BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Juruteknik Didakwa Buat Hantaran Video Jelik Di TikTok

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Juruteknik Didakwa Buat Hantaran Video Jelik Di TikTok​

d23b68426b85773733322b96637a03336a8fcee51f133

Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik menerusi akaun TikTok miliknya, Januari lepas.

Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik menerusi akaun TikTok miliknya, Januari lepas.

Mohamad Norfirdaus Abdul Rahman, 29, selaku orang kena saman (OKS) didakwa membuat dan memulakan hantaran komunikasi dengan niat menyakiti hati orang lain di TikTok menerusi akaun "nowad.acc4" pada 12 Jan.

Hantaran itu kemudian dilihat di Menara 1, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya pada 1.30 tengah hari, 23 Jan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya dan dikenakan denda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa MCMC Mohamad Azmir Mohd Razali mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Peguam 'Azi 'Azlin Zulkifli memohon jaminan rendah RM3,000 kerana anak guamnya bekerja sebagai juruteknik berpendapatan rendah selain menanggung kedua ibu bapa yang masing-masing berusia lingkungan 50-an.

Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Okt untuk sebutan semula kes.

Mohamad Norfirdaus membayar jaminan itu.

 
Back
Top
Log in Register