BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lepak Sini Peminat KOPI !

Kalau ikut konsep kopi ais pulak, aku minat minum kopi 21&Co coffee & choclate. X sama mcm kopi gerai hipster yg berlambak jual tu.
 
Kalau aku suka lepak kedai kopi member. Duduk 4-5 jam hanya secawan kopi. Bila kurang angkat cawan tambah air panas. Duduk balik cedok gula atas meja sambung balik cerita kosong yg diulang2.
 
Kopi panggung pun ok gak.
 
Sekarang tengah baham white cofee old tow 3 in 1 less sugar...sedap.
 
Aku kaki kopi jgk

Tp brand nescafe je suke

434 muor org kate sedap tu dh try tp mcm x best je

Ke aku yg x pandai bancuh x taulah
 
Aku,tempat kerja ada Nescafe Gold...ambik satu sudu kecik bancuh pahit...hilang ngantuk...
 
Mesin coffee saya beli secondhand harga RM3,500, bukan pasal taste bagus atau tak bagus, itu kena lihat skill diri sendiri buat kopi, nak betul-betul menghayati secawan kopi bau yang harum kena lihat cara macamana hendak buat dan cara awak kisar biji kopi itu dan cara yang tepat macamana nak guna temper tekankan serbuk kopi, kalau awak sudah ada high skill pembuat kopi ataupun gelar profesional barista awak mesti tahu macamana guna termostat kaji suhu kepanasan air, kalau air mendidih terlampau panas mencecah suhu tinggi dan bancuh kopi memang jadi tak sedap dan tak segar kena kawal kepanasan air barulah jadi sukses bancuh secawan kopi.

Jangan lupa aroma kopi ada beberapa jenis rasa walaupun rasa tawar tanpa gula, ada yang rasa hazelnut, muddy, walnut dan lain2 itu kena ambil masa yang lama untuk belajar.

Biji kopi paling elok arabika bukan robusta, harini kutip biji kopi proses masak kopi siap kesegaran boleh tahan selama 3 hari sahaja kalau sinpan dalam masa seminggu kesegaran dia akan semakin kurang.

Ramai orang suka minum kopi di starbuck dan cbtl, saya nak kata di sini kopi komersial seperti itu memang tak segar langsung paling tak sedap sudah expired date sebab serbuk kopi segar paling lama boleh simpan pun dua minggu sahaja lepastu expired date dah simpan berbulan-bulan jualan tak habis, pelanggan student masuk pesan secawan kopi duduk sehingga 3 atau 4 jam tengah layan internet, bukannya kopi habis minum order secawan lagi, orang masuk cuma lihat kopi pamer drkat depan keluar ambil berpuluh-puluh pek serbuk gula dan susu tepung bawa balik nak duduk beberapa orang dah habis mibum tengah layan internet sampai tak bangun2 bagi pelanggan lain duduk.

suka baca komen simon goh. nice info
 
Back
Top
Log in Register