BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lemas ketika cuba selamatkan rakan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
Lemas ketika cuba selamatkan rakan
FB_IMG_1631968761222.jpg
FB_IMG_1631968763677.jpg
FB_IMG_1631968769975.jpg
FB_IMG_1631968772448.jpg
FB_IMG_1631968776284.jpg

Hulu Selangor: Lelaki dipercayai lemas ketika menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam empangan di Jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.54 petang.

"Tujuh anggota bersama sebuah jentera dan bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

"Mangsa dikenali sebagai Hamzah Ilya Azman, berusia 19 tahun. Dia lemas ketika menyelamatkan rakannya, Ahmad Nabil Yasin Abdul Rashih, berumur 20 tahun," katanya pada kenyataan.

Menurut beliau, Ahmad Nabil Yasin berjaya menyelamatkan diri sebelum pihaknya tiba di lokasi.

"Manakala mangsa pula gagal dikesan selepas terjun ke empangan itu," katanya.

Norazam berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan.

Dalam pada itu, Norazam menasihati orang ramai yang berkhemah atau bercuti di kawasan berair seperti sungai, air terjun, laut atau empangan supaya mengambil langkah berhati-hati.
"Jika hujan, segera beredar untuk mengelak banjir kilat, fenomena kepala air atau kenaikan paras air secara mendadak.

"Begitu juga yang melakukan aktiviti mendaki, mohon berhati-hati terutama musim hujan ketika ini bagi mengelak tersesat, terperangkap di laluan keluar atau terkena panahan petir di hutan," katanya.

#HarianMetro
 
TRAGEDI | Remaja Lemas Ketika Cuba Selamatkan Rakan

Seorang remaja lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam empangan di Jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa Hamzah Ilya Azman, 19 tahun, sebelum itu bertindak terjun ke dalam air sebelum dilaporkan hilang.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
png-clipart-inna-lillahi-wa-inna-ilayhi-raji-un-god-allah-libya-god-inna-raji.png


Please enter a message with moadsfggsdsre than 10 characters.
 
Inalillah...apa lah dibuat kat atas jambatan tu.
Agaknya melawak dengan rakan ataupun cabar mencabar.
 
Salam takziah dn Al fatihah, kwn smp mati nie....susah senang bersama2
 
Byk pulak kes lemas hari ni
 

Trauma lihat rakan lemas depan mata

Amirul Aiman Hamsuddin- September 19, 2021 @ 3:16pm
[email protected]

LEMAS_1632035761.jpg


Gambar terakhir Allahyarham Hamzah Ilya Azman (kanan) sebelum lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya, Ahmad Nabil Yasin yang terjatuh ke dalam empangan di Jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu, semalam. FOTO IHSAN PEMBACA


HULU SELANGOR: Melihat detik rakannya terkapai-kapai sebelum lemas di depan mata dekat empangan Kuala Kubu Bharu semalam membuatkan Ahmad Nabil Yasin Abdul Rashih trauma dengan kejadian itu.

Ahmad Nabil Yasin, 20, berkata, jeritan Allahyarham Hamzah Ilya Azman, 19, yang bertanya keadaannya selepas dia terjatuh dari Jambatan Kampung Pertak, juga masih terngiang-ngiang di telinganya.

Katanya, sebelum kejadian itu, dia bersama arwah dan seorang lagi rakannya bertemu kenalan mereka di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, yang hendak menaiki pesawat ke Langkawi.

Beliau berkata, selepas pertemuan itu, mereka terus ke lokasi terbabit dan ketika itu Allahyarham merakam gambarnya duduk di atas besi penghadang jambatan.

"Kami berdua berada di jambatan, manakala seorang lagi rakan tidur di dalam kereta. Belum sempat gambar dirakam, sekelip mata saya tergelincir lalu terjatuh ke dalam empangan.

"Ketika itu, saya mengucap dua kalimah syahadah sebelum terhempas ke permukaan air. Alhamdulillah, saya berjaya berenang perlahan-lahan ke tebing sungai untuk menyelamatkan diri walaupun panik.

"Pengalaman berkhidmat sebagai sukarelawan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sejak tiga bulan lalu membantu saya menyelamatkan diri daripada lemas.

"Pada masa sama, arwah dari jambatan berteriak kepada saya dan bertanya saya pandai berenang atau tidak. Dua kali dia jerit, 'Nabil okey tak?' dan saya jawab 'okey' kepadanya.

"Semasa saya berenang ke tebing, arwah dikatakan berlari dari jambatan ke tepi tebing lalu terjun untuk menyelamatkan saya.

"Waktu itu, saya lihat arwah dalam keadaan panik, mungkin kakinya kejang sambil tangan terkapai-kapai. Dua kali arwah tenggelam timbul sebelum tenggelam," katanya kepada BH, hari ini.

Dalam kejadian itu, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 petang sebelum tujuh anggota bersama sebuah jentera dan bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

Mayat mangsa ditemui pada jam 6.02 petang semalam, kira-kira tiga meter dari tebing empangan.

Ahmad Nabil Yasin berkata, dia cuba mengambil kayu di tebing empangan untuk menyelamatkan Allahyarham namun tidak sempat berbuat demikian selepas melihat rakannya hilang sekelip mata.

Katanya, Allahyarham sempat menunaikan solat Zuhur dan menjadi imam ketika mereka solat di sebuah stesen minyak, beberapa jam sebelum kejadian itu.

"Arwah tidak pernah meninggalkan solat walau ke mana dia pergi. Dia juga aktif melakukan pelbagai aktiviti amal seperti membersihkan kubur dan gotong-royong di kampung.

"Saya mengenali arwah sejak dari sekolah rendah lagi. Walaupun sukar menerima pemergiannya, saya reda dan berdoa rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh," katanya.

Katanya, jenazah Allahyarham ketika ini berada di Hospital Hulu Selangor untuk ujian saringan COVID-19 dan bedah siasat.


 
Back
Top
Log in Register