PinguSpy
Super Active Member
- Messages
- 8,141
- Joined
- Jan 15, 2007
- Messages
- 8,141
- Reaction score
- 114
- Points
- 73
http://www.youtube.com/watch?v=1HBkZPyfpdE
mcm teori hawking .. pasal bing bang 70% aku percaya..
dan simple je.. aku percaya "bing bang" tu Tuhan yg buat...
so aku x nampak masalahnya disini..?
maksud aku.. Tuhan bijak... daripada susah payah buat planet satu2.. baik big bang je terus ada banyak2 planet ..
ada beberapa point yg aku faham based on buku2 yg aku baca berkenaan big bang...
1. black energy
2. planet = atom (juga kalau tgk teori fizik ia bersangkut paut dgn getaran, nuclear/nuclease, dan teori reflection sesuatu atom yg semakin berjauhan) + teori relativiti...
3. letupan big bang
mcm mana letupan berlaku?
2 + 1(berada ditengah2 seperti 1 bulatan kuasa gelap apabila planet2 semakin menjauhi) = 3
point untuk menyokong teori ni mudah..
- haba
- dan ...... adeh mcm aku nk terangkan...?? = tompok2 ada part panas, dan sejuk .. untuk space galaksi ini... dan space kosong tu yg panas bersangkut paut dgn letupan..
dan juga letupan adalah suatu yg panas... lihat pada berapa billion jumlah matahri.. etc..
semua konsep kehidupan menggunakan "fomulasi" ini..
bulatan jirim
bulatan planet
yg semakin menjauhi.... apabila panas dan bergetar...
etc..
yg aku faham lepas baca beberapa buku..
dan skang kalau tgk galeksi2... dia semakin bercamtum.. menjadikan
1 bulantan panas menguasai = letupan big bang...
dah 100% letupan big bang x mustahil akan berlaku lagi.. tapi dlm tempoh beberapa juta tahun lagi lah...
apa pun itu baru bercakap soal teori letupan big bang..
belum masuk part black-hole... dan..
"the ball of the universe" ..
dalam ball tu ada berbillion2 galaksi(btw bing bang hasil dari ball of the universe)..dan untuk pengetahuan.. bola alam semseta ni jugak ada banyak.. cuma belum dipastikan..
jum kita sembang pasal ni dan kongsi2 idea.. begitu jugak soal UFO/alien

Baiklah. Banyak yang aku dah baca dalam post reply dari kawan2 di CG. Ada yang menolak dan ada yang menerima. Masing-masing ada hak tersendiri. Baik, aku try jawab satu persatu dengan ilmu sekelumit di dada ni. Kalau salah harap perbetulkan. Tapi yang pertama sekali, kalau boleh TT jangan la emosional sangat. Kita berdikusi, berbincang. Ada yang membangkang dan ada yang menerima. Kalau yang membangkang, sertakan hujah, sertakan bukti tak kisah dari Kalam Allah atau dari logik akal kerana kedua-dua ni adalah nimat terbesar dari Allah SWT. Bukan begitu? Emosional tidak membawa apa-apa keuntungan selain dari kebencian terhadap orang lain. Kebencian dibenci oleh Nabi Muhammad. Bukan begitu?
Baiklah.
Yang pertama
Xkan sampai berjuta-juta Tahun. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg umatnya hanya 1500 tahun di mukabumi ni.Allahualam..
Dari soalan tuan ni, aku nak tanya satu sahaja. Bilakah Nabi Muhammad dilahirkan? Adakah sebelum Nabi Muhammad tidak ada Nabi dan Rasul lain? Tidak adakah zaman yang disebut zaman Jahiliah? Fikir-fikirkan kerana bermulanya manusia dari Nabi Adam yang usianya aku pun tidak pasti berapa lama dahulu. Tapi dalam Kalam Allah pun dinyatakan apabila Nabi Adam diturunkan, bumi sudah sedia ada. Aku tak nak komen lebih dari segi agama kerana aku takut menyimpang. Biar apa yang aku paham, kekal dalam kefahaman aku. Bahaya kalau kita share ilmu agama yang salah. Ingat tu. Berhat-hatilah.
Kedua
Teori nampak merapu betul.
Kesian kepada para peminatnya.
Teori yang memb0d0hkan diri sendiri.
Syurga dan Neraka pun manusia tidak mampu berteori.
Inikan pula alam semesta.
Syurga dan neraka ada di dalam Kalam Allah. Tak perlu lagi nak berteori. Dua perkara ini sudah wujud sebagaimana dosa dan pahala. Sudah dinyatakan perkara-perkara sebegini, tidak perlu lagi kita nak fikirkan kerana Allah pun sudah mengatakan selagi kita fikir perkara-perkara ghaib, kita akan menuju kepada jalan buntu dan membawa kepada hilang akal. Bukan begitu? Kalau salah, minta dibetulkan.Dan kenapa alam semesta ini perlu kita berteori. Kerana ianya tercapai dek akal. Akal masih boleh berfikir. Dan bila sampainya limit sepertimana waktu sebelum adanya big bang, akal dah tak mampu berfikir. Jadi kita serahkan pada yang Esa. Sekarang kita tahu, ada awalnya big bang itu Allah yang jadikan kerana ianya memag tak mampu kita fikirkan. Ianya ghaib. Ianya ilmu Allah!
Dalam mewujudkan sesuatu, sengaja Allah menjadikan sesuatu itu ada alasannya. Ada jawapannya. Sebagai contoh. Bila Allah menyuruh Izrail mencabut nyawa manusia, pada mulanya Izrail gugup. Risau. Kenapa? Kerana Izrail takut manusia akan membencinya di kemudian hari. Jadi Allah menjadikan penyakit, menjadikan kemalangan, menjadikan bencana alam supaya manusia mampu mencari alas an kepada kematian. Katakan datuk kita meninggalkan disebabkan barah. Kita tahu datuk meniggal disebabkan barah. Tetapi adakah kita mengatakan barah itu yang mengambil nyawanya? TIdak! Izrail yang mengambil nyawa. Kita tahu!. Tapi barah dijadikan alas an. Dijadikan sebab. Begitulah dunia dan alam semesta. Dijadikan dengan sebab dan alas an supaya manusia berfikir dan bersyukur serta kagum dengan mukjizat Illahi. Bukan begitu?
Ketiga
kaji alquran lebih berfaedah wei...
Menkaji Kalam Allah sememangnya lebih bagus. Lebih baik. Lebih afdal. Kerana kita mendekatkan diri dengan penghubung kita dan Illahi. Memang! TIdak ada sekelumit pun bantahan dari aku. Tapi persoalannya, adakah tuan kini sedang mengkaji Kalam Allah? Melakukan perbincangan seperti ini? Berkongsikan info dari kalam Allah dan menyebarkan pada orang lain? Adakah tuan?
Adanya sesuatu forum adalah untuk berbincang. Dalam perbincangan akan wujudlah perkongsian idea2 dan penceritaan dari segi logic akal dunianya dan juga dari segi agama termasuk Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah. Dari sini kita boleh mengambil mana baik, mana buruk. Mana mampu difikirkan, mana yang perlu dibiarkan kerana ilmu itu adalah ilmu-Nya. Setakat berkata-kata sahaja tidak membawa sebarang makna. Apakah ideology tuan? Apakah yang tuan sumbangkan?
Ianya semudah ini.
Menkaji dan menyumbang info tentang Kalam Allah adalah lebih bagus dari hanya mendengar kajian kajian Kalam Allah dari orang. Mendengar kajian Kalam Allah adalah sama bagusnya dengan menkaji mukjizat-mukjizat Allah di ala mini termasuk kenapa angin bertiup, kenapa matahari naik dan turun dan jugak kenapa planet-planet berputar pada paksinya termasuk berkongsikannya dengan orang lain. Dan ii lebih bagus dari hanya mengikuti dan mendengar sahaja. Mengikuti dan mendengar itu pula adalah jauh lebih bagus dari duduk diam, memeluk tubuh saja. Dan di manakah tuan? Adakah dalam senarai yang bagus ini? Walaupun duduk diam berpeluk tubuh? Fikir-fikirkan.Sebagai info tambahan, duduk diam itu lagi bagus dari melakukan perkara sia-sia sepert bermain game komputer.
Dan kepada TT. Kita berdiskusi. Tidak perlu mengata perkara yang tidak baik dan tidak enak didengar. Kita berfikir. Jawapan pun mestilah secara berfikir juga. Orang menolak biarlah dengan hujah. Tanpa hujah ibarat ranting kering. Bila-bila masa boleh patah dan tiada guna melainkan untuk dijadikan sumber bahan api. Kita yang menjawab pun biarlah dengan hujah. Percaya atau tidak itu terpulang. Masing-masing punyai hak sama sahaja di dunia atau pun akhirat. Sekurang2nya bila sampai masa Allah bertanya, "Apa yang kau lakukan di dunia ini?". Kita mampu menjawab "Aku menkaji kebesaran ciptaan Mu ya Allah dan aku menyampaikannya kepada yang lain". Bukankan lebih bagus jawapan ini dari "Aku membaca orang menyampaikan betapa bagusnya dunia Mu tetapi aku mengkeji pandangan orang itu ya Allah".
Sekian.
Last edited: