BTC USD 81,723.0 Gold USD 4,088.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Liga Super 2015

B8Rg5GqCYAIvase.jpg

Betul la tuh... JDT offer time dia tgh bgs dulu... sesuai la dgn gaji dia... sekrg nih je dia xbgs...
 
HarimauMalaya

Battle #2 Liga Super Malaysia 2015 bermula!

5 perlawanan dijadualkan malam ini dalam perebutan 12 pasukan bertarung memburu mahkota kejuaraan liga. Selamat berjuang!

* Pahang FA vs Selangor FA (Stadium Darul Makmur)
* PDRM FA vs JDT (Stadium Shah Alam)
* Sarawak FA vs Terengganu FA (Stadium Negeri)
* ATM FA vs Perak FA (Stadium Paroi)
* Sime Darby Fc vs Felda United Fc (Stadium Selayang)

Perlawanan akan dimulakan dengan bertafakur selama 1 minit bagi memperingati pemergian 2 tokoh negara baru2 ini. Perlawanan Kelantan FA vs Lionsxii dianjak ke 15 Februari untuk menghormati pemergian bekas MB Kelantan , Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.
 
Undang-undang baharu FAM

Tanpa penyokong, tidak berseri kancah bola sepak. Sukan bola sepak menjadi sukan utama, sukan paling digemari, dan kegilaan kerana adanya penyokong. Penyokong pula mempunyai cara tersendiri dalam menghangatkan suasana. Atmosfera bola sepak menjadi semakin hangat kerana kemeriahan yang dirai dan dipersembahkan oleh para penyokong.

Kini penyokong juga mempunyai kelas-kelas tertentu. Ada sekadar memberi sokongan sambil menghisap rokok dan yang makan kuaci. Ada yang sanggup menconteng muka dengan watak-watak tertentu. Tidak ketinggalan ada yang menggelarkan diri mereka sebagai pemain kedua belas.

Sekalipun penyokong memainkan peranan penting dalam dunia bola sepak, namun tingkah laku mereka perlu dikawal supaya tiada berlaku perkara yang buruk.

Batang panji.

Sudah sekian lama para penyokong mempertahankan supaya dibenarkan panji dibawa masuk di dalam stadium. Panji yang dimaksudkan, adalah bendera-bendera yang diwarnakan mengikut warna pasukan kesayangan mereka dan juga tertulis kata-kata semangat buat para pemain. Tetapi usaha mereka sering kali digagalkan dengan alasan panji yang dibawa boleh mendatangkan masalah seperti digunakan untuk bergaduh dan sebagainya.

Walaubagaimana pun baru-baru ini, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mula membuka mata dan mula menerima alasan yang diberikan supaya panji mereka boleh berkibar megah di dalam stadium. Justeru itu FAM telah mengubal pekeliling baru untuk memenuhi kehendak para penuokong. Walaubagaimanapun terdapat beberapa pra syarat yang perlu dipatuhi dan mengambil langkah keselamatan yang rapi.

Diantara pra syarat yang tertulis di dalam pekeliling terbaru adalah seperti,

1. Tiang tersebut mestilah dalam keadaan baik, tidak keras, diikat dengan bendera dan tidak berpotensi mendatangkan kecederaan. Selain itu, tiang juga mesti diikat dengan bendera.

2. Bendera yang ingin dibawa pula hanyalah bendera Malaysia, negeri dan logo-logo kelab atau jolokan pasukan. Sebagai contoh, Pahang sinonim dengan Tok Gajah maka bendera yang melambangkan mana-mana pasukan dibenarkan.

3. Bendera berunsur negatif dan provokasi tidak dibenarkan dibawa masuk ke stadium termasuklah mana-mana bendera parti politik.

Tindakan daripada FAM perlu dipatuhi malah FAM sendiri perlu melaksanakan undang-undang yang digubal. Aspek-aspek keselamatan yang lain perlu diperkemas dan dikaji bagi meningkatkan tahap keselamatan di stadium.

Jadikan stadium sebagai tempat selamat. Kita datang untuk memberi sokongan, jangan kita kotorkan dengan tindakan yang memalukan.

Teks: Zaim Aiman / www.gawang.my
 
Back
Top
Log in Register