BTC USD 81,371.6 Gold USD 4,024.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Liga Super 2015

10420404_10152753784116167_173475604415196633_n.jpg


10994169_10152752003201167_8754794868075405137_n.jpg


10393952_922987404400133_3507885527626620510_n.jpg
 
image.jpg


best xi pilihan Dunia Sukan untuk liga super week 4...Paulo and paula bergabung di depan...ehehe :D​
 
HarimauMalaya

Senarai penjaring terbanyak Liga Malaysia selepas empat perlawanan:

Liga Super
5 gol: Dramane Traore (PDRM), Paulo Rangel (Terengganu)
3 gol: Billy Mehmet (Sarawak)
2 gol: Ahmad Syamim Yahya, Edward Junior Wilson, Ndumba Makeche (FELDA United), Luciano Figueroa, Safiq Rahim (JDT), Ashfaq Ali, Mohamadou Sumareh (PDRM), Namkung Woong, Nurridzuan Abu Hassan (Perak), Andik Vermansah (Selangor)
 
imageResize.ashx

TRW Tekad Lebur Rekod Tanpa Kalah Felda

Kelantan berazam meleburkan rekod tanpa kalah Felda United pada musim ini apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Sabtu ini.
Kapten 'The Red Warriors' (TRW), Mohd Badri Mohd Radzi berkata beliau yakin pasukannya mampu menewaskan Felda United kerana semangat anak buah kendalian George Boateng ketika ini amat tinggi.

"Kita bersemangat untuk memadam rekod tanpa kalah Felda United dan saya percaya Kelantan boleh jadi pasukan pertama yang meleburkan rekod itu.

"Rakan sepasukan kini berada dalam prestasi terbaik dan kita mahu menewaskan Felda United di laman sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata Kelantan perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri bagi memastikan pasukan terus berada dalam kelompok terbaik untuk mencabar kejuaraan pada musim ini.

"Siapa pun (pemain) yang diturunkan ketika menentang Felda United nanti perlu menunjukkan aksi terbaik kerana kita mahu catat kemenangan," katanya.

Mohd Badri berkata pasukannya perlu berwaspada dengan barisan serangan Felda United yang diketuai oleh bekas pemain Kelantan iaitu Indra Putra Mahayuddin dan Edward Junior Wilson.

"Kita tahu mereka (Felda United) bukan calang-calang pasukan, mereka amat berbahaya dalam situasi 'set piece' dan kita perlu lebih berhati-hati," katanya.

Kelantan kini berada di tangga kelima Liga Super dengan tujuh mata, ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga Felda United (lapan mata) selepas empat perlawanan.
 
HarimauMalaya

Hari ini : Liga Super Battle # 5

- dalam kurungan adalah kedudukan terkini di dalam carta liga.

* Kelantan FA (5) vs Felda United (1) - Stadium SM IV

* Perak FA (2) vs PDRM FA (6) - Stadium Perak

* Sime Darby Fc (12) vs JDT (3) - Stadium Selayang

* ATM FA (11) vs Pahang FA (10) - Stadium Paroi

* Selangor FA (8) vs Sarawak FA (7) - Stadium Shah Alam

* Lionsxii (9) vs Terengganu FA (4) - Stadium Jalan Besar

Selangor vs Sarawak (LIVE on RTM 1)
ATM vs Pahang (LIVE on TV9)
Perak vs PDRM (LIVE on TV3)

Persaingan merebut mahkota kejuaraan diteruskan...
 
Liga Super Malaysia 2015 hari ini :

- Kelantan FA mahu tumbangkan Felda United di Kota Bharu
- Felda United mahu pertahan kedudukan
- Perak FA mahu kekal rekod tanpa kalah
- PDRM FA idam kebangkitan di Ipoh
- Sime Darby Fc mahu buru mata pertama
- JDT idam rampas takhta liga
- Selangor FA mahu catat kemenangan kedua
- Sarawak FA pasang strategi tumbangkan Red Giants
- ATM FA tekad 3 mata di Paroi
- Pahang FA idam 3 mata bawa pulang ke Darul Makmur
- Lionsxii mahu menang di Jalan Besar
- Terengganu FA sedia benam Lionsxii
 
HarimauMalaya

Nampaknya semua sedang bercakap pasal Pahang dan JDT. Tiada siapa peduli pun pasukan mana yang menduduki kedudukan teratas liga super.

Tahukah anda 2 pasukan pendatang dari liga perdana menguasai liga super.

Kedudukan terkini top 5 liga super

Felda United 11pts
PDRM 9pts
Selangor 8pts
Perak 8pts
JDT 8pts
 
imageResize.ashx

Rekod Tanpa Kalah Perak Lebur Di Ipoh

Skuad kendalian Azman Adnan lebur rekod tanpa kalah Perak yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain dengan jaringan 3-1 di Ipoh.
Perak bingkas bangkit dan terus melancarkan serangan dan hampir membuka tirai jaringan menerusi penyerang Namkung Woong namun tandukannya sekadar menggegar palang gol.

Sebaik bermula babak kedua, pemain tengah Perak Nurridzuan Abu Hassan meledak gol pertama perlawanan dengan rembatan dari luar kotak penalti.

Tidak sempat penyokong tuan rumah meraikan jaringan tersebut, PDRM kembali menyamakan kedudukan 2 minit kemudian menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Dramane Traore.

Perak yang nyata tersentak dengan jaringan itu tidak mampu kembali mengawal perlawanan sebaliknya sering kehilangan bola di bahagian tengah.

Pemain tengah PDRM Ahmad Ezrie Shafizie Sazali menambah duka penyokong tuan rumah yang hadir apabila meledak gol kedua pada minit ke 56.

Perak terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pertahanan Mohd Syazwan Mohd Roslan dibuang padang selepas mengasari Ali Ashfaq pada minit ke 57 sekaligus melengkapkan hari malang buat anak buah M. Karathu.

Kehilangan Syazwan membuka peluang buat PDRM untuk meledak gol ketiga perlawanan sekali lagi menerusi tandukan Dramane Traore pada minit ke 61.

Keputusan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan.

PDRM kini menghuni tangga ke-2 liga, 2 mata dibelakang pendahulu Felda United yang mencatat kemenangan 1-0 di Kota Bharu.

Perak pula jatuh ke tangga k-4 kekal dengan 8 mata.
 
Back
Top
Log in Register