Bagi aku coffee lover ialah org yg menikmati kopi tanpa gula. Minum kopi tanpa gula baru boleh menikmati aroma, rasa, dan kualiti biji kopi. Beli biji kopi yg belum dikisar. Sukat biji kopi yg nk diguna dan kisar halus. Masak kopi dalam espresso pot atas dapur. Kalo guna french press suhu air panas dlm 80-90 celcius bukan panas mendidih mcm org kita biasa buat kopi. Buat kopi dgn betul baru boleh rasa kopi sebenar dgn rasa keasidan kopi yg sungguh enak tanpa gula. Anda boleh rasa perbezaan biji kopi arabica atau varieti yg lain.
Kopi yg dijual kat msia ialah kopi campuran yg ditambah margerin utk beri rasa lemak. Korg boleh tgk air kopi korg sedikit berminyak. Kopi 3 in 1 atau sachet tu bkn kopi..tu gula perasa kopi.
Utk org yg pening atau sakit kepala kalo minum kopi boleh menikmati kopi caffein-free.