 8 LionsXII 5-3 PDRM

• Jaringan terbanyak : Felda Utd dan PDRM - 8 Gol

• Bolos terbanyak : Sime Darby dan LionsXII - 7 Gol

• Bolos paling sedikit : Perak dan JDT - 2 Gol

• 3 pasukan belum tewas : Felda Utd, Perak dan Sarawak

• 4 pasukan belum lagi menang : Selangor, Pahang, ATM dan Sime Darby

• 2 pasukan belum mengutip sebarang mata - ATM dan Sime Darby.

• Gol pembukaan liga : Marcos António - JDT menentang Pahang

• Penjaring terbanyak : Dramane Traore PDRM - 4 Gol

• Hatrick - Dramane Traore PDRM menentang LionsXII

• Gol terpantas : Andik Vermansyah - Selangor menentang JDT - 33 saat
 
Back
Top
Log in Register