BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Warga Emas Didakwa Hantar Komunikasi Jelik Terhadap Agong

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
baddfea9b42cef7707f9fb9ec18f0e6d68677c8027e6a

Seorang lelaki warga emas dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi bersifat jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook miliknya pada Februari lepas.

Bagaimanapun, tiada sebarang pertuduhan dibacakan terhadap lelaki berumur 61 tahun itu memandangkan dia mengalami masalah kesihatan dan pendengaran.

Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan tertuduh menjalani penilaian psikiatri sebelum sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Ogos depan.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi bersifat jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook miliknya pada Februari lepas.

Bagaimanapun, tiada sebarang pertuduhan dibacakan terhadap lelaki berumur 61 tahun itu memandangkan dia mengalami masalah kesihatan dan pendengaran.

Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan tertuduh menjalani penilaian psikiatri sebelum sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Ogos depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab bersama Pegawai Pendakwa MCMC Mohamad Azmir Mohd Razali.

Pada 20 Jun lepas, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap selepas tertuduh gagal hadir ke mahkamah sebanyak dua kali.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 
Back
Top
Log in Register